Cara melabur dengan cara bosan tetapi menguntungkan dalam tempoh perang ekonomi US-China, kekecohan politik dan era Trump. Konflik semakin tegang semenjak kebelakangan ini apabila Presiden China, Xi Jinping mengumumkan bahawa tambahan tarif sebanyak $75 billion terhadap barangan US termasuk minyak, soya, automotif dan barangan pengguna lain akan dikenakan bermula 1 September. Dalam situasi sebegini, apakah strategi pelabur untuk sentiasa di hadapan? (Original article in English)

Betapa banyaknya perbezaan yang dapat dilihat dalam sebulan. Di pasaran saham US, bulan Mei 2019 merupakan Mei yang paling teruk sejak 2010 dan kedua paling teruk sejak 1962. Kemudian pada bulan Jun, S&P 500 (salah satu pasaran saham US) mencapai rekod Jun terbaik sejak tahun 1955. Sejak Presiden Trump mengisytiharkan perang ekonomi terhadap China (dan negara-negara lain), naik turun pasaran ibarat jongkang-jongket dan telah menjadi satu kebiasaan.

Aset berpaksikan pertumbuhan (e.g ekuiti) jatuh mendadak pada bulan Mei apabila hubungan ekonomi antara China dan US kembali tegang. Kemudian, pada bulan Jun, bank pusat di seluruh dunia mula berwaspada dan mengambil tindakan berjaga-jaga dengan polisi kewangan yang lebih pasif untuk menyerap impak bulan Mei. Sentimen terhadap ekonomi bertambah baik setelah mesyuarat G20 di Jepun, di mana “gencatan” ekonomi telah dimeterai antara US dan China. Secara ringkas, ekonomi dan tindakan bank pusat amat bergantung kepada belas ihsan Trump.

Asam Ragam Perang Ekonomi

Segalanya, dari saham ke bon dan emas, (dan semua selain US dollar) naik pada bulan Jun. Aset berpandukan “pertumbuhan” berubah dari negatif pada bulan May kepada positif di Jun. Dua bulan lepas, sektor teknologi US mengalahkan instrumen lain dengan pulangan sebanyak 8.7%. Emas dan saham barangan pengguna mengikuti trend ini dengan pulangan sebanyak 8% dan 7.6%. Walaubagaimanapun, untuk US dollar, kita boleh memberi sebab kejatuhan sebanyak 1.6% kepada tindakan bank pusat (“Federal Reserve“) yang sebelumnya enggan mengubah kadar faedah kepada “bersedia untuk mengubah jika diperlukan”.

Nampaknya Presiden Trump sentiasa di ambang kemarahan sejak dua menjak ini kerana pelan beliau tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan justeru itu, sentiasa dipengaruhi oleh sesuatu yang di luar kawalan beliau. Bayangkan permainan “Whack-A-Mole” di mana apabila anda memukul mole yang keluar dari lubang, tiga lagi akan keluar. Dalam hal ini, Presiden Trump ibarat “memukul” China dengan ancaman ekonomi dan tiga lagi isu timbul yang tidak disangka. Semestinya beliau tidak gembira dengan keadaan ini.

Apa yang Membuatkan Beliau Marah?

Pertamanya, Presiden Trump marah dengan situasi Vietnam di mana dunia mengelakkan tarif yang diletakkan oleh US dengan mengubah laluan perdagangan melalui Vietnam. Wall Street Journal melaporkan bahawa import Vietnam meningkat sebanyak 81% sejak setahun pada bulan Mei dan pada bulan yang sama, terdapat peningkatan eksport yang mendadak sebanyak 72% di sektor barangan yang sama kepada US!

Kedua, nilai matawang susut sebanyak 4.1% disebabkan oleh ketegangan perang ekonomi yang dibangkitkan semula sejak 17 April hingga 17 Mei. Penurunan Yuan ini membuatkan import daripada China lebih murah dan secara tidak langsung, menurunkan tarif.

Ketiga dan terakhir, bank pusat memainkan peranan. Presiden Trump sebenarnya bertegang tekak dengan Jerome Powell, Pengerusi US Federal Reserve kerana mereka mengumumkan persediaan untuk bertindak tetapi belum melakukan apa-apa. “Make America Great Again” tidak dapat diterapkan secara ideal oleh Trump kerana bank pusat tidak bertindak seperti kemahuannya. Trump mengharapkan bank pusat US untuk memberi lebih banyak “tongkat” kepada pasaran berbanding bank pusat di tempat lain. Untuk situasi sekarang, lain pula yang terjadi seperti Mr Draghi, pengerusi bank pusat Eropah, yang telah menyokong dan melonggarkan polisi untuk menyokong pasaran.

Ketiga-tiga faktor ini telah mengurangkan impak perang ekonomi terhadap pasaran. Sekali lagi dirumuskan, perubahan dalam ekonomi disebabkan oleh ketegangan ini lebih banyak digembar-gemburkan dan dipanaskan oleh media.


Bagaimana Untuk Bertahan di Era Trump

Naik turun pasaran dan faktor luaran lain yang bertindak melawan pelan Presiden Trump menunjukkan bahawa amat penting untuk kita mengambil sasaran jangka masa panjang terhadap pelaburan. Dalam erti kata yang lain, kita tidak boleh terperangkap dengan berita ataupun terjerat dengan mentaliti jangka masa pendek dalam pasaran kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Misalnya, apa yang Trump akan tweet esok?

