Berbeza dengan zaman dulu-dulu. Kebanyakan orang selepas habis belajar terus minta kerja. Kerja makan gaji seolah itulah pilihan terbaik. Tetapi apakah perbezaan antara makan gaji dan bekerja sendiri? Yang mana lebih baik?
Tapi sekarang banyak orang muda-muda dah memulakan bisnes. Banyak perkara menarik bila menjadi bos kepada diri sendiri. Masa lebih fleksibel, boleh tetapkan rutin kerja sendiri. Rasa nak kerja, kerja. Rasa penat boleh tidur. Tak ada majikan nak halang atau marah.
Bunyi macam menarik sangat. Realiti yang orang tak nampak atau terlepas pandang. Hakikatnya pengusaha perniagaan yang berjaya, yang boleh bertahan lama, jalan yang dilalui tak mudah pun. Panjang, sukar dan tidak menentu.
Statistik menunjukkan banyak perniagaan gagal dalam dua tahun pertama. Bukan sebab pendapatan tak ada. Bukan sebab lemah dalam “marketing” tetapi kebanyakannya gagal sebab perancangan kewangan yang lemah.
Bila kita bekerja sendiri atau urus bisnes. Bagaimanakah kita melayan diri sendiri dalam syarikat? Adakah kita menetapkan manfaat seperti berikut:
- Gaji tetap setiap bulan.
- Simpanan persaraan (caruman KWSP)
- Manfaat kesihatan (caruman PERKESO)
- Perlindungan pendapatan (EIS)
- Potongan cukai berjadual (LHDN)
- Bonus tahunan
Bagi orang niaga, pada tahun-tahun permulaan, apa yang diusahakan itulah hasilnya. Buat banyak dapat banyak. Tak buat tak dapat. Semuanya bergantung pada usaha sendiri. Bila sakit demam? Mungkin langsung tak ada pendapatan.
Kalau ikutkan perbelanjaan bulanan orang niaga ni tetap sama saja dengan orang makan gaji. Ada komitmen bulanan nak kena bayar. Rumah, kereta, makan minum, perbelanjaan keluarga dan sebagainya. Sama dengan orang yang bergaji.
Namun pendapatan orang bisnes adalah tidak tetap. Tak tetap dari segi masa terima duit juga jumlah berapa banyak. Kadang ada kadang tak ada. Hari ni banyak, esok lusa belum pasti.
Jadi, dalam keadaan begini, sangat kritikal untuk setiap pengusaha bisnes atau orang niaga membuat pelan kewangan untuk terus hidup. Perancangan yang holistik dan menyeluruh. Baik jangka masa pendek, sederhana atau perancangan jangka masa panjang.
Dalam keadaan langsung tak ada manfaat di tempat kerja, menjadi tanggungjawab diri sendiri sepenuhnya untuk menjamin masa depan yang lebih baik. Ambil tindakan yang proaktif, dapat membantu menjamin masa depan yang lebih baik dari segi kewangan.
Kalau bukan diri sendiri yang melindungi diri sendiri, siapa lagi? Bagaimana nak mula dan apa yang perlu diutamakan?
- Tabung kecemasan atau cash reserve.
- Penyata aliran tunai. Catat setiap sen duit keluar dan duit masuk.
- Simpanan persaraan.
- Perlindungan kesihatan.
- Penggantian pendapatan.
- Cukai pendapatan perniagaan.
Apa nak buat? Mula dari sekarang. Jumpa perancang kewangan. Mereka ibarat doktor juga. Sakit mata ingatkan sakit mata biasa. Bila doktor diagnos rupanya diabetics. Oh itu punca utama rupanya.
Usah tunggu sakit baru nak cari perancang kewangan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk tunggu masa lapang jadi luangkan masa khusus untuk duduk semeja dengan doktor kewangan. Bincang apa yang perlu buat dan apa matlamat yang nak dicapai.
Yang paling penting, apabila kita merancang kewangan diri dan bisnes dengan betul, ia boleh membantu menaikkan lagi hasil bisnes kita.
You May Also Like
- How to Select a Financial Planner in Malaysia
- How To Craft Your Personal Financial Plan With Your Financial Advisor
- Knowing When to Hire a Personal Financial Advisor
- How does your Personal Finances Advisor Get Paid?
- Can My Impossible Dreams Really Be Achieved?
Bincang dan komen di bawah tentang pengalaman anda bekerja sendiri dan bagaimana anda menguruskan kewangan anda.
Leave A Comment