9 Petua dan Nisbah Ke Arah Kebebasan Kewangan

Apakah 9 nisbah kewangan dan petua ke arah kebebasan kewangan? Original article in English.


Kita akan bermula dengan 4 petua terlebih dahulu untuk menganalisa kedudukan kewangan semasa.

Simpanan dan Pelaburan

Simpanan & Pelaburan = Simpanan atau Pelaburan / jumlah pendapatan = >20%

Anda perlu menyimpan/melabur sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah pendapatan. Jika anda adalah pekerja yang di mana EPF dicarum sebanyak 23% atau lebih, anda perlu mensasarkan simpanan tambahan sebanyak 20% di mana kadar simpanan/pelaburan adalah 40% ke atas. Lebih banyak anda menyimpan/melabur, lebih cepat anda akan mencapai kebebasan kewangan.

Kos Insurans

Kos Insurans = Premium insurans / jumlah pendapatan = <10%

Anda sepatutnya mengehadkan kurang ataupun sebanyak 10% daripada jumlah pendapatan untuk membayar premium insurans. Jika anda bujang dan tidak mempunyai tanggungan, bayaran untuk insurans sepatutnya tidak melebihi 5%. Memandangkan cadangan ini yang mengambil keadaan yang ideal, 5%-10% jumlah pendapatan adalah jumlah yang mencukupi untuk menguruskan risiko berdasarkan selera dan keperluan. Pastikan anda mengasingkan insurans dengan pelaburan dan jangan mencampur adukkan kedua-dua.

Pemberian & Pendidikan

Pemberian & Pendidikan = Kos pemberian dan pendidikan / jumlah pendapatan = ~10%

Pemberian kepada orang lain misalnya ibu bapa dan kebajikan adalah suatu tindakan yang mulia. Melabur atas penambahbaikan dan pendidikan diri sendiri juga sama penting. Namun, perlu beringat bahawa pemberian/pendidikan tidak melebihi had sehingga anda mengalami masalah aliran tunai. Penunjuk yang sesuai adalah sebanyak 10% untuk pemberian/pendidikan daripada jumlah pendapatan.

Perbelanjaan

Perbelanjaan = Jumlah semua perbelanjaan / jumlah pendapatan = <60%

Jumlah wang untuk dibelanjakan sepatutnya tidak melebihi 60% maksimum daripada jumlah pendapatan. Jika anda berbelanja lebih dari 60%, anda berkemungkinan besar hidup melebihi kemampuan. Anda perlu memantau dan memerhati perbelanjaan dengan teliti untuk mencari di mana perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Ia bukan semata-mata untuk mengurangkan kualiti gaya hidup tetapi lebih kepada fokus ke atas membuang perbelanjaan yang tidak membawa kegembiraan.

Berikut merupakan 5 nisbah untuk kewangan peribadi yang paling penting untuk anda ketahui supaya dapat melakukan analisa kewangan terperinci.

Nisbah Kecairan

Nisbah kecairan = Tunai / Perbelanjaan

Nisbah kecairan anda mengukur jumlah bulan yang anda mampu menanggung perbelanjaan daripada tunai, aset seakan tunai (i.e deposit tetap) dan pelaburan cair lain (i.e saham, saham amanah) jikalau anda tidak dapat memperoleh pendapatan (i.e dibuang kerja, sakit). Ianya dikira secara mudah dengan mengambil jumlah aset tunai sedia ada dibahagikan dengan jumlah perbelanjaan bulanan. Anda sepatutnya menyasarkan nisbah kecairan sebanyak minimum 6 bulan perbelanjaan. Jika anda mengambil kira aset tunai dan aset cair lain, nisbah kecairan sepatutnya lebih 12 bulan. Mengekalkan tahap nisbah kecairan penting untuk mengatasi perkara yang tidak diingini.

