Apakah laman web/blog kewangan peribadi terbaik yang disarankan untuk anda? Senarai di bawah akan membantu anda.
Dikemaskini: Aug 20, 2019
Dengan perkembangan landskap kewangan yang pesat dan lambakan informasi yang mudah didapati online, anda akan mendapat lebih banyak manfaat jika didampingi dengan blog/laman web kewangan peribadi yang bertauliah.
Contents
Mengapa Anda Perlu Melawat Laman Web Kewangan?
Mungkin anda sudah mempunyai jawapan memandangkan anda sekarang berada di dalam laman web yang sedemikian! Berikut adalah beberapa tambahan tentang mengapa anda sepatutnya membaca dan mengikuti perkembangan laman web kewangan peribadi yang berkualiti.
1. Menaiktarafkan aliran tunai anda: Asas kepada kewangan peribadi adalah aliran tunai yang mudah difahami tetapi susah untuk dipraktikkan. Formula ini memerlukan dedikasi sepanjang hayat untuk dikuasai.
Pendapatan > Perbelanjaan = Kebahagiaan
Perbelanjaan > Pendapatan = Kacau Bilau
(Diadaptasi dari kata-kata Charles Dickens)
2. (Mengelakkan) Perasaan Takut dan Tamak: Perasaan takut apabila hendak membuat keputusan dalam melabur (lumpuh analisis, ataupun paralysis analysis) dan perasaan tamak yang mengatasi pemikiran logik/analisa telah membuatkan ramai yang kehilangan wang.
3. Mengenalpasti betapa dalamnya poket anda: Analogi mudah yang mengatakan anda perlu tahu tentang kewangan anda sendiri dan mengagihkannya dengan cermat. Istilah lain yang biasa digunapakai adalah budgeting, pengagihan simpanan/aset dan juga sistem sampul.
4. Labur dengan bijak: Membina portfolio pelaburan secara holistik dengan kepelbagaian dan pelan pelaburan peribadi. Bukannya dengan “melabur” dalam semua benda untuk mengejar pulangan.
5. Mengurus Risiko: Bahagian pengurusan kewangan yang kurang glamor (tetapi paling penting). Secara asasnya, ia untuk mengurangkan kos perbelanjaan apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Mengenai Senarai Kedudukan
Kriteria senarai kedudukan
- Penapisan: Hanya laman web yang berasal dari Malaysia; Selalu dikemaskini; Topik utama dalam kewangan peribadi; Dibuat untuk memperbaiki kefahaman kewangan
- Kedudukan: Senarai kedudukan Alexa Malaysia (berdasarkan panduan kemas kini terbaru)
Info laman web
- Tentang: Maklumat tentang laman web/pengasas blog/penulis
- Topik: Kategori/Fokus paling popular
- Bahasa: Laman web yang berbahasa Melayu diutamakan, boleh mengandungi bahagian dalam English
- Tahap: Permulaan (masih baru dalam kewangan peribadi) – Pertengahan (sedang meneruskan perjalanan kewangan peribadi) – Pakar (memerlukan ilmu/kemahiran/pendidikan/pengalaman tambahan yang lebih menyeluruh)
- Kemaskini: Kadar kemaskini/pengeluaran (dikira berdasarkan jumlah kandungan baharu setiap minggu dibahagi dengan jumlah hari dalam seminggu@7)
- Senarai kedudukan: Di dalam Malaysia
- Pautan: Terus kepada laman web/blog/artikel
Jadi, tanpa berlengah lagi…..
Laman Web Kewangan Peribadi Terbaik di Malaysia
#1: iMoney.my
“Membantu rakyat Malaysia membuat keputusan yang betul dengan duit”
- Tentang: iMoney.my adalah laman web yang dikenali untuk membuat perbandingan dalam aspek kewangan. Mereka juga adalah pengamal pengurusan kewangan yang dapat membantu anda berjimat apabila mengurus kewangan.
- Topik: Pengurusan kewangan; pelaburan; insurans; perbandingan
- Bahasa: English, Bahasa Melayu
- Tahap: Permulaan – Pertengahan
- Kemaskini: Setiap hari
- Senarai kedudukan: #300 di Malaysia (Global: #77k)
- Pautan: imoney.my/articles
#2: RinggitPlus
“Pendidikan kewangan untuk rakyat Malaysia”
- Tentang: RinggitPlus.com adalah laman web Malaysia untuk membantu anda dalam hal kewangan – sama ada anda ingin memohon kad kredit, pinjaman peribadi, pelan insurans, pinjaman rumah dan lain-lain lagi
- Topik: Pengurusan kewangan; perbankan, perbandingan
- Bahasa: English
- Tahap: Permulaan – Pertengahan
- Kemaskini: Setiap hari
- Senarai kedudukan: #400 di Malaysia (Global: #61k)
- Pautan: ringgitplus.com/en/blog
#3: CompareHero.my
“Panduan utama perbandingan hal kewangan peribadi di Malaysia”
- Tentang: CompareHero.my adalah laman web utama yang dituju oleh rakyat Malaysia untuk mencari, membanding dan memohon produk kad kredit dan pinjaman peribadi di Malaysia.
- Topik: Kad kredit, pinjaman peribadi, kewangan peribadi
- Bahasa: English, Bahasa Melayu
- Tahap: Permulaan – Pertengahan
- Kemaskini: Setiap hari
- Senarai kedudukan: #1 100 di Malaysia (Global: #124k)
- Pautan: comparehero.my/articles
#4: Majalah Labur
“Laburlah ke dalam diri sendiri!”
