Adakah anda sedang memikirkan sama ada anda ingin menjadi bapa di rumah sepenuh masa? Mampukah anda dari segi kewangan? Sebelum anda membuat keputusan, mari lihat beberapa aspek penting dalam kewangan sebelum mendedikasikan hidup anda untuk anak anda. (Original article in English)

Menjadi Bapa Suri Rumah (BSR) bukannya senang dan semestinya bukan kerja separuh masa. Anda tidak boleh bangun pagi sesuka hati mengikut kehendak anda dan ia semestinya bukan untuk semua lelaki. Ingat lagi zaman kanak-kanak di mana ibu anda bekerja siang malam untuk menjaga anda? Ya, itulah tugas yang patut anda lakukan sekiranya ingin menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukan lagi housewife tetapi househusband. 

Tetapi, makin ramai kaum Adam yang ingin menjadi suri rumah. Kenapa? Antaranya adalah;

  • Ingin menjadi peranan penting dalam membesarkan anak
  • Selesa bersama anak
  • Tidak dapat mencari kerja selepas mendapat imbuhan berhenti ataupun berhadapan dengan kesukaran ekonomi
  • Pasangan ingin mengejar karier tetapi masih inginkan cahaya mata

Walaupun kesemua sebab di atas adalah munasabah, ianya tidak cukup kuat untuk menyokong tindakan anda untuk menjadi suri rumah. Untuk berjaya, anda perlu ada:

Persetujuan daripada pasangan + Tiada masalah kewangan + Kemampuan menyara

Pertama, pasangan anda perlu bersetuju dengan tindakan anda untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dapatkan pendapat dan adakan perbincangan menyeluruh tentang hal penjagaan. Pastikan kedua-dua pihak bersetuju (dan pasangan anda lebih bersetuju dari anda). Jika mereka ragu-ragu, fikirkan balik hal ini dan jangan terburu-buru.

Kemudian anda perlu selesaikan bab kewangan. Mampukah anda? Daripada dua sumber yang akan bertukar menjadi satu, mampukah kedua-dua pihak hidup dengan selesa atau kekalkan gaya hidup yang sama?

Sebelum anda membuat keputusan yang penting ini, fikirkan tentang beberapa soalan kewangan. Apa-apa jawapan selain “Ya” kepada soalan tersbut, anda patut berhenti dan uruskan kewangan anda terlebih dahulu. Apa-apa pun, masa depan anda dan anak anda terletak di tangan anda.

Q 1 – Sudahkah anda berbincang dengan pasangan anda mengenai pendapatan isi rumah?

Beralih kepada satu sumber pendapatan daripada dua adalah keputusan yang amat penting bagi sesebuah keluarga. Dapatkan persetujuan dan perbincangan dua hala dengan pasangan anda. Suami isteri perlulah bersetuju dengan arah tuju kewangan keluarga untuk situasi ini berjalan lancar.

Bincang mengenai bagaimana kehidupan selepas anda menjadi suri rumah dan adakah akan terdapat pertukaran dari segi gaya hidup.

Dapatkan semua data mengenai pendapatan, pelaburan, perbelanjaan dan hutang anda. Pastikan anda bersedia untuk menukar cara hidup anda dengan persetujuan pasangan anda.

Q2 – Adakah pekerjaan pasangan anda lebih baik untuk keluarga berbanding dengan anda?

Jika pasangan anda mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, ia lebih masuk akal untuk dia kekal bekerja.

Selain daripada  gaji, pastikan anda lihat faedah lain daripada majikan seperti elaun, bonus dan overtime.

Q3 – Adakah anda mempunyai bajet dan pemantauan perbelanjaan anda?

Untuk mengawal kewangan dan mengetahui persediaan anda untuk BSR, anda perlu tahu bahawa:

  • Pendapatan semasa dan berapa banyak (sekurang-kurangnya) yang anda perlu perolehi untuk menampung kehilangan pendapatan
  • Perbelanjaan semasa dan perbelanjaan yang kurang penting
  • Berapa banyak yang diperlukan untuk dana kecemasan

Pantau setiap sen yang anda belanja tiap bulan. Setelah beberapa bulan, anda akan biasa dengan jumlah perbelanjaan yang anda perlu untuk BSR dan apa yang perlu diubah untuk kekal hidup dengan gaya kehidupan anda kini.

