Sejak perkenalan eTunai Rakyat baru-baru ini, makin ramai rakyat Malaysia yang makin sedar tentang peranan dunia digital di dalam aspek kewangan. Begitu juga dengan industri bank. Adakah trend ini sesuatu yang patut kita geruni atau kita terima dalam kehidupan seharian? (Original article in English)

Apa itu Perbankan Digital?

Inisiatif servis kewangan dan teknologi kewangan (Fintech) disokong oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Perbankan digital membolehkan produk dan servis dipasarkan dengan lebih mudah secara menyeluruh ke pelusuk negara. Ia termasuk khidmat perbankan kepada industri mikro, kecil dan sederhana.

Perbezaan dengan khidmat bank tradisional adalah ia tidak memerlukan pembukaan sebarang pusat jualan fizikal. Bank digital masih memerlukan pendaftaran pejabat di Malaysia (untuk membolehkan layanan pelanggan dilakukan). Bank digital boleh menyertai dan mengambil bahagian dalam Rangkaian Perkongsian ATM (Shared  ATM Network), servis pengeluaran wang melalui PayNet dan servis kewangan melalui ejen.

Bank digital akan menawarkan servis seperti bank tradisional seperti deposit wang, pengeluaran, pemindahan, pemeriksaan akaun dalam talian dan akaun simpanan. Servis yang ditawarkan dalam talian akan diintegrasi mengikut masa sebenar dan akan diautomasikan melalui analisis/teknologi untuk layanan pelanggan yang lebih bersifat individu secara pintar. Pelbagai servis akan ditawarkan melalui API dan akan mengandungi elemen Artificial Intelligence (AI). 

Malaysia akan mengeluarkan sebanyak 5 lesen untuk perbankan digital secara berperingkat dan dijangka beroperasi pada awal tahun 2020. Bank yang berwawasan tinggi dan juga pihak industri fintech dijangka akan bekerjasama untuk mendapatkan lesen dari BNM.

Undang-undang Untuk Perbankan Digital di Malaysia

BNM telah mengeluarkan draf pendedahan pada 27 Disember, 2019 di mana maklum balas kepada BNM perlu dibuat pada 28 Februari, 2020. Pada peringkat awal, bank digital perlu patuh pada syarat awalan sebagai batu loncatan kepada sistem yang lebih kompleks. Bank digital perlu menunjukkan bukti bahawa mereka beroperasi secara beretika dan boleh menampung operasi mereka sendiri. Ini termasuk bukti dalam nilai aset yang melebihi RM 2 billion dalam peringkat awal operasi (3 hingga 5 tahun).

Bank berlesen dapat memohon lesen bank digital menggunakan entiti yang berbeza. Khidmat ini berbeza dengan bank berlesen yang telahpun men-“digital”-kan operasi mereka sekarang.

Aplikasi bank digital perlu patuh kepada syarat berikut:-

  • Pengurusan risiko yang menyeluruh dan kemampuan mematuhi undang-undang
  • Mengaplikasikan teknologi yang boleh mengubah dan menaiktaraf servis kewangan termasuk penggunaan scalable dan agile tech stack.
  • Akses kepada khidmat analisis pelanggan yang mendalam
  • Menunjukkan kekuatan kewangan secara berterusan
  • Mempunyai kepakaran dalam kewangan Shariah (untuk bank digital Islamik)

Pelan keluar juga perlu ditunjukkan dalam 5 tahun operasi termasuk tanda-tanda yang berpotensi, pilihan korporat, potensi kekurangan wang dan sumber dana serta kecairan aset.

Selepas 5 tahun beroperasi, bank digital juga perlu mematuhi undang-undang yang dibuat terhadap bank berlesen dan perlu mempunyai dana kapital sebanyak RM 300 juta.

Potensi Impak Perbankan Digital

Perbankan digital berkhidmat untuk memberi servis perbankan kepada sektor di mana bank tradisional kurang memberi perhatian seperti golongan “tidak layak”, kurang dikhidmat serta industri kecil dan sederhana (IKS). Ini akan membantu komuniti dan syarikat yang kini mempunyai akses terhadap fasiliti bank. Secara langsung, ia akan dapat menjana ekonomi negara dan memberi impak positif terhadap negara. Bank digital juga mempunyai kelebihan dari segi kos yang akan menurunkan harga servis perbankan kepada pengguna.

Bank tradisional sedia ada telahpun menerima tamparan hebat selepas perkenalan teknologi dalam kewangan dan akan terus merudum jika mereka tidak menginovasi dan berubah untuk kesesuaian masa. Bank digital baru akan lebih beroperasi dengan lebih efektif. Contohnya, mereka tidak perlu menanggung beban cawangan fizikan yang tidak menguntungkan dan tersekat dalam infrastruktur/sistem yang lama. Bank tradisional akan mengadaptasi melalui kerjasama dengan bank digital yang lebih mesra IT. Bank tradisional juga mungkin akan lebih fokus terhadap servis utama yang menguntungkan yang tidak mampu dijalankan oleh bank digital seperti memberi servis kepada golongan yang lebih tua yang kurang celik IT.

Klien bank dapat memperoleh akses di mana-mana dan pada bila-bila masa. Layanan pelanggan juga dapat diautomasikan dan servis akan lebih menyeluruh mengikut kesesuaian individu. Tabiat pengguna dapat dianalisa dengan lebih mendalam dan disesuaikan mengikut permintaan. Walaupun penggunaan AI dan analisa bisnes masih lagi baharu, ianya amat penting bagi operasi bank digital.

Perbankan digital akan terus memberi impak yang besar kepada pengguna sedikit demi sedikit dan berpotensi untuk mempengaruhi industri bank di masa akan datang.

 

 

You May Also Like