Lebih 700 ribu akaun pendeposit Tabung Haji tidak aktif. Akaun yang tiada sebarang transaksi melebihi 7 tahun berturut-turut akan diletakkan dalam kumpulan akaun dormant. 

Lebih 700,000 Akaun TH Dorman

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengenalpasti lebih 700,000 akaun pendeposit TH (sehingga akhir Ogos 2019) melibatkan jumlah simpanan sebanyak RM60.4 juta yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahun berturut-turut mulai tahun 2012.

TH ingin menasihati para pendeposit untuk mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu (1) transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter uniteller; atau melakukan transaksi atas talian dengan mana-mana rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB di seluruh negara. Pendeposit juga boleh menyemak status akaun mereka di saluran-saluran ini dengan hanya membawa kad pengenalan masing-masing.

Akaun-akaun yang masih tidak diaktifkan selepas 1 November 2019 akan dipindahkan ke dalam kumpulan Akaun Dormant (Tidak Aktif). Namun begitu, amaun yang dipindahkan ke Akaun Dormant tersebut masih lagi boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit TH menurut peruntukan seksyen 23(2) Akta Tabung Haji 1995.

Setiap tahun, TH akan mengingatkan para pendeposit untuk memastikan status akaun sentiasa aktif, di samping mengemaskini data peribadi seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris bagi memudahkan TH menghubungi pendeposit atau waris mereka untuk urusan penghantaran surat tawaran haji dan pengurusan akaun.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun tidak aktif atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.

 

Lembaga Tabung Haji

Tabung Haji (TH) merupakan sebuah badan berkanunyang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1963 dan ditadbir bedasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). TH menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk mengerjakan haji. TH mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam perkhidmatan simpanan, haji dan pelaburan.

Sebagai sebuah institusi haji terunggul negara, TH berusaha untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada. TH komited memberi perkhidmatan cemerlang dan memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan hajiinovatif. TH mempunyai lebi