Bekerja dari rumah ternyata memberi cabaran kepada kebanyakan orang. Apa yang boleh anda lakukan untuk kekal produktif dan bersemangat? (Original article in English)

Dengan wabak pandemik coronavirus yang melanda seluruh dunia dan implementasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, semua aktiviti harian terganggu disebabkan oleh pengehadan pergerakan ini yang menggalakkan penjarakkan sosial. Oleh itu, banyak syarikat (servis bukan keperluan) yang telah diberi mandat atau cadangan untuk memberi pelepasan kepada pekerja untuk bekerja dari rumah sehingga wabak ini dapat dikawal.

Ramai orang beranggapan bahawa bekerja dari rumah adalah suatu kerja idaman di mana kita tidak perlu berhadapan dengan trafik, tidur yang mencukupi dan dapat mengambil masa untuk bersenam. Namun, bekerja dari rumah mempunyai kebaikan dan keburukan yang ketara – dapat duduk di rumah dan kurangkan kos pengangkutan tetapi lebih susah untuk fokus dari rumah. Masalah lain yang dihadapi adalah:

  • Lokasi atau tempat kerja yang kurang sesuai
  • Pengurusan masa yang teruk dan kurang infrastruktur untuk bekerja
  • Komunikasi yang kurang efektif
  • Perasaan malas dan perasaan bekerja keseorangan

Jadi, perkara pertama adalah anda sepatutnya memilih tempat duduk dan kerja yang membolehkan anda duduk tegak, makan sarapan dan memakai baju kerja. Apa lagi yang boleh anda lakukan untuk kekal fokus dan kekal sihat dari segi mental apabila bekerja dari rumah? Berikut adalah 4 tips bekerja dari rumah dan kekal produktif sepenjang bekerja.

#1. Cari ruang di rumah yang digunakan untuk bekerja

Pilih tempat di mana anda selesa untuk bekerja dan juga berasa berdisiplin. Ini bermakna ruang di mana anda boleh kaitkan dengan kerja dan boleh “pergi ke kerja” apabila tiba masanya – contohnya seperti pejabat di rumah.

Antara perkara lain yang boleh anda lakukan adalah jadikan ruang kerja anda lihat seperti sebuah pejabat. Pastikan anda mempunyai akses mudah kepada semua peralatan pejabat di ofis anda tersebut termasuklah komputer, pencetak, peralatan untuk video conferencing, kertas, pen dan sebagainya. Apabila ruang kerja anda kelihatan seperti pejabat, lebih senang untuk anda kekal fokus.

Jika anda tidak mempunyai bilik berasingan, cari ruang yang mempunyai “trafik” paling rendah di dalam rumah ataupun sudut di ruang tamu. Selain itu, ruang tersebut juga perlu mempunyai aliran udara yang bagus dan pencahayaan yang mencukupi sama ada semulajadi atau dari lampu.

Elakkan menyemak emel, voicemail, atau berhubung dengan rakan kerja di depan televisyen. Juga jauhkan ruang kerja anda dari dapur. Pastikan ruang itu zon kurang stres yang senyap dari segala gangguan.

#2. Urus Jadual dan Masa Anda

Tetapkan masa dan jam bekerja anda dan berdisiplin dalam memastikan anda patuh pada masa tersebut. Kebiasaannya, ini bermakna anda patuh terhadap masa bekerja biasa dari 9 pagi hingga 5 petang ataupun mengikut giliran anda dengan pasangan anda supaya kerja di rumah dapat diimbangkan. Dengan mempunyai jadual, bukan sahaja anda dapat menjadi lebih produktif, namun ia memastikan anda boleh meluangkan lebih masa dengan yang tersayang.

Untuk lebih membantu anda dalam pengurusan, anda boleh menetapkan jadual sendiri yang membahagikan masa anda bekerja, rehat dan meluangkan masa dengan keluarga. Buat senarai apa yang patut anda lakukan setiap hari dan apa yang anda mahu capai dalam kerja harian. Ini dapat membantu anda untuk menguruskan masa dan lebih produktif dari hari ke hari.

Sebagai contoh; anda bekerja dari 9 am hingga ke 12 pm. Setelah itu anda mengambil masa rehat dan makan tengahari. Anda boleh bekerja semula dari 2 pm hingga ke 6 pm supaya anda mempunyai lebih masa untuk diri anda sendiri (jika anda keseorangan) atau lebih masa untuk diluang bersama keluarga. Sudah tentu semua ini semuanya fleksibel dan ditetapkan oleh anda, jadi ia bergantung kepada citarasa anda dan beban kerja.

