Jutawan, yang merangkumi hanya 0.9% daripada populasi dunia, kini memiliki separuh dari kekayaan dunia yang berjumlah sebanyak $361 trilion mengikut laporan dari Credit Suisse. (Original article in English)

Jutawan dunia memiliki separuh daripada kekayaan dunia manakala 56% populasi hanya memiliki 1.8% daripada jumlah kekayaan.

Mengikut laporan tahunan Global Wealth Report yang diterbitkan oleh Credit Suisse, jumlah jutawan dunia meningkat kepada 47 juta antara pertengahan tahun 2018 dan pertengahan tahun 2019 dengan Amerika Syarikat mengetuai dunia dari segi jumlah jutawan baru dan jumlah jutawan.

Mengikut Credit Suisse, Amerika Syarikat menambah sebanyak 675 000 jutawan baru tahun lepas dan membawa jumlah keseluruhan kepada 18.6 juta.

Jepun dan China kedua-duanya pula menambah sebanyak 150 000 jutawan baru manakala UK, Perancis, Australia dan Italy adalah antara negara yang mencatatkan penurunan jumlah jutawan.

Keseluruhannya, laporan lanjut mengatakan bahawa jutawan dunia memiliki gabungan kekayaan berjumlah 158.3 trilion, ataupun 43.9 peratus dari jumlah kekayaan.

Data baru mengenai ketidaksamaan kekayaan ini dari segi global dan domestik ini dikeluarkan pada masa yang sama di mana calon presiden Amerika Syarikat dalam parti Democratic iaitu Elizabeth Warren dan Bernie Sanders telah mengeluarkan usul untuk membasmi ketidaksamaan kekayaan melalui cukai yang lebih tinggi.

Pelan Warren iaitu “Cukai Jutawan Ultra” yang dilancarkan pada Januari, bermakna cukai tambahan sebanyak 2% untuk aset bernilai $50 juta dan 3% untuk aset bernilai $1 bilion.

Tahun lepas, Sanders telah mengeluarkan cadangan “Cukai Untuk Kekayaan Berlebihan” yang bermakna tambahan cukai sebanyak 1% untuk kekayaan antara $32 juta dan $50 juta. Cukai ini akan meningkat secara progresif mengikut jumlah kekayaan, di mana maksimum adalah kekayaan lebih $10 bilion yang akan dikenakan cukai 8%.

“Pada masa di mana berjuta-juta orang yang bekerja dua atau tiga kerja untuk menyara keluarga, tiga orang terkaya di negara ini memiliki lebih kekayaan berbanding jumlah kekayaan separuh rakyat”, berkata Sanders. “Cukup dengan semua ini”

 

 

You May Also Like

 

 

Bincang dan komen di bawah mengenai isu ini dan jika anda ingin menyuarakan pendapat tentang ketidaksamaan kekayaan di Malaysia.