Sebagai salah satu laman perancang kewangan bertauliah, kami sering ditanya pelbagai soalan yang mencabar tentang pelaburan. Jadi, apakah 5 soalan lazim yang sering diajukan klien berkenaan pelaburan? (Original article in English)

Soalan Lazim #1: Patutkah saya melabur sekarang atau tunggu apabila pasaran jatuh/naik berdasarkan alasan tertentu (i.e Covid-19)?

Tiada siapa yang boleh meneka hala tuju pasaran dengan tepat. Secara keseluruhannya, berbanding meneka di mana dalamnya dasar pasaran, langkah yang lebih bijak adalah pelan pelaburan anda sendiri. Ia bermula dengan pembahagian portfolio anda yang baik berdasarkan keadaan ekonomi semasa. Dengan adanya wang untuk kecemasan, anda boleh mula melabur duit lebihan tersebut. Kemudian, anda juga perlu memberi perhatian terhadap setiap pelaburan dan sentiasa menambah jumlah mengikut masa (i.e setiap bulan).

Apabila tiba suatu masa, pembahagian pelaburan ini akan menjadi tepu dan tidak lagi mendatangkan keuntungan dan di sinilah di mana anda boleh membahagikan portfolio anda sewajarnya (cadangan dari kami adalah setiap 6 bulan). Ini iakan membolehkan pelaburan anda mengambil masa untuk berkembang. Sementara itu, anda juga perlu membahagi risiko pelaburan tersebut mengikut keadaan semasa.

Contoh keadaan ekonomi berdasarkan sentimen pelabur, produktiviti, kadar faedah dan yield curve

Soalan Lazim #2: Mana yang lebih baik? Melabur kesemua bajet untuk pelaburan (lump sum)  atau sedikit demi sedikit?

Melabur secara penuh, ataupun secara lump sum, berbanding dengan melabur secara berkala dapat memberikan pulangan purata sebanyak 2-3%. Dalam jangka masa panjang, ia lebih relevan untuk kekal melabur.

Jika anda ketinggalan hari terbaik pasaran, anda akan merisikokan peratusan pulangan anda berdasarkan rekod terdahulu. Contoh data dari tahun 2007 hingga 2017 menunjukkan bahawa:

  • Tidak terlibat dalam 10 hari terbaik pasaran: -15% pulangan
  • Tidak terlibat dalam 20 hari terbaik pasaran: -40% pulangan
  • Tidak terlibat dalam 30 hari terbaik pasaran: -55% pulangan

Rajah yang menunjukkan perbezaan apabila anda ketinggalan 10,20 dan 30 hari terbaik pasaran dalam masa 10 tahun berbanding kekal melabur dalam tempoh tersebut. (Sumber: iFAST dan Wealth Vantage Advisory)

Soalan Lazim #3: Patutkan saya jual pelaburan yang kurang memberangsangkan sekarang atau tunggu hingga ia pulih?

Sekali lagi, tiada siapa yang dapat meramal keadaan pasaran masa depan dengan tepat. Jika anda menukar kepada jenis aset pelaburan yang sama, kemungkinan anda akan mengalami nasib yang sama. Anda boleh melihat sesuatu pelaburan secara individu dari segi asas dan teknikal pelaburan tersebut sebagai kayu aras dalam membuat keputusan. Ia mungkin dapat mengurangkan kerugian atau memaksimumkan keuntungan anda. Namun, dalam jangka masa panjang, perbezaan mungkin tidak ketara.

Menjual aset yang tidak memberi pulangan seperti yang dijangka adalah keputusan yang amat penting jadi anda perlu kekal dengan prinsip dan pelan pelaburan anda. Ketahui bila hendak “keluar” dari sesuatu pelaburan adalah kemahiran yang perlu pelabur ketahui untuk mula melabur. Apabila anda kekal di dalam sesuatu pelaburan, anda bakal ketinggalan pulangan yang boleh anda perolehi di tempat lain. Tidak lupa juga bahawa pelaburan tersebut akan menyekat anda di tempat yang sama malah mungkin lebih teruk.

Jadi, pembahagian semula portfolio perlu dilakukan secara berkala dan jika anda memerlukan tunai, anda akan tahu bahawa pelaburan tersebut betul atau tidak.

Soalan Lazim #4: Patutkah saya melabur di dalam X?

Pembahagian aset merangkumi 80% (atau lebih) dari jumlah pulangan anda. Ketahui apa dan bila hendak membeli merangkumi hanya 20%. Jadi, lebih penting unutk anda tidak melihat sesuatu pelaburan hanya sekadar pelaburan individu tetapi secara keseluruhan.

Dengan itu, anda perlu memastikan perkara berikut dapat disahkan sebelum anda membuat keputusan melabur:

  • Adakah anda faham pelaburan tersebut dan bagaimana ia berfungsi?
  • Adakah pelaburan itu sah di sisi undang-undang dan juga disahkan oleh badan bertauliah (i.e Suruhanjaya Sekuriti)?
  • Apakah caj yang dikenakan untuk pelaburan tersebut?
  • Apakah jangkaan pulangan selepas menolak caj pelaburan?
  • Adakah pelaburan tersebut mempunyai alternatif lain yang lebih baik?
  • Bagaimanakah pelaburan itu akan dimodelkan di dalam pembahagian aset dan pelan pelaburan peribadi anda?

Contoh jenis aset dan pulangan mengikut tahun dari tahun 2005 hingga 2019. (Sumber: NovelInvestor dan Wealth Vantage Advisory)

Soalan Lazim #5: Patutkah saya mempunyai beberapa pelaburan berlainan?

Seperti yang dinyatakan, pelaburan yang berlainan adalah kunci kepada pembahagian portfolio anda. Ini bermakna “menabur” aset anda kepada beberapa jenis pelaburan mengikut jenis aset (i.e saham, sukuk, hartanah, komoditi). Faktor lain seperti matlamat kewangan, kadar risiko, umur dan gaya hidup menentukan pembahagian portfolio anda dan jangkaan pulangan yang lebih realistik. Pembahagian aset adalah perkara yang paling penting dalam pelaburan namun ramai pelabur gagal untuk mengambil endah perkara tersebut.

Apabila anda mengambil keputusan untuk melabur secara berkala, anda dapat menggunakan strategi dollar cost averaging di mana anda kekal di dalam pasaran dengan tidak mengambil kira prestasi semasa dan fokus pada jangka masa panjang. Naik turun pasaran akan menjadi “rakan” anda dan akan memastikan lebih unit di kala pasaran ekonomi turun dan di masa yang sama kekal melabur di mana pasaran ekonomi naik. Untuk menjadi pelabur yang berjaya, anda juga perlu membahagikan aset anda secara berkala mengikut pasaran dan jenis aset.

Ia akan mengurangkan risiko anda dan di samping itu, memberikan pulangan yang lebih memuaskan. Namun, terlampau banyak aset juga boleh mendatangkan keburukan di mana anda terdedah kepada risiko berlebihan dan ia akan lebih memeningkan anda. Jadi, jangan terlalu kompleks dan kekal dengan pelaburan yang mudah dikawal dan difahami anda.

 

 

You May Also Like

 

Adakah anda berpuas hati dengan jawapan dari pihak kami? Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk perancang kewangan yang bertauliah