Adakah anda rasa rumah anda serabut? Kini sejak populariti dari Marie Kondo tercetus melalui Netflix, cara mengemas rumah secara minimalis semakin mendapat perhatian. Ketahui langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan rentak mengemas supaya rumah anda lebih teratur dan baik mata memandang.

1. Tetapkan Fokus Anda

Fokus apa yang perlu disimpan dan buang barang tak perlu. Projek mengemas memang perlu masuk dalam agenda. Lapangkan masa dan perlu komited. Jadi, kita tidak diganggu dengan program lain. Stress pun kurang sebab dah masuk dalam senarai utama. Tak adalah asyik tertangguh.

Dah pasang niat dan masuk dalam kalendar. Kemudian lepas solat, minta doa supaya semuanya dipermudahkan.

2. Susun Satu Persatu

Pilih kategori barang apa nak kemaskan dahulu. Buat satu persatu. Mula dengan pakaian. Kemudian perkakas dapur. Buku, majalah dan sebagainya. Kalau buat sekaligus boleh kita akan lebih kelam kabut dan lebih tidak terurus.

Kemudian, apa yang penting? Kerjasama! Kerjasama semua ahli keluarga. Selalunya suami isteri ni berbeza karektor. Seseorang yang suka menyimpan barang mungkin akan disampingi dengan seseorang yang kurang ambil kisah. Mungkin tin biskut, botol mineral, kotak printer tahun lalu pun masih disimpan. Solusinya terletak pada bagaimana pasangan ini berdiplomasi.

3. Pilih Sama Ada Hendak Simpan, Derma atau Buang

Contohnya, hari ni kami kemaskan pakaian. Bermula dengan almari anak-anak. Berikut adalah apa yang kami buat:

  • Cari satu tempat yang lapang. Sediakan tiga kotak ikut kategori. Simpan, derma atau jual dan untuk dibuang.

Keluarkan semua pakaian yang ada. Kumpul setempat. Pilih satu persatu baju. Then tanya diri sendiri:

      • Sayang baju ni lagi?
      • Selesa atau konfiden bila pakai?
      • Adakah selalu pakai?

Jika jawapan kepada soalan di atas adalah ya, maka simpan pakaian tersebut.

      • Saiz sudah tidak muat?
      • Kain dah tak elok untuk dipakai?
      • Ada lubang atau kerosakan?
      • Susah nak padankan dengan tudung atau seluar?
      • Sudah lama tidak dipakai?
      • Dah dipakai lebih 6 bulan? (Bergantung kepada kemampuan)

Jika jawapan kepada soalan di atas adalah ya, maka jual, derma atau buang pakaian tersebut.

Waktu ni kena kejam sikit. Buang rasa sayang dan sentimental value dan fikir dahulu sebelum mempertahankan baju yang penuh kenangan, ” Adakah anda betul-betul memerlukan pakaian tersebut?”

Perasaan tu memang ada. Tapi dah kalau 6 bulan tak pakai, memang kita tak perlukan pun. Lebih baik sedekahkan bagi orang pakai. Ada juga manfaat yang mengalir. Pernah dengar ustaz kata, tak baik simpan barang yang kita tak guna.