Dapatkan informasi tentang ekuiti persendirian. Adakah anda pelabur yang bertauliah dan berkelayakan? Patutkah anda melabur dalam ekuiti persendirian? (Original article in English)

Apakah itu Ekuiti Persendirian?

Ekuiti persendirian adalah pelaburan alternatif yang melabur dalam saham/ekuiti syarikat yang tidak disenaraikan di dalam pasaran saham. Tujuan pelaburan sebegini adalah untuk mendapatkan pulangan yang positif dan berpotensi untuk lebih tinggi dari pelaburan biasa. Dana dikumpul dari pelabur untuk mengembangkan syarikat. Kebiasaannya, tempoh pelaburan sebegini mengambil masa selama dua hingga tujuh tahun.

Dahulu, ekuiti persendirian selalunya ditawarkan kepada firma pelaburan persendirian yang mempunyai dana yang banyak dan juga pelabur yang bertauliah (seperti di dalam rancangan TV Shark Tank). Kini, ada ekuiti yang persendirian dipasarkan untuk pelabur awam. Namun, terdapat peningkatan terhadap syarikat mencurigakan yang menawarkan ekuiti persendirian dan ramai pelabur yang tertipu kerana sikap tamak dan inginkan pulangan yang besar.

Kebaikan dan Keburukan Ekuiti Persendirian

Kebaikan

  • Pulangan yang tinggi
  • Mungkin disertakan dengan perlindungan modal

Keburukan

  • Risiko yang tinggi
  • Tidak dijanjikan pulangan modal
  • Tidak semestinya diselia
  • Pelaburan minima yang tinggi berbanding aset lain
  • Terdedah kepada unsur penipuan atau mencurigakan

Perlindungan modal bermaksud anda dijanjikan pulangan pelaburan asal setelah tempoh minima tertentu. Namun, klausa ini terdedah kepada situasi tertentu yang boleh membawa kepada kerugian modal (bermaksud ia tidak dilindung sepenuhnya).

Risiko Ekuiti Persendirian Lain

1. Penipuan dan salah laku syarikat. Risiko melibatkan unsur korupsi, rasuah, syarikat tidak beretika dan ketidaktelusan.

2. Teknologi. Risiko apabila syarikat ketinggalan dari segi teknologi ataupun serangan siber.

3. Anak syarikat. Risiko apabila anak syarikat tidak dapat mengelakkan prestasi ataupun jatuh sekaligus mempengaruhi nilai syarikat.

4. Undang-undang. Risiko apabila syarikat tidak mematuhi undang-undang, piawaian ataupun standard yang ditetapkan.

Siapa Boleh Melabur di Dalam Ekuiti Persendirian?

Pelaburan sebegini selalunya dibuat oleh;

  • Firma syarikat ekuiti persendirian
  • Firma “Venture Capital (VC)”
  • Dana pencen atau endowmen
  • Pelabur “angel” ataupun pelabur bertauliah
  • Pelabur individu

Definisi Pelabur Bertauliah Oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Pelabur Bertauliah mestilah mempunyai ciri-ciri berikut;

  • Individu yang mempunyai nilai aset peribadi, ataupun bersama pasangan, melebihi RM 3 juta ataupun sama nilai dalam mata wang lain tidak termasuk nilai hartanah yang sedang menetap.

Individu yang mempunyai pendapatan tahunan yang melebihi RM 300 000 ataupun sama nilai dalam mata wang lain dalam 12 bulan terakhir.

  • Individu yang mempunyai pendapatan bersama pasangan yang melebihi RM 400 000 ataupun sama nilai dalam mata wang lain dalam 12 bulan terakhir.

Definisi Pelabur Bertauliah Oleh US Securities and Exchange Commission (SEC)

Pelabur bertauliah di US mestilah mempunyai ciri-ciri berikut;

  • Pendapatan sebanyak $ 200 000 ataupun $ 300 000 bersama pasangan dalam salah satu tahun dari dua tahun terkini.
  • Nilai aset peribadi berjumlah $ 1 juta tidak termasuk kediaman peribadi.
  • Memegang jawatan pegawai, pengarah atau rakan kongsi dalam syarikat yang dilabur.

Pelabur Individu

Jika anda pelabur persendirian, anda mempunyai pilihan seperti;

  • Melabur melalui firma ekuiti persendirian mungkin menawarkan pelaburan minima serendah RM 30 000.
  • Melabur di dalam ekuiti persendirian melalui dana amanah, dana indeks atau saham syarikat yang tersenarai dalam pasaran saham.

Patutkah Anda Melabur di Dalam Ekuiti Persendirian?

Sebelum anda melabur, anda perlu memastikan beberapa perkara seperti;

1. Portfolio pelaburan peribadi dan bagaimana ekuiti persendirian dapat disertakan dalam peratusan portfolio.

2. Modal pelaburan sedia ada.

3. Pengetahuan dan kajian terhadap syarikat dalam:

  • Keseluruhan syarikat
  • Nilai komersial
  • Status kewangan
  • Undang-undang
  • Struktur aliran wang

Ekuiti persendirian (dan pelaburan risiko tinggi sebegini) dicadangkan mengambil hanya sebanyak 5% atau lebih rendah dari jumlah peratusan portfolio anda. Jika anda mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan telah mengambil kira pelaburan lain, ia boleh ditingkatkan kepada maksimum 10% dari portfolio anda.

Alternatif lain adalah pinjaman sosial juga dikenali sebagai “peer-to-peer (P2P) lending” yang mengambil kira syarikat kecil dan sederhana yang tidak dibiayai oleh firma ekuiti persendirian.

Nota: Hanya sebagai panduan dan pengetahuan am, bukan cadangan atau saranan bagi pihak kami.

 

 

 

You May Also Like

 

 

 

Komen dan kongsi bersama kami pendapat anda tentang ekuiti persendirian.