Touch N’ Go eWallet, Boost dan GrabPay telah diumumkan untuk menjadi eWallet pilihan bagi program kerajaan iaitu eTunai Rakyat. (Original article in English)

Apakah itu Program e-Tunai Rakyat?

RM30 akan diberi terus kepada akaun eWallet individu untuk memupuk perbelanjaan dan transaksi tanpa tunai.

“Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memperoleh gaji tahunan kurang daripada RM 100 000 layak menerima RM 30 melalui mana-mana eWallet yang mengambil bahagian” – Khazanah Nasional

Kelayakan

  • Rakyat Malaysia bersama kad pengenalan
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020
  • Pendapatan tahunan kurang RM 100 000 setahun

Motif

  • Peningkatan penggunaan eWallet termasuk warga emas
  • Peruntukan kerajaan sebanyak RM 450 juta

Tarikh

  • Bermula pada: 15 Januari, 2020
  • Berakhir pada: 14 Mac, 2020
  • Sah untuk: eWallet yang berkenaan

eWallet yang Sah

Perbezaan Antara eWallet

e-WalletCashbackEst Cashback/SavingsFeaturesWithdrawalAuto TopupTx Protection
FavePayYes (Same merchant)5.0% - 10.0%DiscountsN/AN/ANo
BigPayYes (Points)0.1% / 3.0%AirAsia; 0% Fee FOREX, P2PYes (RM6 / 8 overseas)NoNo
Razer PayNo0.0% (10.0% for zGold)Razer Store, Virtual Currency, P2PYes (verified)NoNo
Touch 'n Go AppYes (Promos)0.0% - 20% (promo only)TnG Card/Top-upNoYesYes
GrabPay / GoldYes (Points)5.9% / 8.8%Reward PointsApproval RequiredYesNo
BoostYes (Points)1.0% - 5.0%DiscountsYes (2% or max RM2)YesNo

 

Boost

  • Penggunaan: Tambah nilai telefon, Makanan dan minuman, pasar malam, food trucks, Konvensyen/Majlis, KLIA Ekspres, Parking
  • Pengeluaran Wang Tunai: Ya (untuk pengguna Premium), fi sebanyak 2% dengan maksimum RM 2
  • Tambahan: Mata ganjaran, Diskaun, Top up melalui AmEx (untuk cashback)
  • Ganjaran: 1.0% hingga 5.0% (Boost menukar sistem cashback kepada mata ganjaran yang boleh ditukar kepada baucer)
  • Pendapat Penulis: Boost setakat ini adalah eWallet yang paling banyak diguna pakai di Malaysia. Penukaran terbaru kepada sistem mata ganjaran pada 2019 mengurangkan kelebihan cashback. Mata ganjaran ini juga mempunyai tarikh luput dan memerlukan perbelanjaan tinggi untuk meningkatkan tahap baucer.
  • Kod referral (RM 5 Cashback): ste5fno

GrabPay

  • Penggunaan: GrabCar, Makanan dan minuman, KLIA Ekspres, Beli-Belah, Hiburan
  • Pengeluaran Wang Tunai: Bergantung kepada kes tertentu
  • Tambahan: Mata ganjaran, Faedah Ahli
  • Ganjaran: 5.8% hingga 8.8% (Emas)
  • Pendapat Penulis: Jika anda pengguna tegar Grab, dapatkan eTunai di sini
  • Kod referral (Diskaun RM 3): GRABMYPFRIDE

Touch ‘N Go eWallet

  • Penggunaan: RFID di tol tertentu, Makanan dan minuman, Bayaran telefon, Pawagam, Runcit, MRT/LRT
  • Pengeluaran Wang Tunai: Tiada
  • Tambahan: Penggunaan RFID (seperti SmartTag), TopUp di terminal, penggunaan di LRT/MRT (terhad), perlindungan transaksi tidak sah
  • Ganjaran: 5.0% hingga 20.0% dalam promosi TnG
  • Pendapat PenuliseWallet pertama dengan perlindungan transaksi. Integrasi bersama kad TnG dan diperlukan untuk penggunaan RFID di tol tertentu. Namun, penggunaan tidak menyeluruh di pengangkutan awam. Penggunaan runcit semakin meningkat dan juga kadar cashback.
  • Referral

Manakah eWallet Terbaik?

Jika anda bukan pengguna eWallet yang kerap, TnG adalah pilihan terbaik kerana ia senang untuk digunakan. Jika anda selalu menggunakan Grab untuk ke kerja atau penghantaran makanan, pilihlah GrabPay. Jika anda lebih tertarik dengan penggunaan yang menyeluruh dan tidak kisah dengan layout yang lebih kompleks, anda boleh menggunakan Boost.

 

You May Also Like

 

Apakah pendapat anda tentang Program eTunai Rakyat?