Dengan pengalaman naik turun Mei dan Jun ditambah pula dengan beberapa “pembetulan” pasaran pada tahun 2018, kita dapat membuat rumusan bahawa pasaran akan sentiasa mengalami naik turun yang menjadi asam garam ekonomi.

Apa yang kita juga tidak boleh mengambil remeh adalah situasi ini adalah biasa dan boleh diuruskan. Jadi, bagaimana untuk menguruskan naik turun pasaran?

KEKAL DENGAN PELAN PELABURAN ANDA!

Dollar Cost Averaging

Kita tidak perlu ijazah ekonomi untuk melihat bahawa terdapat naik turun pasaran yang tinggi sejak setahun setengah. Sepanjang tempoh ini, kita dapat memerhatikan para pelabur yang membalas naik turun pasaran. Ada yang hendak mencari timing yang sesuai dengan berharap dapat membeli ketika turun dan jual apabila naik. Yang lain pula keluar daripada pasaran apabila pasaran jatuh untuk “melindungi wang mereka” dan gembira apabila pasaran kembali naik jadi mereka menyalurkan lebih banyak wang.

Kemudian, terdapat golongan pelabur yang sistematik: mereka yang terus melabur menggunakan strategi dollar cost averaging dan tidak peduli tentang bila pasaran jatuh dan naik. Mereka melabur setiap bulan secara konsisten di setiap naik dan turun dengan arahan yang telah ditetapkan.

Jadi, apa terjadi kepada jenis pelabur yang berbeza ini? Bagi mereka yang gentar dan keluar daripada pasaran pada Q4 2018 telah terlepas kenaikan mendadak pada Q1 2019. Pelabur yang membuat keputusan bertindak balas dengan naik turun pasaran akhirnya meletakkan diri mereka dalam situasi yang lebih tidak menentu.

Lihat Gambaran Jangka Panjang yang Lebih Besar

Ya, kita boleh bersetuju bahawa pasaran tidak menentu apabila melihat apa yang terjadi tahun lepas. Tetapi apabila anda membuat pemerhatian akan harga S&P 500 sepanjang tempoh 40 tahun, jalan yang ada adalah naik. Pelabur yang tetap dengan strategi dollar cost averaging akan membolehkan anda untuk menikmati trajektori 40 tahun pasaran. Cara untuk mengambil peluang trend menaik ini adalah dengan menggunakan pelan yang sistematik dan mengelakkan membuat keputusan yang berpaksikan emosi.

Ya, akan ada pemain pasaran hebat (atau bertuah) yang dapat mengalahkan strategi lain. Tetapi situasi “jongkang-jongket” disebabkan oleh Trump dan juga reaksi dunia yang tidak dapat dijangka membuatkan kita dalam dilema dan sukar membuat keputusan.

Membuat timing yang betul ataupun tidak mempunyai pelan yang sistematik adalah pelaburan berpaksikan emosi, bukannya pelaburan yang rasional. Tetapi kerana kita manusia, kita lebih cenderung ke arah keputusan berasaskan emosi. Impak disebabkan oleh keputusan beremosi ini penting untuk diambil iktibar kepada market timer dan juga pelabur yang terperangkap.

FOMO (“Fear of Missing Out“): masuk semua sekali apabila pasaran dalam keadaan naik

FOF (“Fight or Flight“): jual semua sekali apabila pasaran dalam keadaan turun

Tidak mustahil untuk kita mengelakkan keputusan berpaksikan emosi ini apabila tekad dengan pelan pelaburan secara bulanan. Pedoman daripada situasi sebegini adalah: sesiapa yang dapat melabur dalam jangka masa panjang akan menang.

Seperti pepatah Inggeris yang berbunyi; “Whoever stays in the barbershop long enough, he’ll eventually get a haircut

Hadap Naik Turun Pasaran

Terdapat platform yang fokus kepada jangka masa panjang contohnya seperti StashAway yang direka untuk bertahan dengan naik turun jangka masa pendek. Portfolio ini dipelbagaikan kepada jenis aset dan geografi yang berbeza. Tambahan pula, bahagian pelaburan mereka sering membuat kajian tentang cara baru bagi portfolio anda bertahan di jangka masa panjang (e.g pelaburan dalam emas, pasaran wang).

Ini tidak bermakna bahawa anda tidak akan mengalami kerugian jangka masa pendek tetapi ini bermakna anda dapat pulih dari impak jangka masa pendek dengan lebih cepat berbanding dengan portfolio yang tidak mempunyai pelan sistematik dalam aset yang berlainan. Ciri-ciri ini direka untuk meningkatkan kuasa bertahan supaya anda dapat mencapai matlamat kewangan anda di masa akan datang.

Apa yang anda perlu lakukan adalah banyakkan bersabar, abaikan bunyi “bising” dalam pasaran dan tekad dengan strategi pelaburan. Tidak mengapa untuk memantau pulangan anda sekali sekala (Tips: pantau sekali sebulan) asalkan anda tidak sertakan emosi dalam keputusan pelaburan anda.

 

Promosi StashAway x MyPF

Promosi pendaftaran ekslusif MyPF x StashAway dengan 100% diskaun caj! Tiada pelaburan minimum diperlukan apabila mula mendaftar.

 

Kongsi dan komen di bawah untuk apa-apa pertanyaan tentang strategi pelaburan yang digemari anda atau untuk perkongsian cerita pelaburan anda (kami tidak kisah baik atau buruk).

 

 

 

You May Also Like