- Tentang: Majalah Labur adalah laman web berteraskan pendidikan pelaburan dari pasaran saham hingga ke berita terkini mengenai pengurusan kewangan.
- Topik: Pelaburan (terutamanya pasaran saham); kewangan peribadi
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Tahap: Permulaan – Pertengahan
- Kemaskini: Setiap hari
- Senarai kedudukan: #1 300 di Malaysia (Global: #200k)
- Pautan: majalahlabur.com
#5: Jom Urus Duit
“Tips pengurusan duit dan kewangan peribadi”
- Tentang: Blog ini menyediakan perkongsian berkaitan pengurusan kewangan peribadi dengan menekankan kepada 7 elemen utama iaitu pendapatan, simpanan, perbelanjaan, perlindungan, pelaburan, penyucian dan pewarisan.
- Topik: Pengurusan Duit ,Kewangan Peribadi
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Tahap: Permulaan – Pertengahan
- Kemaskini: Berkala
- Senarai kedudukan: #2 000 di Malaysia (Global: #294k)
- Pautan: jomurusduit.com
#6: My Personal Finances, juga dikenali sebagai MyPF.my
“simplifying Personal Finances (trans: Memudahkan kewangan peribadi)”
- Tentang: MyPF.my adalah platform pendidikan kewangan utama untuk membantu anda memudahkan dan mengembangkan kewangan peribadi dengan menggunakan teknologi yang menghubungkan rakyat Malaysia dengan perancang kewangan berlesen, panduan kewangan percuma dan solusi kewangan bertauliah.
- Topik: Kewangan peribadi; pelaburan; pengurusan risiko
- Bahasa: English, Bahasa Melayu, Mandarin (berkala)
- Tahap: Permulaan – Pakar
- Kemaskini: Setiap hari
- Senarai kedudukan: #2 900 di Malaysia (Global: #475k)
- Pautan: mypf,my/resources
#7: Halalmoney
“Membina kekayaan secara Halal”
- Tentang: Halalmoney.my adalah platform yang fokus utamanya untuk membantu umat Islam di Malaysia menjana kekayaan dan menguruskan kewangan dengan cara yang selamat dan mematuhi Syariah.
- Topik: Pelaburan; hartanah; kewangan peribadi
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Tahap: Permulaan – Pertengahan
- Kemaskini: Setiap hari
- Senarai kedudukan: #12 100 di Malaysia (Global: #1.5m)
- Pautan: halalmoney.my
#8: Pakdi
“Membantu rakyat Malaysia untuk mengubah cara pemikiran kewangan ke arah jangka masa panjang”
- Tentang: Pakdi adalah penulis dan juga perancang kewangan berlesen yang acap kali kelihatan memberi ceramah/kelas tentang wang dan pelaburan patuh Syariah. Beliau ingin membantu orang awam menjadi pelabur jangka masa panjang dan bukan spekulator/trader.
- Topik: Pelaburan; Perancangan kewangan
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Tahap: Permulaan – Pakar
- Kemaskini: Setiap Jumaat
- Senarai kedudukan: #18 400 di Malaysia (Global: #1.5m)
- Pautan: pakdi.net
#9: Asri Ahmad
“Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain”
- Tentang: Tuan Hj Mohd Asri merupakan salah seorang speaker utama dalam program-program anjuran Suruhunjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia. Beliau memiliki pendidikan dari UiTM dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), UPM dalam Ijazah Sarjana (Kewangan) dan memiliki akreditasi Certified Financial Technician (CFTe).
- Topik: Pelaburan (terutamanya saham)
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Tahap: Permulaan – Pakar
- Kemaskini: Berkala
- Senarai kedudukan: #18 500 di Malaysia (Global: #1.6m)
- Pautan: asriahmadacademy.com
#10: Investor.my
“Perkongsian tentang pasaran kewangan”
- Tentang: Investor.my terdiri daripada ahli-ahli yang berkecimpung dalam bidang pasaran kewangan yang ingin memberi kandungan dan nilai kepada orang awam tentang informasi pelaburan. Visi mereka adalah untuk mengelakkan rakyat Malaysia terjerat dengan skim cepat kaya dan secara langsung, meningkatkan ilmu kewangan.
- Topik: Ekonomi, pasaran kewangan, pelaburan
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Tahap: Permulaan – Pertengahan
- Kemaskini: Setiap hari
- Senarai kedudukan: #19 100 di Malaysia (Global: #2.7m)
- Pautan: investor.my
Laman Web Kewangan Peribadi Tambahan
Senarai di atas tidak mencukupi? Sila lihat di bawah untuk laman web/blog yang tidak disenaraikan dalam kedudukan 10 terbaik ATAU tidak semestinya fokus hanya kepada topik kewangan peribadi.
- Afyan.com – Kewangan peribadi
- AslamIsMe.com – Kewangan peribadi, pengurusan risiko
- DrNazriKhan.com – Ekonomi, pelaburan
- FaizWahab.com – Pengurusan kewangan, kewangan peribadi, hartanah
- Market-Demon.com – Ekonomi, cryptocurrency, pasaran kewangan
You May Also Like
Kongsi dan Bincang
Apa-apa laman web yang tertinggal bagi pendapat anda? Ataupun mungkin blog kewangan yang berkualiti tetapi belum didedahkan kepada awam? Beritahu kami sekarang!
Terima Kasih, ilmiah dan bermanfaat
Banyak artikel menarik berkenaan kewangan dalam ni.
Terima kasih sudi berkongsi
Setiap dari kita perlu ada Ilmu Pengurusan Kewangan untuk menjamin kehidupan selesa di masa hadapan