Q4 – Sudahkah anda mempunyai dana kecemasan untuk melindungi perbelanjaan isi rumah anda selama 6 bulan?

Anda belum bersedia menjadi BSR jika anda tidak mempunyai dana kecemasan untuk bergantung. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, bersedia jika keluarga anda merancang untuk mempunyai hanya seorang pencari nafkah.

Berapa yang perlu disimpan? Sekurang-kurangnya untuk melindungi perbelanjaan isi rumah selama 6 bulan. Dana kecemasan ialah satu kewajiban. Ia akan dapat menjimatkan banyak wang apabila datang sesuatu yang tidak diingini.

Q5 – Adakah kadar hutang dan pendapatan anda rendah?

Anda mungkin bukan daripada keluarga satu pendapatan jikalau anda mempunyai jumlah hutang yang melampau. Untuk menjadi BSR, kurangkan hutang anda untuk meminimumkan perbelanjaan tahunan anda.

Anda boleh membayar hutang terendah dahulu atau hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi.

Q6 – Adakah anda boleh teruskan menyimpan untuk persaraan?

Bekerja atau tidak, anda perlu menyimpan untuk masa tua anda. Anda akan sentiasa mempunyai perbelanjaan ketika anda sudah tua.

Ambil kira perkara ini dalam kos bulanan anda dan cari cara untuk terus berjimat. Jikalau anda menjadi BSR dan tidak mampu menyimpan untuk persaraan, anda belum bersedia dari segi kewangan.

Q7 – Sudahkah anda merancang mempunyai pendapatan sampingan?

Walaupun bapa di rumah merupakan kerja sepenuh masa, anda masih akan mempunyai masa lapang. Lebih baik untuk anda menggunakan masa tersebut untuk memperoleh pendapatan sampingan untuk membantu perbelanjaan bulanan. Terdapat banyak kerja yang dapat dilakukan dari rumah untuk menjana wang. Anda hanya perlu mencari kepakaran dan minat anda. Ini dapat mengurangkan beban pasangan anda. Ianya juga dapat meningkatkan ego anda sebagai seorang lelaki kerana anda dapat membantu kewangan keluarga anda.

Q8 – Sudahkah anda mempunyai simpanan wang secukupnya?

Selain daripada dana kecemasan, simpan wang secukupnya untuk  perbelanjaan selama 2 hingga 4 tahun tanpa kemasukan pendapatan. Ianya sangat berisiko untuk keluarga mempunyai seorang sahaja pencari nafkah. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Kejatuhan ekonomi boleh berlaku tanpa amaran. Keluarga boleh kehilangan pencari nafkahnya.

Simpan segala wang yang anda mampu dan laburkannya. Anda juga mampu meningkatkan simpanan anda dengan fokus untuk menyimpan secara konsisten dan melabur. Ini akan menjadi tali keselamatan jikalau masa susah menimpa.

Q9 – Sudahkah anda mengambi faktor insuran perubatan anda?

Kos perubatan pada tahun 2019 semakin menigkat. Ianya semakin mustahil untuk mempunyai. Ramai ibubapa yang berbelanja jumlah yang banyak untuk penjagaan kesihatan. Ianya bukanlah perkara yang mudah untuk dirancang. Cari cara yang sesuai untuk membayarnya dengan hanya satu pendapatan sahaja. Apabila anda hilang perlindungan daripada majikan, rancangan ini akan menjadi lebih mahal di bawah anda sendiri.

Konklusi

Adakah anda mampu menjadi bapa di rumah tanpa jawapan untuk semua isu kewangan ni? Mungkin. Anda juga mungkin tidak mempunyai alternatif kerana situasi hidup menentukannya. Walauapapun, semakin banyak isu kewangan tersebut dapat diselesaikan, semakin tinggi peluang berjaya anda sebagai bapa di rumah.

 

 

You May Also Like

 

 

Adakah anda Bapa di Rumah atau Ibu di Rumah? Kongsilah bersama di laman komen di bawah.