Pelaburan Saham Amanah

2019-06-10T04:13:35+08:00By |Bahasa Melayu, Investing, Unit Trust|

Saham Amanah, atau lebih dikenali sebagai “Unit Trust”, adalah suatu bentuk pelaburan yang mula meraih populariti di pertengahan 90an walaupun sudah bertapak di Malaysia sejak 1959. Tempoh 1980an pula adalah masa di mana rakyat Malaysia mula berjinak di dalam saham amanah dengan adanya Amanah Saham Nasional (ASN). Pelaburan seperti ini mengumpul dana secara kolektif daripada pelabur yang akan dilabur oleh pengurus dana. Portfolio selalunya terdiri daripada gabungan syer, bon, komoditi, tunai dan hartanah. (versi Bahasa Inggeris)

Saham amanah membolehkan pelabur untuk melabur dan memiliki aset bagi pihak individu. Saham amanah ditubuhkan sebagai perjanjian di mana pelabur menjadi benefisiari untuk aset yang dilabur oleh syarikat saham amanah.

 

Jenis saham amanah

  • Dana ekuiti: saham amanah paling popular. Melabur di dalam ekuiti (syer/pasaran saham) daripada syarikat berhad yang tersenarai. Boleh dikategorikan sebagai risiko rendah/sederhana/tinggi dan pelaburan domestik/antarabangsa.
  • Dana Seimbang: melabur di dalam portfolio yang dipelbagaikan dan mengandungi ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, dan tunai.
  • Dana Pendapatan Tetap: melabur di dalam sekuriti kerajaan, bon korporat, dan instrumen pasaran kewangan dengan objektifnya, pendapatan yang konsisten dan tetap.
  • Dana Shariah: melabur di dalam pelaburan patuh Shariah. Bermaksud apa-apa instrumen berkaitan perbankan konvensional, insurans konvensional, perjudian, minuman keras dan makanan tidak halal akan dikecualikan.
  • Dana Indeks: melabur di dalam portfolio sama yang dilabur oleh indeks. Contoh; S&P 500 (US) dan KLSE Bursa (Malaysia). Kos lebih rendah untuk dana indeks kerana kurang tenaga manusia dan kajian diperlukan untuk melabur di dalam dana indeks.
  • Skim Persaraan Swasta (“Public Retirement Scheme PRS”): saham amanah jangka masa panjang untuk tujuan persaraan. lihat PRS
  • Exchange-Traded Fund (ETF): lihat ETF
  • Pelaburan Amanah Hartanah (“Real Estate Investment Trust, REIT”): lihat REIT

 

Pros

  1. Kurang pemantauan diperlukan & servis daripada pengurus dana berpengalaman.
  2. Nilai pelaburan yang minima serendah RM 100 ataupun RM 1000 untuk pelaburan dari EPF/KWSP.
  3. Teknik “dollar cost averaging” menyediakan kaedah pelaburan yang lebih berdisiplin.

Cons

  1. Caj jualan yang tinggi (5-6%) dan caj pengurusan tahunan (~1%+).
  2. Turun naik pasaran yang sedikit ketinggalan berbanding saham.
  3. Tiada pilihan percuma/kos murah untuk dana indeks.

 

Patutkan saya melabur di dalam Saham Amanah?

Sila ambil kira perkara tersebut sebelum melabur.

  1. Anda telah membuat keputusan dan tidak mahu melabur di dalam pasaran saham secara langsung ataupun melalui ETF.
  2. Anda mahu melabur menggunakan duit di dalam EPF dan mahukan pulangan sebanyak 6-8% setiap tahun.
  3. Anda mahu melabur di dalam skim persaraan swasta atau ingin mendapatkan insentif golongan belia.
  4. Anda mahu melatih diri untuk menyimpan melalui kaedah “dollar cost averaging”.
  5. Anda sanggup untuk melakukan kajian sekurang-kurangnya sebelum bermula melabur dan sanggup melakukan pemantauan tahunan (ataupun melalui penasihat PF yang dipercayai untuk menolong anda)

 

Apa kriteria yang perlu dicari untuk dana amanah?

  1. Jika anda melakukan pelaburan melalui Akaun 1 EPF, pastikan dana yang dipilih berada di dalam senarai EPF MIS yang sah.
  2. Cari penyedia dana dengan kos jualan dan caj tahunan yang murah (nilai yang hampir dengan kosong) kerana kos ini akan mengurangkan potensi pulangan secara signifikan. Ambil kira juga nisbah perbelanjaan dan kos ‘tersembunyi’ lain.
  3. Periksa rekod prestasi dana dalam jangka masa ynag panjang (5 tahun ke atas) di Lipper (peratusan jumlah pulangan, konsistensi, perbelanjaan, perlindungan).

 

Bagaimanakah caranya untuk membeli dana amanah dengan kos rendah?

Brokerage dalam talian kini merupakan pilihan yang lebih kompetitif dan menarik dengan kos yang rendah di Malaysia melalui cadangan dari penasihat PF. Kos melabur dalam talian mengurangkan caj pelaburan serendah 1%.

 

Adakah dana amanah yang disediakan oleh syarikat insurans lebih baik/teruk?

Dana amanah dari syarikat insurans tidak popular di kalangan pelabur. Secara amnya, ia dilihat sebagai perlindungan dan bukannya bertujuan untuk niat pelaburan. Namun begitu, sesetengah dana amanah ini mampu mengatasi prestasi dana amanah yang lain. Manfaat lain dana amanah dari syarikat insurans adalah kekurangan dari segi kebolehcairan pasaran. Ini bermakna jika pasaran/ekonomi merudum, penjualan unit tidak akan menjadi drastik yang mampu menjejaskan stabiliti dana tersebut. 

 

 

Info Lanjut

 

Melabur di dana amanah kos rendah terbaik untuk mencapai matlamat pelaburan anda.

Follow Us

Iqbal Mat Yaakob

Editor (BM) at MyPF
"Be hungry, be curious but mostly be curious" is the phrase that Iqbal embodies everyday. Having a curious mind might get a cat killed but so far it has kept Iqbal alive and well.

As a Biochemistry major from University of Manchester, he applies the scientific thinking towards financial concept and aims to simplify it at the best of his ability to the Malay-language reader.

Iqbal writes on anything related to financial/general reading in Malay and is currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) accreditation. In addition, he is licensed by Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) and Malaysian Takaful Association (MTA).

He spends most of his free time reading a bunch of random stuff and when he's not with books, you can find him travelling to the rarest of places that include Azerbaijan, Georgia, Faroe Islands, Macedonia, Latvia and Sri Lanka.
Follow Us

Latest posts by Iqbal Mat Yaakob

Leave a Reply