Pengagihan Pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kali ni adalah 5.0 sen per unit + 0.5 sen per unit adalah yang paling rendah dalam sejarah dari masa penubuhan ASB ni. Bagaimana dengan peserta ASB Financing (ASBF)? Adakah mereka lebih terdedah kepada risiko kerugian?

Memandangkan banyak permintaan daripada pembaca, saya sertakan pandangan saya mengenai ASB dan ASBF di bawah.

1) Trend 2019 telah meramal dividen ASB yang rendah

Pada tahun 2019, kita telah didedahkan dengan dua pengumuman yang kurang memberangsangkan.

1. Tabung Haji umum Hibah 1.25%
2. LTAT umum dividen 2.00%

KLCI mmg sendu. Baru semalam jumpa saya berjumpa dengan rakan pelabur and dia beritahu bahawa pasaran ekuiti Malaysia sangat tidak teratur. Jadi, bagaimana pengurus dana hendak melabur ke dalam aset yang akan membawa untung? Perkara ini juga berkait rapat dengan keadaan sosioekonomi dan politik di Malaysia yang masih belum ada hala tuju yang jelas untuk tahun-tahun akan datang.

Secara paksinya, saya berasakan bahawa pengumuman dividen sebanyak 5.5%, ASB sudahpun melebihi jangkauan. Masih juga untung bagi pelabur tetapi hanya kurang berbanding tahun sebelum ini.

2) Bagaimana dengan ASB Financing (ASBF) dan adakah teknik menggunakan dividen untuk membayar perbelanjaan pembiayaan (“rolling dividend“) akan terkesan?

Adakah peserta mengalami kerugian? Mari kita kira.

Anggap kadar untung sebagai 5.0%, 30 tahun pembiayaan, bayaran bulanan sebanyak RM 1,073.64 (setelah mengambil kira kadar faedah) untuk pembiayaan sebanyak RM 200,000

Dalam setahun, jumlah bayaran adalah RM 1,073.64 x 12 = RM 12,883.68

Pengagihan Pendapatan 5.0% (tanpa mengambil kira bonus 0.5%) dan pada tahun pertama pelaburan, bonus tidak dikira di dalam pengagihan pendapatan. Maknanya, dividen tahun 2019 adalah RM 10,000.

Jadi, RM 12,883.68-RM10,000 = RM 2,883.68.

Eh! Maksudnya, dah kena top up RM 2,883.68 untuk bayaran pembiayaan tahun depan! Adakah melabur di dalam ASBF lebih untung dari hanya simpan secara tunai? Mari kita kira dengan lebih lanjut.

 

Menggunakan kadar dan nombor di atas;

Pengagihan Pendapatan (5%) = RM 10,000
Jumlah Bayaran Pokok (“Paid Principal”) = RM 2,951 (iaitu jumlah hutang yang telah dibayar pada tahun pertama)
Jumlah Pulangan berserta dividen = RM 10,000 + RM 2951 = RM 12,951 (untung bersih sebanyak RM 70)

Manakala, jika kita simpan secara tunai, (di dalam Simpanan Tetap dengan kadar faedah 2.7%, kita akan dapat dalam RM 13,230.31!)

Jadi, untuk situasi sekarang, simpanan secara tunai adalah lebih baik daripada ASBF.

Sebelum ini, ASBF menguntungkan kerana kadar pengagihan lebih tinggi dari kadar faedah. Apabila kedua-dua kadar itu sama, memang tak berbaloi. Ia pernah diterangkan dalam kelas dan seminar Wealth Vantage Advisory (WVA) sebelum ini.