Jika anda bekerja untuk diri anda sendiri, mulakan hari dengan meletakkan matlamat mingguan. Setiap pagi, anda perlu tetapkan tiga kerja paling penting. Anda juga boleh mulakan dengan menyemak emel tetapi pastikan anda fokus kepada kerja yang memberi impak paling tinggi.

#3. Jaga komunikasi antara anda dengan majikan dan rakan kerja

Jika anda bekerja untuk majikan, pastikan anda kekal berhubung dengan pengurus anda ataupun boss anda. Tanya mereka sama ada terdapat projek yang anda terlepas pandang ataupun yang perlu diutamakan dahulu. Juga pastikan anda kekal di dalam KPI dan sentiasa kemas kini status anda.

Sekurang-kurangnya sekali setiap minggu, berhubung dengan mereka untuk bincangkan perkembangan anda, cabaran baru yang anda hadapi dan idea baru untuk mengatasi cabaran tersebut. Pastikan anda sentiasa berhubung supaya mereka boleh memberi cadangan dan keputusan yang jelas.

Gunakan peralatan komunikasi melalui video dengan lebih kerap memandangkan anda terkurung di rumah. Pastikan anda mempunyai peralatan atau aplikasi yang sesuai seperti Zoom dan Google Hangouts – sedia digunakan untuk berhubung dengan rakan kerja dan sentiasa sedia untuk panggilan video atau teleconferencing.

Anda juga boleh melabur untuk headphone noise-cancelling, yang dapat menghalang gangguan bunyi luar supaya anda lebih fokus dalam mesyuarat dalam talian dan panggilan video.

#4. Cari sumber motivasi anda dan kekal berhubung dengan rakan serta keluarga

Jika anda tidak biasa bekerja dari rumah, terutamanya apabila bukan anda sahaja yang berada di rumah, anda perlukan masa untuk membiasakan diri. Cuba untuk kekal tenang apabila anda mengalami masalah fokus. Sebaliknya, tumpukan perhatian anda kepada perkara yang anda boleh kawal seperti persekitaran, mindset dan tahap gangguan.

Cari pakar motivasi yang kena dengan jiwa anda dan faham apa yang motivasikan anda. Apa yang kena dengan personaliti anda? Adakah ianya sifat ingin tahu, kemahiran sediakan masalah, peluang belajar, perasaan apabila berjaya, tujuan hidup atau cari minat anda? Semuanya bergantung apa yang anda ingin capai tetapi semua jenis motivasi ini boleh diaplikasikan dalam hidup anda.

Dr. Thuy-vy Nguyen dari Durham University, yang membuat kajian terhadap kesan duduk keseorangan, percaya bahawa kesan psikologi bekerja di rumah untuk masa yang lama selalunya dilepas pandang meskipun terdapat bukti bahawa kesihatan mental kita bergantung kepada bagaimana kita bersosial dalam kumpulan.

“Kita, sebagai manusia, sudah biasa dengan interaksi sosial. Ia memupuk sifat kerjasama dan merapatkan hubungan sesama insan”

Untuk membantu mengisi tempat kosong ini apabila bekerja dari rumah, Nguyen mencadangkan agar anda cari seseorang yang boleh dihubungi apabila anda berasa anda perlu bercakap dengan sesiapa. Seeloknya seorang rakan yang bukan dari rakan kerja anda yang mempunyai pengalaman yang sama. Lebih baik jika video call atau buat panggilan telefon dari hanya berhubung melalui mesej.

Konklusi

Bekerja dari rumah mungkin bukan untuk semua orang tetapi semua bergantung kepada cara anda mengurus diri anda dan bergantung kepada situasi tertentu. Jika anda positif, anda dapat mengambil peluang ini untuk kekal bekerja dan mencari punca pendapatan walaupun ketika krisis. Ambil peluang ini untuk utamakan perkara yang penting dalam hidup anda dan kawal hidup anda.

 

You May Also Like

 

Apa tips lain yang anda boleh cadangkan untuk persekitaran bekerja dari rumah yang lebih kondusif? Kongsi bersama kami dengan komen di bawah.