Perlukah anda mengambil insurans pelancongan? Apakah jenis insurans pelancongan yang ada dan yang mana perlu anda pilih? (Original article in English)
Contents
Apakah Itu Insurans Pelancongan?
Juga dikenali sebagai travel insurance, insurans ini adalah pilihan perlindungan yang menjamin kejadian yang di luar jangkaan apabila melancong/mengembara/bercuti termasuklah penangguhan pesawat, kehilangan bagasi, kecurian, kemalangan dan kos perubatan. Berlainan operator insurans akan menawarkan servis yang berbeza dengan faedah dan pengecualian biasa seperti yang disenaraikan di bawah.
Faedah Perlindungan
- Perlindungan kematian dan kecacatan kekal akibat dari kemalangan
- Kos perubatan termasuk pembedahan, hospitalisasi, kecemasan pergigian disebabkan kemalangan
- Faedah pendapatan akibat hospitalisasi
- Penghantaran ubat-ubatan (apabila tidak dibekalkan secara domestik)
- Ganti rugi deposit dan kos apabila dibatalkan
- Ganti rugi bagasi peribadi dan akibat
- Penggantian dokumen perjalananan
- Bagasi harian
- Penangguhan perjalanan (i.e pesawat, feri, bas)
- Kejadian bencana alam di destinasi
- Terlepas waktu pelepasan akibat dari pengangkutan awam
- Ganti rugi apabila terlepas transit
- Ganti rugi apabila terlebih penempahan (“overbooking“)
- Perlindungan terhadap aktiviti pengganas
- Liabiliti peribadi
- Ganti rugi apabila kehilangan wang dan kad kredit
- Faedah perlindungan apabila berlaku kebakaran/pecah masuk di rumah
Perlindungan tambahan
- Sukan air: kanu, kayak, rowing, layar, parasailing, luncur ombak, windsurfing, jet skiing, menyelam skuba
- Sukan musim sejuk: luncur ais, snowboarding
- Lain-lain: Paintball, bungee jumping, indoor climbing, belon air panas, mendaki gunung
Pilihan Insurans Pelancongan
Individu:
- Dewasa: dari 18 tahun hingga 70 tahun
- Kanak-kanak: dari 30 hari hingga 17 tahun
- Warga Emas: dari 71 tahun hingga 80 tahun
- Keluarga: Diinsuranskan; boleh ditambah dengan pasangan dewasa dan kanak-kanak yang belajar sepenuh masa di luar negara.
Tempoh masa:
- Tahunan
- Masa terhad (harian/mingguan)
Kawasan
- Tempatan (Malaysia)
- Asia
- Seluruh dunia
Tips Insurans Pelancongan
Kriteria untuk memohon insurans pelancongan bagi rakyat Malaysia terdiri daripada berikut:
- Rakyat Malaysia
- Atau pemastautin tetap
- Atau mempunyai permit kerja yang sah
- Atau mempunyai tanggungan yang menetap di Malaysia
- Atau pelajar antarabangsa di Malaysia
- Semua pelepasan adalah dari Malaysia dan tiba di Malaysia selepas perjalanan
Pastikan juga anda berjaga-jaga dan fahami pengecualian insurans tersebut biasanya seperti berikut:
- Penyakit sedia ada
- Penangguhan atau penahanan daripada kastam atau pegawai kerajaan
- Sukan merbahaya (jika tidak memilih perlindungan tambahan)
- Berkaitan dengan HIV atau AIDS
- Radiasi atau pencemaran nuklear
- Mengandung, kelahiran, pengguguran
- Perang, rusuhan atau perhimpunan awam
Berikut adalah pekerjaan yang tidak dilindungi:
- Krew pesawat/kapal/keretapi
- Pekerja pelantar minyak/lombong
- Jurugambar udara
- Pengendali barang letupan
- Kakitangan tentera laut, darat, udara, polis atau pertahanan awam
Sebelum selesai, pastikan anda mengisi maklumat penerima supaya mereka dapat mengurus hal-jhal berkenaan insurans dengan mudah jika berlaku sesuatu kepada anda.
Adakah Anda Perlukan Insurans Pelancongan
Jika anda mengembara ke luar negara, lebih baik jika anda mengambil insurans ini. Kos untuk perlindungan amatlah sedikit berbanding kos perjalanan anda yang boleh melindung jumlah yang mencecah sehingga RM 50 000 ataupun lebih jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Anda juga perlu mengisi maklumat penuntutan insurans perubatan kecemasan di luar negara (“Overseas Travel Emergency Medical Assistance“) dan apa-apa insurans lain yang anda miliki (i.e kad kredit bersama insurans pelancongan) untuk memastikan anda dilindungi secara menyeluruh.
Bandingkan pilihan perlindungan polisi yang berbeza tetapi jangan hanya membuat keputusan berdasarkan yang paling murah. Anda juga perlu menyimpan rumusan polisi insurans anda bersama rakan atau ahli keluarga.
You May Also Like
- Taking Hotel Stuff Back: Saving or Stealing?
- Top Travel Tips
- AirAsia Finally Removing Credit Card Surcharge
Bincang dan komen mengenai insurans pelancongan bersama kami di bawah dan nyatakan pendapat anda sama ada ianya suatu keperluan ataupun suatu kemewahan.
Leave A Comment