Apakah 10 cara terbaik pelepasan cukai untuk penilaian tahunan anda semasa tahun 2019 dan 2020? Sudahkah anda memaksimumkan pelepasan cukai yang dilayak?

10 Pelepasan Cukai Am untuk penilaian bagi tahun 2019

1.  Caruman KWSP

Pelepasan cukai maksimum: RM 4000

Kriteria: Jumlah caruman KWSP dihadkan kepada RM 4000 (Sebelum ini, KWSP + Insurans Hayat digabungkan sebagai satu pelepasan cukai dan dihadkan sehingga RM 6000). Caruman KWSP yang tidak termasuk dalam potongan gaji juga dimasukkan bersama sebagai tujuan pelepasan cukai.

2. Premium Insurans Hayat

Perlepasan cukai maksimum: RM 3000

Kriteria: Bayaran insurans hayat premium pada tahun penilaian. Sebelum ini, insurans hayat digabungkan bersama caruman KWSP dan dihadkan kepada RM 6000.

  • Untuk Hayat, 100% premium yang dibayar layak untuk pelepasan cukai sebagai polisi hayat.
  • Untuk Pendidikan/Hayat, 100% premium yang dibayar layak untuk pelepasan cukai sebagai polisi hayatatau pendidikan
  • Untuk Perubatan/Hayat, 60% premium yang dibayar layak sebagai polisi perubatan ATAU 100% premium yang dibayar layak sebagai polisi hayat.
  • Premium kemalangan tidak layak untuk pelepasan cukai
  • Pinjaman premium automatik tidak layak untuk pelepasan cukai

3. Premium Insurans Perubatan

Perlepasan cukai maksimum: RM 3000

Kriteria: Bayaran insurans hayat pada tahun penilaian

  • Untuk Pendidikan/Hayat, 100% premium yang dibayar layak untuk pelepasan cukai sebagai polisi hayat atau pendidikan
  • Untuk Perubatan/Hayat, 60% premium yang dibayar layak sebagai polisi perubatan ATAU 100% premium yang dibayar layak sebagai polisi hayat.
  • Premium kemalangan tidak layak untuk pelepasan cukai

4. Perbelanjaan Gaya Hidup

Pelepasan Cukai Maksimum: RM 2500

Kriteria: Perbelanjaan gaya hidup dikumpulkan dalam 1 kategori dengan jumlah pelepasan cukai dihadkan kepada RM2500 untuk setiap tahun. Simpan resit anda!

  • Pembelian buku jurnal, majalah, surat akhbar dan rencana yang berkaitan. (kecuali bahan membaca terlarang)
  • Pembelian komputer peribadi, telefon bimbit atau tablet. (tidak termasuk komputer hybrid)
  • Pembelian alatan sukan untuk segala jenis sukan yang tertera di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak termasuk basikal bermotor, pakaian dan kasut) dan fi keahlian gimnasium.
  • Bayaran internet bulanan.

5. SPS/Anuiti

Perlepasan cukai maksimum: RM 3000

Kriteria:  Pelaburan Anuiti Tertangguh dan Skim Persaraan Swasta (SPS) dihadkan kepada RM 3000. Perlepasan cukai ini masih beroperasi daripada tahun 2012 hingga 2021 bermaksud masih ada 3 tahun untuk kelayakan melainkan tahun operasinya dipanjangkan.

Info lebih tentang SPS

6. Caruman PERKESO

Pelepasan cukai maksimum: RM 300

Kriteria: Jumlah caruman pekerja untuk PERKESO. Perlu diberi perhatian bahawa caruman maksimum pekerja ialah RM19.75 bagi setiap bulan untuk pekerja yang mempunyai gaji RM4000 keatas. Jadi, jumlah sebenar ialah RM 237.

Kadar caruman PERKESO

7. Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Perlepasan cukai maksimum: RM 8000

Kriteria: SSPN merupakan skim simpanan untuk pengajian tinggi yang dilancarkan pada 2004. Walaupun sesiapa sahaja dapat menyumbang dalam skim simpanan ini, hanya golongan ibu bapa yang layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM 8000 dan ianya untuk setiap ibu bapa (suami dan juga isteri). Perlu juga diambil perhatian bahawa terdapat perbezaan di antara SSPN-i dan SSPN-i Plus yang tertakluk bersama bayaran insurans. Pengiraan caruman SSPN-i adalah berdasarkan jumlah pelaburan dan pengeluaran tahunan.

Info lebih tentang SSPN-i

8. Penjagaan kanak-kanak

Pelepasan cukai maksimum: RM 1000

Kriteria: Pelepasan cukai yang baru diperkenalkan untuk bayaran penjagaan kanak-kanak dibawah 6 tahun dan berdaftar di pusat tadika. Namun, kos untuk penjaga kanak-kanak peribadi dikecualikan daripada pelepasan cukai. Hanya salah seorang ibu bapa sahaja yang layak mendapat pelepasan cukai ini.

9. Pemeriksaan Kesihatan Penuh

Pelepasan cukai maksimum: RM 500

Kriteria: Pemeriksaan kesihatan penuh untuk kanak-kanak, pasangan atau diri anda. Ianya hanya untuk pemeriksaan kesihatan penuh yang didefinisikan oleh Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council). Ujian perubatan makmal tidak termasuk di dalam pemeriksaan kesihatan maka tidak layak untuk perlepasan cukai.

10. Bayaran Perubatan untuk Ibubapa

Pelepasan cukai maksimum: RM 5000

Kriteria: Bayaran perubatan seperti rawatan mental dan fizikal, rawatan perubatan di rumah jagaan, rawatan gigi dan keperluan istimewa seperti makanan nutrien tinggi layak untuk pelepasan cukai. Tuntutan pelepasan cukai perlu ditunjukkan di dalam preskripsi atau bukti bertulis daripada pelatih perubatan yang sah. Ibubapa juga perlu dirawat di pusat rawatan dalam negara untuk layak menerima pelepasan ini.

 

You May Also Like

 

Sudahkah anda memaksimumkan pelepasan cukai anda? Komen dan kongsi bersama kami di bawah.