Mengalami masalah mendapatkan pinjaman perniagaan? Tips berikut mungkin dapat membantu anda untuk menambah baik proses dan kadar pinjaman perniagaan anda. Artikel asal disediakan oleh pihak FundingSocieties.com.my. (Original article in English)

Mendapatkan pinjaman untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), ataupun Small and Medium Enterprises (SME), merupakan salah satu cabaran biasa yang dihadapi oleh bisnes di luar sana. Pihak bank selalunya tegas dalam mengimplementasikan pinjaman kepada bisnes apatah lagi kepada individu. Namun, bisnes secara kasarnya perlukan pinjaman untuk kekal dalam perniagaan supaya aliran tunai kekal stabil. Walaupun proses pinjaman perniagaan nampak membebankan, apabila anda menetapkan matlamat anda sendiri yang realistik, anda dapat meningkatkan peluang anda.

Berikut adalah tips yang anda boleh praktikkan untuk memastikan proses mendapatkan pinjaman perniagaan berjalan dengan lancar.

Dapatkan Pemeriksaan Kredit Untuk Anda dan Bisnes Anda

#1. Berapa tempoh anda terlibat dalam bisnes?

Untuk melayakkan diri untuk pinjaman perniagaan dengan bank, anda perlu beroperasi sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun. Syarikat pembiaya, peminjam dan platform Peer-to-peer (P2P) mempunyai syarat yang lebih kurang sama di mana anda perlu beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.

Borang permohonan pinjaman selalunya akan bertanya tentang status kewangan untuk tempoh 6 bulan jadi anda perlu memastikan bahawa aliran tunai dalam akaun bank anda stabil dan konsisten supaya dapat meningkatkan peluang anda mendapat pembiayaan.

#2. Apakah skor kredit anda?

Skor kredit anda secara keseluruhannya memainkan peranan penting dalam menentukan jenis pinjaman yang anda layak. Ini bermaksud bank atau pembiaya dapat memberikan pandangan mereka dalam struktur pinjaman yang lebih sesuai untuk anda.

Jika anda tidak tahu apa-apa tentang skor kredit, anda boleh membuka akaun dengan agensi laporan kredit bersama CTOS untuk mendapatkan laporan terkini yang berserta caj perkhidmatan. Syarikat kredit kad anda juga mempunyai informasi ini.