Penasihat kewangan adalah entiti profesional yang bertanggungjawab mengurus kewangan anda dan keluarga. Pengurusan kewangan melibatkan beberapa aspek seperti pelaburan, pengurusan risiko, dana pendidikan, pengurusan harta pusaka dan perancangan persaraan. Apa bezanya penasihat kewangan yang menggunakan model caj perkhidmatan dengan yang berdasarkan komisen? Bagaimanakah caranya untuk memilih penasihat kewangan yang sesuai dengan keperluan kita? (Original article in English)

Cara Memilih Penasihat Kewangan Anda

Melalui Kenalan atau Cadangan

Anda boleh bermula dengan menanyakan rakan, keluarga atau kenalan lain. Mungkin mereka sudah menggunakan khidmat penasihat kewangan yang cekap dan dikenali selama beberapa tahun. Apa yang mereka suka tentang penasihat kewangan ini? Adakah karektor ataupun etika kerja? Adakah mereka mempunyai kekuatan tersendiri yang mungkin juga sesuai dengan gaya pengurusan anda?

Laman Data Profesional Dalam Talian

Lawat laman web Financial Planning Association of Malaysia (FPAM), Smart Finance atau hubungi kami untuk mendapatkan cadangan penasihat kewangan yang bertauliah.

Anda juga boleh melawat laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan senarai firma penasihat kewangan yang bertauliah.

8 Perkara Yang Perlu Dikenal Pasti Apabila Memilih Penasihat Kewangan

Tanya soalan-soalan berikut apabila anda ingin mendapatkan khidmat penasihat kewangan. Pilihan anda sepatutnya menawarkan perkhidmatan yang holistik dan menyeluruh dalam pengurusan kewangan. Ia patut meliputi beberapa perkara dan bukan hanya tertakluk kepada sesuatu aspek contohnya seperti pelaburan.

 

1. Apakah kelayakan dan lesen yang anda miliki?

Pengiktirafan daripada badan profesional seperti Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) ataupun Malaysian Financial Planning Council (MFC) adalah penanda kebolehan yang sesuai.  Pastikan penasihat kewangan anda adalah ahli daripada badan profesional berikut. Hanya penasihat yang diiktiraf sahaja dibenarkan memanggil diri mereka “penasihat kewangan” ataupun “financial planner“di Malaysia.

  • Adakah mereka mempunyai Capital Market Service Representative License (CMSRL) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti?
    • Berlesen untuk menjalankan khidmat yang melibatkan aktiviti pasaran kapital termasuk nasihat pengurusan kewangan
  • Adakah mereka mempunyai lesen Financial Adviser Representative (FAR) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia?
    • perlesenan dan kawalan penasihat kewangan yang melibatkan produk insurans

Berikut adalah tips dan panduan untuk kelayakan penasihat kewangan profesional.

  • Certified Financial Planner (CFP): kelulusan daripada Financial Planning Association of Malaysia yang diiktiraf di kebanyakan negara dan mengambil masa selama 1.5 – 2 tahun.
  • Islamic Financial Planner (IFP): kelulusan daripada Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia dan Financial Planning Association of Malaysia dan mengambil masa latihan selama 28 hari.
  • Registered Financial Planner (RFP):kelulusan daripada Malaysian Financial Planning Council yang memerlukan jam kuliah selama 42 jam.

 

2. Apakah pengalaman anda dalam industri perkhidmatan kewangan? Selalunya khidmat anda diberikan kepada golongan mana?

Penasihat kewangan anda sepatutnya memiliki pengalaman dalam sektor pengurusan kewangan sekurang-kurangnya tiga tahun. Jadi, penasihat anda lebih berkelayakan membimbing dan menolong anda mencapai matlamat kewangan anda dengan ilmu serta pengalaman.

Fokuskan pencarian anda terhadap penasihat kewangan yang memberi khidmat kepada golongan yang sesuai dengan anda. Jika anda berumur awal 30an yang masih merancang untuk kewangan masa depan, penasihat kewangan yang fokus kepada strategi persaraan nilai tinggi tidak sesuai untuk anda. Tambahan pula, ada juga penasihat kewangan yang hanya memberikan khidmat kepada golongan yang mempunyai jumlah nilai pendapatan spesifik.

Antara tips terbaik yang boleh diberi adalah cari penasihat kewangan yang mempunyai jurang umur sebanyak 10 tahun untuk mengurangkan perselisihan faham.

 

3. Apakah jenis solusi dan khidmat yang anda berikan? Apakah pendapat dan filosofi pelaburan anda?

Kelayakan, lesen dan bidang kepakaran adalah perkara yang sebenarnya yang menentukan kualiti servis penasihat kewangan. Mereka memberi perkhidmatan seperti insurans, saham amanah (“unit trust“), produk sekuriti dan memberi nasihat pelaburan secara bertauliah yang diperolehi dari saluran yang relevan.

