Semua yang anda perlu ketahui tentang dana kecemasan, iaitu wang segera apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.(Original article in English)

Apakah definisi dana kecemasan?

Dana kecemasan adalah wang yang akan digunapakai sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan. Ia bertujuan untuk memastikan anda mempunyai wang yang mencukupi dengan kadar segera sekiranya berlaku kecemasan. Di sini, kita mendefinisikan kecemasan sebagai sesuatu kejadian tidak dijangka yang memerlukan kita untuk berbelanja sejumlah wang.

Contoh Kejadian yang Memerlukan Sejumlah Wang

  • Kehilangan kerja atau kemampuan untuk bekerja
  • Kemalangan/Kerosakan kereta dan pembaikan tidak ditanggung oleh pihak insurans
  • Bil hospitalisasi (pastikan anda dilindungi sebelum perkara ini terjadi)

 

Berapakah Jumlah Dana Kecemasan yang Mencukupi?

Seelok-eloknya, jumlah dana kecemasan yang selalu disarankan adalah perbelanjaan bulanan selama 6-12 bulan.

Ia juga bergantung kepada situasi semasa dan sama ada anda mempunyai tanggungan. Berikut adalah saranan minimum jumlah simpanan di dalam Dana Kecemasan:

  • Tiada tanggungan: 3-6 bulan perbelanjaan
  • Mempunyai tanggungan / Pencari rezeki tunggal dalam keluarga: 6-12 bulan perbelanjaan
  • Bersara: 60 bulan perbelanjaan (5 tahun)

Dapatkan khidmat penasihat kewangan peribadi untuk perancangan yang lebih teliti.

 

Di Manakah Saranan Tempat Simpanan Dana Kecemasan?

Dana Kecemasan anda perlu disimpan sebagai aset mudah cair dan mudah diakses di waktu tidak dijangka. Fokus dana ini bukan kepada pulangan modal semata-mata tetapi lebih kepada sifat mudah cair aset tersebut (dan kalau sebaiknya, mempunyai sedikit pulangan).

  • Fasa pertama (3 bulan perbelanjaan): Akaun simpanan/semasa yang mudah dan segera dapat diakses (Anda juga boleh menggunakan deposit tetap juga dikenali sebagai FD)
  • Fasa Kedua (3 bulan perbelanjaan seterusnya): Akaun deposit tetap (boleh diletakkan selama 12 bulan untuk kadar yang lebih menarik jika anda yakin bahawa jumlah wang dana kecemasan sedia ada tersebut tidak akan disentuh)
  • Jumlah melebihi 6 bulan perbelanjaan: Akaun deposit tetap (boleh juga diletakkan ke dalam pembayaran pinjaman rumah yang diduduki, jika boleh didapati, dan jika kadarnya lebih baik daripada akaun deposit tetap.

 

You May Also Like