Nisbah Simpanan

Nisbah simpanan = Simpanan / Pendapatan

Nisbah simpanan adalah peratusan pendapatan kasar yang disimpan untuk kegunaan masa depan. Apabila ditolak dengan simpanan EPF, nisbah simpanan disasarkan sebanyak 20%. Apabila simpanan EPF diambil kira, anda sepatutya menyasarkan sebanyak 35% atau lebih untuk nisbah simpanan. Lebih banyak anda menyimpan, lebih banyak jumlah yang anda akan miliki untuk membuat pelan ke arah kebebasan kewangan. Simpanan ini dapat dilabur di dalam instrumen pelaburan untuk menjana pelbagai aliran pendapatan.

Nisbah Kecairan Aset

Nisbah kecairan aset = Tunai / Nilai Bersih

Nisbah kecairan aset adalah peratusan tunai dan aset seakan tunai dibanding dengan jumlah nilai bersih. Nisbah kecairan aset yang ideal adalah 20% atau lebih. Jika anda mengambil kira aset tunai (i.e saham, saham amanah, aset cair), kecairan aset anda sepatutnya lebih dari 50%. Oleh itu, aset anda dapat menolong anda apabila berlaku kecemasan dengan pantas.

Nisbah Hutang Kepada Aset

Nisbah hutang kepada aset = Jumlah hutang / Aset

Nisbah hutang kepada aset adalah peratusan liabiliti dibanding dengan jumlah aset. Ia boleh diukur dengan jumlah liabiliti dibahagikan dengan jumlah aset. Apabila hutang hartanah tidak diambil kira, nisbah hutang kepada aset sepatutnya tidak melebihi 20%. Jika hutang hartanah diambil kira, nisbah hutang kepada aset perlu di bawah 35%. Nilai nisbah ini penting bagi menganalisa kadar risiko yang anda hadapi. Jika nisbah hutang kepada aset tinggi, anda akan lebih terdedah kepada risiko untuk tidak dapat membayar hutang anda. Seseorang mungkin nampak kaya dan memiliki aset yang banyak tetapi tidak dalam situasi kewangan yang sihat jika dibebani dengan hutang dan risiko yang tinggi.

Nisbah Perkhidmatan Hutang (“Debt Service“)

Nisbah perkhidmatan hutang = Jumlah hutang / Pendapatan

Nisbah perkhidmatan hutang adalah peratusan pendapatan sedia ada untuk membayar semua hutang sama ada persendirian atau hartanah. Ia boleh diukur dengan jumlah hutang dibahagi dengan pendapatan bulanan. Apabila hutang hartanah tidak diambil kira, nisbah perkhidmatan hutang sepatutnya tidak melebihi 20%. Jika hutang hartanah diambil kira, nisbah perkhidmatan hutang perlu di bawah 35%. Perbezaan nisbah perkhidmatan hutang dan nisbah hutang kepada aset adalah nisbah perkhidmatan hutang mengukur berapa peratusan pendapatan bulanan yang akan dicarum untuk pembayaran hutang. Nisbah perkhidmatan hutang juga penting untuk memohon hutang daripada bank/peminjam untuk memberi keyakinan dan memberi gambaran jelas kepada pihak pemberi hutang bahawa peminjam dapat membayar hutang tersebut.

 

 

Apakah nisbah kewangan atau petua di atas yang anda perlu beri perhatian dan mengapa? Komen di bawah untuk berkongsi pendapat.

Iqbal Mat Yaakob
Follow Us

Iqbal Mat Yaakob

Editor (BM) at MyPF
"Be hungry, be curious but mostly be curious" is the phrase that Iqbal embodies everyday. Having a curious mind might get a cat killed but so far it has kept Iqbal alive and well.

As a Biochemistry major from University of Manchester, he applies the scientific thinking towards financial concept and aims to simplify it at the best of his ability to the Malay-language reader.

Iqbal writes on anything related to financial/general reading in Malay and is currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) accreditation. In addition, he is licensed by Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) and Malaysian Takaful Association (MTA).

He spends most of his free time reading a bunch of random stuff and when he's not with books, you can find him travelling to the rarest of places that include Azerbaijan, Georgia, Faroe Islands, Macedonia, Latvia and Sri Lanka.
Iqbal Mat Yaakob
Follow Us

Leave a Reply