Cara melabur dengan cara bosan tetapi menguntungkan dalam tempoh perang ekonomi US-China, kekecohan politik dan era Trump. Konflik semakin tegang semenjak kebelakangan ini apabila Presiden China, Xi Jinping mengumumkan bahawa tambahan tarif sebanyak $75 billion terhadap barangan US termasuk minyak, soya, automotif dan barangan pengguna lain akan dikenakan bermula 1 September. Dalam situasi sebegini, apakah strategi pelabur untuk sentiasa di hadapan? (Original article in English)

Betapa banyaknya perbezaan yang dapat dilihat dalam sebulan. Di pasaran saham US, bulan Mei 2019 merupakan Mei yang paling teruk sejak 2010 dan kedua paling teruk sejak 1962. Kemudian pada bulan Jun, S&P 500 (salah satu pasaran saham US) mencapai rekod Jun terbaik sejak tahun 1955. Sejak Presiden Trump mengisytiharkan perang ekonomi terhadap China (dan negara-negara lain), naik turun pasaran ibarat jongkang-jongket dan telah menjadi satu kebiasaan.

Aset berpaksikan pertumbuhan (e.g ekuiti) jatuh mendadak pada bulan Mei apabila hubungan ekonomi antara China dan US kembali tegang. Kemudian, pada bulan Jun, bank pusat di seluruh dunia mula berwaspada dan mengambil tindakan berjaga-jaga dengan polisi kewangan yang lebih pasif untuk menyerap impak bulan Mei. Sentimen terhadap ekonomi bertambah baik setelah mesyuarat G20 di Jepun, di mana “gencatan” ekonomi telah dimeterai antara US dan China. Secara ringkas, ekonomi dan tindakan bank pusat amat bergantung kepada belas ihsan Trump.