Mengapa matawang Ringgit merosot, lima kaedah menentukan risiko kewangan negara, dan empat dasar menentukan negara terlibat dengan risiko politik.

 

Ramai tidak faham mengapa matawang RM tidak naik-naik. Agak sukar bagi mereka yang tidak terlibat secara langsung mencari rezeki di dalam pasaran kewangan untuk memahami komentar penganalisis di dada akhbar. Sebenarnya, penganalisis boleh mengira dan mengorak langkah strategik berdasarkan kedudukan kewangan semasa dan risiko ekonomi. Dipandukan info rating bon dan kredit daripada laporan agensi-agensi global. Selain kepada melihat risiko spesifik dalam negara, seperti risiko politik.

Mereka lengkap maklumat report berkenaan politik, ekonomi dan keadaan kewangan setiap negara. Antara contoh report mereka akan rujuk adalah International Country Risk Guide (ICRG). Selain daripada agensi antarabangsa yang mengeluarkan senarai kredit rating iaitu Moody’s, Fitch, S&P.

Susulan pengumuman kebimbangan bon Malaysia akan diturun gred berikutan potensi terkeluar dari World Government Bond Index (WGBI). Penganalisis pasaran sudah terlebih awal sedia maklum berdasarkan laporan antarabangsa. Justeru, Malaysia merekodkan penjualan saham dan pengaliran wang keluar dari negara paling tinggi, sejak tahun 2008, antara tertinggi di negara Asean. Sejak beberapa bulan lalu, pasaran Malaysia paling lemah di kalangan negara membangun. Sebaliknya, pasaran paling memberangsangkan, adalah pasaran China A.

Tidak hairanlah, pada dua bulan lepas, fund manager memberitahu pertambahan China A, dibesarkan kepada 20%, daripada 5% dalam indeks MSCI.

Potensi Malaysia dikeluarkan akan diumum pada September ini. Jika China masuk, setelah rating dinaikkan kepada 2, kemungkinan Malaysia keluar, jika rating kita diturunkan. Sekarang ini, di kalangan negara membangun, rating China adalah 1, dan rating Malaysia adalah 2. FTSE WGBI adalah aras yang digunapakai dalam global fund managers untuk beli bon-bon kerajaan antarabangsa.

[stock_market_widget type=”portfolio” symbol=”CNYA,EUSA,URTH,IEV,AAXJ,EWS,EWJ,THD,EIDO,EWM” price=”22.54,49.94,78.88,38.91,63.09,22.1,51.04,84.12,25.23,29.7″ template=”basic” color=”default” fields=”virtual.symbol,virtual.name,quote.regularMarketPrice,quote.regularMarketChange,quote.regularMarketChangePercent”]

Note: Comparison market performance versus opening price as of Jan 2, 2019

 

5 Kaedah Menentukan Risiko Kewangan Negara

1. Penarafan terhadap hutang kerajaan. Agensi rating Moody’s melaporkan terbaru, bantuan RM6.2 bil kepada Felda meninggikan hutang kerajaan. Melebihi paras di kalangan negara seangkatan.

2. Nisbah hutang kepada GDP. Pelabur luar melihat laporan International Monetary Fund (IMF) mengunjurkan unjuran ekonomi negara pada 2019 mengecut dari 3.5% kepada 3.3%.

3. Nisbah tanggungan hutang kerajaan kepada ekport.

4. Nisbah dagangan import kepada eksport.
(Ada laporan akhbar beberapa hari lepas, Tun M menyarankan pergiat usaha Belilah Produk Tempatan/buatan Malaysia).

5. Kedudukan kewangan semasa negara, defisit kepada nisbah GDP.

 

4 Dasar Menentukan Negara Terlibat dengan Risiko Politik

1. Dasar Nasionalisasi

Seperti menutup/mengubah kontrak diterima syarikat antarabangsa sebelum ini. Digantikan oleh syarikat milik kerajaan. Contohnya, Presiden Venezuela, Hugo Chavez mengeluarkan arahan nasionalisasi yang memberi kesan kepada syarikat antarabangsa cari gali Exxon Mobil, BP, Statoil, dan memberi peluang kepada Potroleos de Venezuela S.A.

2. Menolak atau membatalkan kontrak syarikat antarabangsa

Isu ECRL yang terbaru. Antara contoh, pembatalan lesen syarikat antarabangsa, Tecmed, sebuah syarikat Spanish beroperasi di Mexico. Mengakibatkan kerugian yang besar kepada aliran wang dan kelangsungan bisnes Tecmed.

3. Undang-undang baru dan Cukai

Contoh pengenalan cukai SST 6% daripada cukai GST. Perubahan luar jangka dibuat dari pihak kerajaan baru.

4. Pertukaran matawang asing

Dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Jika pengaliran wang keluar yang tidak terkawal, yang boleh menjejaskan ekonomi Malaysia, kemungkinan matawang negara akan di’peg’ untuk melindungi Ringgit. Pada masa ini, negara mengamalkan pertukaran matawang yang fleksibel. Dengan pengalaman lalu, institusi kewangan tidak tertekan, dan negara tidak seteruk spekulasi ketika Krisis Kewangan Asia 1998 yang memaksa Tun M, PM ketika itu untuk menetapkan RM kepada RM3.80.

Oleh itu, ada ketidaktentutan, tidak dapat diramalkan lagi bagaimana saham Malaysia akan bereaksi. Samada menaik, atau menurun. Ketika berita kebarangkalian bon Malaysia diturunkan rating, pengurus dana tempatan membeli secara besar-besaran kerana harga murah. Supaya FBM KLCI bursa tidak jatuh mendadak, susulan pengeluaran keluar negara oleh pelabur luar.

Mereka yang banyak pegangan Malaysia funds, boleh beralih arah kepada pasaran Asia Pacific ex Japan, China, Singapore, Taiwan, antara contoh.

 

Bincangkan faktor penyumbang ketidakpastian pasaran dan matawang.