Sebanyak manakah anda berpuas hati dengan gaya pembelian anda? Artikel ini diterjemah dari laman tonyrobbins.com. (Original article in English)

 

Kita dibesarkan dengan kehendak dan keperluan. Kita juga dilahirkan dalam budaya yang menitikberatkan materialistik – kereta mewah, rumah, pakaian berjenama. Semua benda ini adalah “matlamat hidup” ataupun life goals yang menyebabkan kita berusaha keras. Jadi, kita meyakinkan diri sendiri apabila kita dapat memperoleh barang materialistik ini, kita akan lebih gembira.

Kepuasan Jangka Masa Pendek

Fikirkan kembali mengenai pembelian anda yang terbaru. Berapa lama anda dapat merasa keseronokan melalui pembelian tersebut? Sehari, seminggu, atau sebulan? Kemungkinan besar keseronokan itu hanya sebentar sahaja kerana selalunya ia hanya bersifat sementara. Apabila perasaan tersebut hilang, ia akan diganti dengan kemahuan atau keperluan baru yang sentiasa berulang.

Ini adalah sebab utama masyarakat selalu mendengar masalah seperti, “Kenapa saya memiliki semua yang saya hendaki tetapi saya tidak gembira?”. Semuanya bergantung kepada satu perkara: apabila anda dapat apa yang anda mahu, ia dapat membuat anda rasa seronok tetapi ia tidak dapat mendatangkan kegembiraan.

Adakah ini bermakna anda tidak sepatutnya membelanjakan wang anda? Tidak sama sekali. Hidup serba kekurangan atau menjadi kedekut semestinya bukan jawapan. Tetapi anda perlu lebih sedar tentang status kewangan anda dan ke mana wang anda pergi.

Membina Asas Anda

Setiap ringgit yang anda belanjakan boleh dilihat dengan dua lensa berbeza. Anda boleh melihatnya sebagai sebahagian daripada pendapatan yang anda guna hari ini. Ataupun anda boleh lihatnya sebagai langkah untuk membina sesuatu yang lebih bermakna untuk masa akan datang. Dengan hanya RM 1 yang disimpan setiap hari, dalam masa 32 tahun, ia akan bertambah menjadi RM 1 juta dengan kadar sebanyak 20%!

Sedikit Sedikit Lama Lama Jadi Bukit

Fikir kembali cara anda berbelanja seharian. Adakah anda selalu mengunjungi kafe untuk mendapatkan kopi anda? Berapa kerapkah anda makan tengahari di luar? Adakah anda selalu berbelanja pada waktu happy hour?

Apakah nilai yang dibawa oleh cara berbelanja anda dalam kehidupan seharian? Mungkin tidak banyak. Dengan mengawal cara berbelanja dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting, anda dapat menjadi nakhoda dalam perjalanan anda dalam mengawal arah tuju wang anda. Secara langsung, anda dalam situasi yang lebih bagus untuk membuat keputusan mengenai kewangan dan nilai masa depan yang lebih terjamin semestinya lebih memberi anda kepuasan.

Barangan Berharga Tinggi

Sekarang, ambil kita jenis pembelian anda dalam barangan berharga. Selalukah anda membuat pembelian dalam talian? Adakah anda selalu mengejar teknologi terbaru? Berapakah jumlah perbelanjaan anda untuk pakaian?

Untuk memotong perbelanjaan anda seperti ini, penting untuk kita mengenali sebab kita membuat pembelian. Apabila kita sudah memahami dari mana kemahuan dan kehendak kita, kita dapat membuat keputusan dengan lebih mudah dan emosi juga lebih terkawal.

Di Mana Sebenarnya Nilai Kegembiraan?

Apabila kita membuat keputusan pembelian ini secara tidak sedar, kita sebenarnya hidup seperti rakyat majoriti lain yang mencari kegembiraan di tempat yang salah sementara mengabaikan apa yang paling penting – nilai hubungan, kesihatan, minda dan jiwa. Bayangkan anda terlantar di atas katil memikirkan masalah kewangan sementara membeli barangan yang tidak membawa apa-apa.

Sebelum membuat pembelian, penting untuk kita mengenal pasti kenapa. Adakah ianya sesuatu yang anda perlu – keseronokan, masa, keselamatan atau kasih sayang – ataupun ianya pembelian kerana semata-mata anda mempunyai wang?

Mengira Nilai Kekayaan Yang Sebenar

Setiap daripada kita ingin mencari jalan yang membawa kepada kegembiraan, kepuasan dan makna kehidupan. Begitu juga di luar sana, banyak jalan yang boleh diterokai. Namun, kekayaan sebenar tidak dinilai melalui berapa banyak wang yang anda miliki ataupun barang yang anda miliki. Ia datang disebabkan anda membina kualiti kehidupan anda sendiri dan hanya anda yang mampu memberi definisi terhadap kualiti kehidupan anda. Begitu juga dengan nilai yang pembelian anda bawa dalam kehidupan anda.

Jadi, mula berfikir secara bijak tentang cara anda membelanjakan wang ringgit anda. Tetapkan semula tabiat anda dengan matlamat untuk membina nilai sebenar dalam kehidupan anda. Semestinya, hasilnya akan mengejutkan anda.

 

 

You May Also Like:

 

Adakah anda boleh dikategorikan sebagai pembeli bijak? Kongsi dan komen di bawah bersama kami tips dalam membeli.