Di seluruh dunia, peranan teknologi dalam kehidupan kita sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Teknologi baru dan lama banyak membantu kita dalam mengurangkan beban seharian terutamanya ketika waktu kuarantin seperti Foodpanda, Twitter, Zoom dan WhatsApp. (Original article in English)

Di Malaysia, kuarantin ketika wabak COVID-19 adalah sebenarnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rakyat Malaysia diperintahkan untuk kekal di rumah sepanjang tempoh PKP dan dilarang keluar dari rumah kecuali untuk hal yang penting seperti membeli barang keperluan atau perubatan. Ada juga syarikat yang diberi pengecualian istimewa untuk meneruskan pengeluaran barang penting seperti servis perubatan dan utiliti.

Di seluruh dunia, pelbagai variasi cara “lockdown” atau perintah kawalan dijalankan oleh pemimpin-pemimpin negara. Namun, secara amnya, kesemua cara ini bertujuan untuk mengehadkan pergerakan rakyat kepada perkara penting sahaja, penutupan bisnes bukan kritikal dan pengharaman aktiviti sukan serta keagamaan.

Untuk rakyat, kawalan pergerakan akan merumitkan aktiviti seharian. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas sekarang apabila makanan dan juga barangan seharian tidak dapat diakses dengan mudah disebabkan oleh kekurangan bekalan. Akses terhadap barangan tersebut juga makin terhad.

Kita bernasib baik kerana di abad ke-21 ini, impak kawalan pergerakan dapat dikurangkan dengan gabungan penggunaan teknologi baru dan teknologi lama di dalam kehidupan seharian. Di sini, kami melihat teknologi ini yang dahulunya dianggap sebagai niche dan jarang diguna pakai tetapi sekarang makin diterima oleh semua orang.

Servis dan Aplikasi Penghantaran Makanan

Servis penghantaran makanan seperti GrabFood dan Foodpanda amat penting untuk menyokong usaha kerajaan dalam mengehadkan pergerakan rakyat. Servis sebegini memberi peluang kepada restoran untuk berkomunikasi dengan bakal pelanggan melalui aplikasi telefon bimbit tanpa panggilan atau lawatan di kedai fizikal. Apabila permintaan telah dipenuhi oleh pelanggan, servis ini akan mengatur penghantaran makanan kepada destinasi pilihan.

Servis ini juga baru memperkenalkan sistem bayaran dalam talian di mana transaksi tanpa tunai dilakukan oleh pelanggan dan makanan akan disiapkan dan dihantar tanpa kedua-dua pihak restoran dan pelanggan untuk berinteraksi sesama mereka. Penjarakkan sosial dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan memastikan keadaan yang lebih selamat untuk semua pihak.

Dalam contoh yang lain, ada restoran yang membolehkan permintaan dipenuhi melalui laman web atau menggunakan aplikasi mereka sendiri (e.g McDonalds). Pelanggan kemudian boleh memilih sama ada untuk mengambil makanan sendiri di kaunter atau penghantaran terus ke rumah. Servis sebegini dapat membantu restoran untuk kekal relevan semasa perintah kawalan pergerakan dengan mengehadkan permintaan kepada hanya penghantaran makanan. Alternatif ini amat berguna untuk bisnes yang tidak mempunyai kapasiti pandu-lalu sama ada dari segi wang atau ruang.

Tidak terkejut jika penerimaan untuk penggunaan servis penghantaran makanan akan meningkat dan ramai pengusaha yang akan kekal dengan sistem ini selepas kuarantin. Apabila jumlah permintaan meningkat, caj penghantaran juga dijangka akan menurun dan akan menjana industri ini untuk masa depan. Jadi, untuk kekal relevan, servis dan aplikasi penghantaran makanan perlu dipraktikkan oleh pengusaha bisnes.

Ejen Penapisan Kandungan Berita

Di ketika krisis, penyebaran informasi dan gosip amat berleluasa. Ini boleh mencetus panik dan konflik. Mesej rasmi daripada pihak berkuasa mungkin boleh disalah pandang sebagai palsu dan juga sebaliknya. Jika tidak dibendung, fitnah dan kandungan palsu akan tersebar tanpa kawalan. Laman web, media sosial dan platform penghantaran mesej makin mengambil ruang dalam hidup kita sebagai sumber berita tentang COVID-19.