Apakah filosofi pelaburan penasihat kewangan anda? Agresif? Berhati-hati? Apa-apa pun, penasihat kewangan yang bagus perlu membimbing anda untuk memahami filosofi pelaburan dan pelan anda. Mereka sepatutnya membantu anda untuk mengenal pasti objektif dan halangan. Dengan ini, mereka perlu mengenal pasti cara terbaik untuk anda berjaya dalam mengurus kewangan.

Adakah penasihat kewangan anda meletakkan wangnya sendiri di dalam solusi atau servis yang dicadangkan kepada anda?

 

4. Pernahkah anda terlibat dalam salah laku atau memperoleh respons tidak baik dari pelanggan?

Berjaga-jaga dengan muslihat sesetengah penasihat kewangan.

Anda perlu mengetahui sama ada telah terdapat apa-apa keluhan dari pelanggan atas khidmat penasihat kewangan tersebut. Suruhunjaya Sekuriti juga dapat memberi info tentang kelayakan mereka. Pastikan juga mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

Kenal pasti sama ada mereka mempunyai sijil dari badan profesional seperti FPAM atau MFC. Adakah mereka perancang kewangan bertauliah ataupun memberi khidmat agen yang berdasarkan komisen?

Elakkan dari berurusan dengan seseorang yang suka “mengangkat bakul” dan selalu bercakap besar tentang kebolehan mereka dalam mengetahui haluan pasaran. Jauhkan diri daripada mereka.

Berjaga-jaga juga dengan seseorang yang kelihatan seperti mereka bersusah-susah untuk “membantu” anda kerana bagi mereka, anda berkepentingan hanya apabila anda menggunakan khidmat mereka.

 

5. Adakah anda bekerja sendiri atau di dalam kumpulan?

Penasihat kewangan boleh memberikan khidmat persendirian ataupun dalam kelompok profesional lain. Tanya sama ada mereka bekerja bersama-sama perancang kewangan lain, peguam atau pakar cukai lain, yang di luar kepakaran mereka. Jika perlu, dapatkan senarai nama untuk memeriksa latar belakang mereka.

Jika penasihat kewangan anda tiada pengalaman mendalam dalam sesetengah perkara, adakah mereka mempunyai sumber atau kumpulan lain yang boleh membantu?

6. Apakah SEMUA caj-caj yang tertakluk?

Ketahui bagaimana anda dicaj.

  • Caj berdasarkan servis. Penasihat kewangan selalunya mempunyai pilihan solusi dan servis. Mereka bertanggungjawab menyediakan servis yang sesuai untuk pelanggan
  • Caj berdasarkan komisen. Diperoleh apabila anda membeli produk atau servis.

Untuk perkhidmatan yang lebih telus, pilih penasihat kewangan yang beroperasi melalui caj berdasarkan servis. Anda mungkin dicaj mengikut jam, pelan, peratusan dan cara lain yang boleh dikuantifikasi.

 

7. Berapa kekerapan anda bakal berjumpa dengan klien?

Apabila sedang memperolehi info, tanya berapa anggaran pertemuan yang akan dibuat. Apa objektif pertemuan ini?

Pengurusan kewangan merangkumi jangka masa yang panjang. Anda perlu berharap agar dedikasi jangka masa panjang dari penasihat kewangan anda yang akan memberi sevis berterusan. Pelan kewangan adalah hanya permulaan. Memiliki pelan tanpa perbincangan atau perbuatan adalah tidak berguna. Untuk memastikan pelan anda berjaya, interaksi berterusan antara anda dan penasihat kewangan amatlah penting.

 

8. Cari penasihat yang memiliki tanggungjawab moral dan profesional

Penasihat kewangan yang memiliki tanggungjawab akan berkhidmat atas kepentingan klien (diri anda) lebih dari diri mereka.

Penasihat kewangan mempunyai tanggungjawab untuk mementingkan klien dan mengetepikan kepentingan peribadi untuk berkhidmat untuk klien. Ia akan memastikan hubungan dan perjalanan kewangan yang lebih baik untuk kedua-dua pihak.

Penasihat kewangan yang profesional bersetuju untuk mematuhi segala kod profesional dalam pengurusan kewangan dan secara moral, bertanggungjawab untuk menyediakan nasihat yang sesuai walaupun ia bermakna pengurangan pendapatan bagi mereka.

 

Konklusi

Walaupun senarai soalan lebih panjang dari yang disediakan di atas, anda perlu tahu bahawa anda mencari hubungan yang bermakna dengan penasihat kewangan. Perjalanan ke arah kebebasan kewangan adalah dalam jangka masa yang panjang.

Jangan takut untuk bertanyakan soalan “bodoh”. Dengan kesedaran ini, cari penasihat kewangan yang anda selesa bergaul. Apabila anda telah berjumpa dengan penasihat kewangan yang sesuai, ia bakal menjadi salah satu langkah kewangan paling penting dalam hidup anda.

 

Daftar sebagai ahli MyPF dan berhubung dengan penasihat kewangan.

 

You May Also Like

 

Apakah soalan lain yang anda ingin ajukan berkenaan penasihat kewangan?