Apabila pandemik berlaku seperti kes Coronavirus baru-baru ini, apakah yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri dan keluarga kita? (Original article in English)

Wabak (Outbreak) adalah keadaan di mana jangkitan penyakit disebar secara abnormal di sesuatu tempat yang tertentu dan bermula dengan menjangkiti populasi tertentu.

Sama ada ianya virus COVID-19, cholera, influenza atau penyakit berjangkit lain, berikut adalah cara supaya anda berwaspada dengan mempraktikkan langkah pencegahan yang betul.

Perlindungan Kewangan: Ketahui Pelan Insurans Anda

Langkah pertama adalah dengan melindungi diri anda dan keluarga dengan perlindungan dari segi kewangan. Apa yang boleh anda lakukan untuk memastikan aliran kewangan tidak terkesan apabila terjadinya sesuatu yang tidak diingini?

Jawapannya adalah bukan hanya dengan mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi tetapi juga dengan sedar akan klausa dan terma yang tertakluk di dalam skim perlindungan tersebut.

Antara soalan yang relevan adalah:

  • Apabila saya dimasukkan ke dalam wad, adakah saya akan dilindungi untuk kos pre-hospital, hospitalisasi dan selepas dirawat? Jika ya, setakat mana perlindungan tersebut?
  • Adakah saya dilindungi dalam perlindungan penyakit kritikal apabila berlakunya wabak penyakit besar-besaran?
  • Jika berlakunya kejadian tidak diiingini sehingga ke tahap lumpuh, kecacatan kekal atau kematian berlaku, adakah pewaris akan menerima bayaran?
  • Adakah bayaran tersebut mampu untuk menampung keluarga untuk beberapa bulan? Adakah perlu untuk mengambil insurans yang lebih tinggi nilainya?
  • Apakah proses dan dokumen yang perlu untuk memastikan bayaran disahkan dari pihak syarikat insurans?
  • Adakah polisi ini mampu melindungi diri saya apabila terjadinya wabak yang disahkan oleh World Health Organisation (WHO) sebagai epidemik?

Lindungi Diri Anda & Lain-Lain: Praktik Tabiat Kebersihan dan Kesihatan Yang Betul

Sama ada jangkitan itu berpunca daripada virus (e.g Wuhan coronavirus, influenza, hepatitis) atau bakteria (e.g Cholera, Tifoid), mempraktikkan kebersihan diri yang betul mampu mengurangkan peluang anda daripada dijangkiti. Ia lebih selamat jika anda juga menerapkan tabiat yang betul kepada anak-anak anda. Peringatan ini juga relevan kepada golongan dewasa.

Tabiat kebersihan diri yang betul termasuk:

  • Basuh tangan secara menyeluruh
    • Selepas menggunakan tandas
    • Sebelum menyediakan makanan
    • Sebelum dan selepas makan
    • Selepas batuk atau bersin
    • Selepas mengendali barangan kotor
  • Menutup hidung dan mulut dengan tangan anda menggunakan sapu tangan selepas bersin atau batuk. Jika tiada, anda juga boleh menutup dengan tangan atau belakang siku
  • Bersihkan diri dengan kerap dan menyeluruh menggunakan sabun yang betul
  • Gosok gigi dua kali sehari
  • Tukar kepada pakaian bersih. Baju yang telah digunakan harus dicuci setiap kali dengan sabun
  • Pastikan rambut dan kuku dicuci

Antara tabiat kebersihan lain yang betul:

