Perbezaan antara doktor dengan penasihat kewangan mungkin ketara dari segi luaran namun secara batinnya, konsep kedua-dua profesion ini lebih kurang sama. Bagi pendapat anda, mengapakah kedua-dua profesion ini sama-sama diperlukan dalam masyarakat?

Tugas Seorang Doktor

Pesakit jumpa doktor, mengadu sakit bahagian mana. Doktor akan buat analisa dengan soalan-soalan yang berkaitan. Tanya sejarah pesakit untuk benar-benar faham keadaan dan masalah mereka. Doktor akan diagnos berdasarkan apa yang pesakit rasa dan bagitahu. Apabila sudah kenal pasti masalah, barulah doktor akan cadangkan ubat yang sesuai.

Ubat dan dos diberi hanya berdasarkan keadaan dan keperluan pesakit. Mungkin sakit yang sama dengan pesakit lain tapi ubat yang diberi perlu mengikut kesesuaian tubuh pesakit. Doktor juga akan beri nasihat yang baik, pesan pantang larang supaya kesihatan bertambah baik dan kekal sihat sepanjang masa.

Caj konsultasi akan dikenakan bergantung pada kes. Terpulang pada pesakit untuk dapatkan ubat di mana. Beli terus di klinik atau dapatkan di mana-mana farmasi.

Jika ada masalah yang lebih spesifik, pesakit perlu rujuk kepada doktor pakar yang spesifik kepada organ, komplikasi dan penyakit contohnya seperti pakar jantung, pakar sakit puan ataupun pakar kesihatan kanak-kanak. Masing-masing ada kepakaran dan kemahiran sendiri.

 

Tugas Seorang Penasihat Kewangan

Begitu juga dengan penasihat kewangan. Kami ibarat seorang doktor. Penasihat kewangan tidak akan terus cadang produk. Seperti doktor yang tidak terus beri ubat, tetapi diagnos kedudukan kewangan klien dengan membuat analisa terlebih dahulu. Lain orang, lain ubat dan keperluannya.

Banyak skop perancangan kewangan, contohnya:

  • Analisa pendapatan/aliran tunai
  • Pelaburan masa depan
  • Takaful/perlindungan pendapatan
  • Pengurusan hutang
  • Profil faraid
  • Cukai dan zakat
  • Perancangan harta/wasiat

Apa saja masalah, sudah tentu kita rujuk pada ahli bidangnya. Masalah kesihatan, doktor adalah ahlinya. Mereka diberi kepercayaan untuk buat keputusan bagi kita. Untuk sentiasa sihat, nasihat doktor perlu didengari.

Kalau nak sihat kewangan, carilah perancang kewangan