Butiran tentang pengeluaran KWSP dari akaun 1 vs akaun 2. Terdapat 15 kategori berbeza untuk sebab pengeluaran yang terbahagi kepada akaun 1 sahaja, akaun 2 sahaja atau kedua-duanya sekali. (Original article in English)

 

 

Skim Pelaburan Simpanan Ahli Melalui Akaun 1 KWSP (EPF-MIS)

  • Mulai Jan 1 2017, jumlah simpanan asas telah ditetapkan lebih tinggi dari had sebelumnya (Kadar Asas Akaun 1 lama).
  • Hanya dana Pelaburan yang disahkan oleh KWSP.
  • Minimum tiga bulan dari tarikh akhir pelaburan.
  • Apabila dana telah dijual, ia akan didepositkan kembali ke dalam akaun KWSP anda.
  • Minimum: RM 1000 setiap pelaburan.
  • Maksimum 30% daripada selepas ditolak dengan Kadar Simpanan Asas (Baki minimum)

[Formula: (Jumlah Akaun 1 – Kadar Simpanan Asas) x 30%]

E.g Umur: 30 | Jumlah Akaun 1: 60k
Pelaburan maksimum: (60k – 29k) x 30% = 9.3k

Pengeluaran untuk Pembelian/Pembinaan Rumah

  • Individu/Bersama (sama ada ahli keluarga ATAU tiada pertalian), atau pengeluaran untuk menolong suami/isteri dalam pembelian/pembinaan rumah.
  • Umur bawah 55 tahun
  • Pembelian/Pembinaan rumah kediaman (Nota: rumah kedai yang mempunyai kediaman layak untuk dipohon)
  • Pembiayaan melalui pinjaman (institusi yang diiktiraf oleh KWSP) / Pembelian tunai
  • Bukan untuk pembaikpulihan rumah / rumah ketiga / rumah di luar negara / tanah
  • Minimum RM 500
  • Pengeluaran untuk pembiayaan rumah melalui pinjaman: maksimum 110% daripada harga rumah selepas ditolak dengan jumlah biayaan
    • E.g Harga rumah: 500k | Jumlah biayaan: 90% (450k)
    • Pengeluaran maksimum: 500k – 450k = 50k * 110% = 55k
  • Pengeluaran untuk pembiayaan rumah 100% melalui hutang (Tiada downpayment): Maksimum 100% daripada harga rumah
  • Pengeluaran untuk pembelian tunai: maksimum 110% daripada harga rumah
  • Maksimum pengeluaran (untuk semua jenis pengeluaran): jumlah baki Akaun 2

Pengeluaran untuk Pengurangan / Penebusan Pinjaman Rumah

  • Individu/Bersama (sama ada ahli keluarga ATAU tiada pertalian), atau pengeluaran untuk menolong suami/isteri dalam pembelian/pembinaan rumah
  • Umur bawah 55 tahun
  • Pembelian/Pembinaan rumah kediaman (Nota: rumah kedai yang mempunyai kediaman layak untuk dipohon)
  • Baki hutang daripada institusi kewangan yang disahkan
  • Bukan untuk pembaikpulihan / rumah ketiga / rumah di luar negara
  • Pengeluaran untuk rumah kedua dibolehkan hanya apabila rumah pertama telah dijual atau dilupuskan
  • Hanya 1 permohonan yang layak setiap tahun (dari tarikh pengeluaran yang lepas untuk tujuan pinjaman rumah)
  • Maksimum: Jumlah pinjaman rumah dan berdasarkan baki di dalam jumlah akaun 2 / Minimum: RM 500

Pengeluaran untuk Pembayaran Rumah Secara Bulanan

  • Umur < 54 tahun 8 bulan
  • Pembeli (atau pembina) DAN peminjam
  • Membayar bayaran bulanan
  • Maksimum pengeluaran:  Jumlah bayaran rumah / Jumlah Akaun 2 / Tak melebihi bayaran bulanan
  • Minimum: RM 100 x 6 bulan
  • Dibenarkan untuk pengeluaran serentak bersama dengan pengeluaran untuk pengurangan pinjaman rumah
  • Bayaran untuk Pembiayaan Semula (“Refinancing”)
    • Berdasarkan baki pinjaman asal ATAU baki pinjaman terbaru (mana-mana yang lebih rendah)
    • Tidak layak jika baki pinjaman asal sudah dilunaskan

Akau