  • Makan makanan yang dimasak dengan betul di dalam persekitaran yang bersih
  • Minum air yang dimasak atau diperbuat daripada air yang dimasak
  • Elakkan menghidu udara yang tidak bersih (e.g asap rokok)
  • Pastikan rumah di dalam keadaan rapi dan bersih
  • Elakkan menyentuh muka anda dengan tangan untuk mengurangkan peluang kuman disebar
  • Pastikan barangan makanan disimpan di dalam bekas yang bersih dalam suhu yang sesuai
  • Pakai perlindungan diri yang betul  apabila berlakunya krisis kesihatan (e.g face mask untuk Coronavirus, N95 untuk jerebu)
  • Elakkan keluar dari rumah apabila berasa tidak sihat kecuali apabila berjumpa dengan doktor. Jangan jangkitkan orang lain pula.
  • Elakkan daripada berjumpa dengan orang yang sakit seperti di hospital atau klinik kecuali jika terpaksa atau mengunjungi keluarga terdekat.
  • Kurangkan pendedahan terhadap vektor berjangkit. Contohnya, buang air bertakung di kawasan persekitaran rumah anda supaya kurang peluang untuk dijangkiti penyakit berkaitan dengan nyamuk (e.g denggi, malaria)

Tingkatkan Sistem Imun Anda: Kekal Sihat Selalu

Dengan sistem imun yang kuat, peluang anda dijangkiti dapat dikurangkan dengan lebih drastik dan apabila anda dijangkiti, anda akan dapat lebih berpeluang melawan penyakit dengan sendirinya.

Kekal sihat dengan 7 tabiat yang disarankan di bawah:

1. Kerap bersenam

  • Bersenam selama 150 minit seminggu atau 30 minit lima kali seminggu
  • Bersenam mengikut cara kesesuaian anda sendiri

2. Makan Secara Sihat

  • Elakkan makanan bergoreng. Pilih makanan segar (buah-buahan, sayur-sayuran), pilih makanan yang distim, digril atau direbus
  • Kurangkan makanan yang diproses
  • Kurangkan makanan yang didedahkan dengan racun serangga, suntikan hormon dan antibiotik
  • Kurangkan memakan daging merah
  • Makan 5 hidangan (setiap satu 80g) yang tidak mengandungi kanji seperti buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
  • Masukkan lebih banyak fiber ke dalam diet harian (seeloknya 30 g sehari)
  • Seimbangkan nutrisi dan praktikkan vitamin penting
  • Pilih makanan kurang GI
  • Pilih makanan kurang garam dan gula
  • Makan makanan yang mengandungi khasiat anti-inflammatory
  • Makan hidangan yang sedikit tetapi dengan kerap
  • Sesuaikan dengan tabiat dan selera sendiri

3. Kekalkan Hidrasi Yang Betul

  • Minum air yang mencukupi (3L sehari)
  • Elakkan minuman bergas
  • Elakkan minuman beralkohol

4. Pengurusan Berat Badan

5. Dapatkan Tidur dan Rehat Yang Mencukupi 

6. Jaga Kesihatan Mental

  • Jangan letakkan tekanan yang terlalu tinggi
  • Rehatkan minda apabila perlu
  • Jangan menyimpan dendam dan maafkan orang lain
  • Buang sifat benci dan selesaikan masalah berbanding terlalu memikirkan masalah
  • Belajar perkara baru
  • Praktikkan empati dan simpati
  • Senyum selalu
  • Luangkan masa kualiti dengan keluarga dan rakan-rakan
  • Buat perkara yang membawa kegembiraan

7. Tetapkan Tabiat Kesihatan Yang Baik

  • Tetapkan pemeriksaan kesihatan secara berkala
  • Tetapkan pemeriksaan gigi dua kali setahun
  • Pastikan rekod imunisasi anda dikemas kini
  • Jika anda di dalam rutin pengambilan ubat, pastikan anda berdisiplin dan mematuhi nasihat doktor
  • Elakkan (atau kurangkan) daripada merokok, termasuklah pendedahan terhadap asap rokok

Konklusi

Lindungi diri anda dari awal dengan memastikan tiga perkara di atas menjadi tabiat kesihatan anda. Semak semula pelan insurans anda sebelum terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Pastikan kesihatan menjadi fokus utama dalam kehidupan dan dipraktikkan oleh orang tersayang. Ianya belum terlambat untuk dijadikan tabiat dan mulakan segera untuk melindungi diri dan keluarga terhadap wabak di masa akan datang.

 

You May Also Like

 

Apakah tindakan lain yang relevan untuk memastikan peluang dijangkiti penyakit berjangkit kepada paras minimum? Komen dan kongsi bersama kami di bawah.