Jadi, untuk membendung berita palsu, syarikat besar yang memiliki media sosial dan servis mesej di seluruh dunia menyatakan sokongan mereka. YouTube telah menggunakan Artificial Intelligence (AI) untuk mengenal pasti dan meletakkan tag di video sah yang berkenaan dengan COVID-19 dengan link tambahan ke laman web WHO. Video yang tidak menetapi syarat akan dibuang dari laman YouTube untuk memastikan platform itu tidak digunakan untuk penyebaran berita palsu.

Facebook dan aplikasi mesejnya, Messenger digunakan oleh kerajaan untuk menghantar mesej penting dan berita untuk membasmi berita palsu. WhatsApp (juga dimiliki oleh Facebook) pula berkongsi platform dengan WHO untuk melancarkan Coronavirus Information Hub, yang membolehkan anda menggunakan aplikasi tersebut di luar talian dan memastikan anda menerima informasi berkaitan dengan COVID-19.

Twitter, yang banyak digunakan oleh pakar kesihatan dan doktor dalam COVID-19, pula mengambil langkah untuk mengesahkan status akaun untuk membezakan mereka dengan akaun palsu. Mereka juga mengambil langkah mengharamkan twit yang mempunyai niat buruk untuk menyebarkan wabak ini.

Semua peralatan media sosial ini berguna untuk memastikan aliran berita kepada orang awam, mengurangkan berita palsu yang tidak diingini dan memastikan kerajaan dapat memberikan info yang lebih transparen. Tetapi, kita perlu berwaspada supaya ia tidak digunakan sama ada sebagai propaganda kerajaan yang autoritatif ataupun pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab.

Kandungan Dalam Talian

Pawagam dan khidmat sewa video adalah bisnes tidak kritikal yang akan terkesan teruk dengan perintah kawalan pergerakan ini. Di sinilah di mana, kandungan dalam talian seperti servis streaming akan lebih mendapat sambutan terus kepada pengguna. Servis seperti Netflix dan Hulu lebih popular saban tahun semenjak perkenalan dan kini, lebih banyak servis akan memasuki pasaran.

Antara peserta baru, Disney+ telah menawarkan kandungan ekslusif di dalam platform mereka untuk menarik pelanggan baru. Mereka juga meletakkan anggapan bahawa servis mereka berbeza dari pesaing lain dengan melancarkan filem ekslusif terus ke dalam platform mereka lebih awal dari pawagam.

Untuk mereka yang mencari hiburan interaktif, permainan video pula telah berevolusi dari media fizikal kepada elektronik bermula dekad ini. Platform seperti Steam dan EPIC Games Store amat mesra pengguna dan sering menawarkan diskaun untuk menarik pengguna, sama ada baru atau lama. Baru-baru ini, servis cloud gaming makin menarik minat syarikat besar lain seperti Google dan Nvidia. Pelanggan tidak perlu untuk mempunyai hardware canggih untuk bermain game terbaru dan hanya perlu mempunyai khidmat internet yang bagus melalui cloud gaming.

Institusi pendidikan pula melakukan langkah memperkenalkan kelas dalam talian melalui peranti seperti Zoom. Pelajar tidak perlu menghadiri kelas fizikal dan boleh berkomunikasi dengan pelajar lain dan guru mereka melalui servis video conferencing ataupun servis mesyuarat dalam talian. Bahan kandungan pembelajaran boleh dikongsi dalam talian dan boleh disimpan di dalam cloud, yang bermakna ia boleh diakses di mana-mana dan bila-bila sahaja.

Konklusi

Pandemik COVID-19 ini adalah peristiwa teruk yang akan tercatat di dalam sejarah dengan ribuan orang mangsa. Namun, teknologi telah menunjukkan bahawa masih ada harapan untuk kita menjalani kehidupan biasa walaupun ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Bagaimana kita meneruskan hidup bermula sekarang akan bergantung kepada bagaimana kita mengadaptasi terhadap apa yang terjadi di sekeliling kita.

 

You May Also Like

 

Pernahkah anda menggunakan mana-mana servis yang dinyatakan di atas? Apakah pandangan anda? Kongsi bersama kami dan komen di bawah.