Selepas setelah sekian lama kita berada di dalam kepompong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesan buruknya ke atas bisnes kini dapat dilihat dengan ketara. Namun, terdapat beberapa cara untuk memperoleh pendapatan tambahan walaupun ketika kita terperangkap di rumah sendiri. (Original article in English)

Fasa keempat PKP sudahpun berjalan dan kini sudah mula beransur pulih. Namun, ramai yang sudah terkesan dengan impak COVID-19 seperti  dibuang kerja yang menyebabkan hilangnya punca pendapatan. Banyak bisnes yang kehilangan pelanggan dan secara langsung, ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian.

Walaupun bantuan daripada kerajaan telahpun disumbangkan kepada orang ramai, ramai lagi rakyat Malaysia yang hidup hari demi hari. Usaha yang diberikan kebanyakan rakyat tidak boleh dinafikan tambahan pula dengan keadaan krisis yang semakin bergelut demi menyara keluarga.

Mengikut Bank Negara Malaysia (BNM), kadar pengangguran di Malaysia dijangka akan meningkat kepada 4% tahun ini berbanding 3.3% pada tahun lepas.

“Mengikut perbandingan, semasa krisis ekonomi global, kadar pengangguran Malaysia adalah 3.7% pada tahun 2009. Pada tahun 1998 ketika krisis ekonomi Asia pula, kadar pengangguran kita adalah 3.2%”, kata timbalan governor BNM, Marzunisham Omar.

Berdasarkan perkara ini, kami hendak memberi tips dan nasihat bagaimana anda boleh memperoleh pendapatan tambahan dengan side hustle anda sendiri dengan berbekalkan internet serta usaha yang lebih.

#1. Jual makanan yang dimasak di rumah

Kerja ini mungkin lebih kepada kerja offline ddi samping bergantung kepada kemahiran pemasaran online anda. Jika anda mahir memasak dan sering mendapat pujian, apa salahnya jika anda mula memasak untuk komuniti setempat anda?

Dengan teknologi, pemasaran produk anda dapat dilakukan dengan mudah. Anda boleh menggunakan media sosial untuk memasarkan bakeri atau lauk-pauk anda. Dengan menggunakan kamera fon dan penulisan yang menarik, anda dapat mengiklankan produk anda dari rumah.

Mula ceburi aplikasi yang sudah menjadi aplikasi ruji seperti Lazada (Google Play / App Store) yang membolehkan anda menjual makanan dari rumah. Grup di Facebook juga (hanya cari bazaar online) juga menyediakan platform untuk penjual mempromosikan produk mereka tambahan di bulan Ramadhan di mana ramai yang mencari makanan beraneka jenis untuk juadah berbuka puasa.

Pastikan anda patuh dengan panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti suntikan tifoid bagi pengendali makanan. Untuk keselamatan pelanggan anda, panduan ini perlu dipatuhi agar tiada masalah akan berlaku di masa akan datang.

#2. Mengajar secara online

Internet adalah kunci di kala PKP dan juga selepas. Di masa bila semua sekolah ditutup, ibu bapa perlu memastikan pembelajaran anak-anak masih diteruskan. Jika anda adalah salah seorang daripada tenaga pengajar, apa salahnya anda menggunakan kemahiran ini untuk mengajar orang lain di internet. Peluang menjadi tutor berbayar ini dapat menajamkan minda anda di samping dapat membantu orang lain.

Dengan pertolongan teknologi, tiada lagi rintangan fizikal yang perlu ditempuhi untuk anda mengajar dan belajar. Kursus online dan tutor adalah dua perkara yang amat berbeza kerana sesi tutor adalah di mana pengajaran dibuat secara langsung dan interaktif antara tutor dan murid.

Banyak peluang yang boleh diteroka seperti di Champion Tutor, My Private Tutor, dan Part Time Tutor Malaysia atau jika anda sudahpun mempunyai rakan di dalam industri pendidikan, jangan malu bertanya. Kadar bayaran bermula dari RM 10 hingga RM 150 sejam bergantung kepada pengalaman dan tahap pendidikan anda.

Permintaan yang tinggi untuk tutor selalunya dalam pembelajaran bahasa tambahan apabila ramai yang terperangkap di rumah. Menjadi tutor online adalah cara terbaik untuk mendapat duit lebih serta untuk anda mempraktikkan kemahiran dwibahasa atau multibahasa anda.

#3. Menyahut seruan jual beli online

Saban hari, semakin ramai yang melakukan urusan jual beli secara online dan tiada sebab mengapa anda tidak boleh menggunakan peluang ini dengan sebaiknya.

Sebagai bisnes part-time, menjual secara online sesuai dengan keadaan di mana anda tidak perlu berada di kedai secara fizikal dan boleh berhubung dengan pelanggan pada bila-bila masa.  Anda tidak perlu mempunyai bekalan barang baru dan boleh ke arah menjual barangan second hand. Kini, makin ramai orang yang mencari barangan terpakai seperti buku, baju serta kraftangan dengan harga yang lebih berpatutan.

Dengan laman seperti Mudah.my, Lelong, Carousell dan Shopee, anda tidak perlu mempunyai laman web sendiri untuk mula berniaga. Hanya muatnaik gambar produk yang anda jual dan mula berkomunikasi dengan pelanggan dan bakal pelanggan anda. Jangan lupa untuk letakkan contact info anda supaya pelanggan senang berhubung dan bertanya soalan.

#4. Penterjemah Bebas

Rakyat Malaysia kebanyakannya boleh bertutur dalam sekurang-kurangnya dua bahasa dan ada yang lebih. Dengan dunia yang semakin berintegrasi dengan satu sama lain, servis penterjemah akan sentiasa dikehendaki.

Walaupun terdapat program atau aplikasi terjemahan bahasa yang bermacam-macam jenis, akan sentiasa ada pasaran untuk penterjemah. Banyak syarikat terjemahan yang mencari servis penterjemah bebas untuk membantu mereka dalam kerja seharian. Jika anda mahir dalam bahasa lain selain bahasa tuturan anda, gunakan peluang ini dan cari tempat di mana anda boleh menawarkan servis.

Lihat laman seperti Favser atau Upwork untuk kerja bebas. Kadar biasa untuk servis terjemahan adalah RM 30 hingga RM 40.

#5. Penulisan bebas

Jika anda suka menulis, anda boleh mengambil peluang untuk membuat duit dari rumah dengan membina kandungan dalam talian, ataupun content writing. Menulis kandungan dalam talian mengambil sebanyak 40% daripada jumlah pemasaran online jadi ia sememangnya kerja yang dicari-cari dan memandangkan bisnes dalam talian semakin popular, penulis akan lebih diperlukan.

Cari peluang menulis di Content Writer atau Favser. Harga biasa pasaran adalah RM 0.60 hungga RM 0.70 setiap perkataan ataupun RM 150 hingga RM 400 bergantung kepada jenis kandungan yang perlu anda tulis.

Kerja penulisan boleh diaplikasikan untuk laman web, blog, majalah dan lain-lain lagi. Anda mungkin dikehendaki menulis deskripsi produk, siaran am, kandungan blog dan lain-lain. Ianya juga cara yang sesuai untuk melatih kemahiran menulis anda di samping untuk pendapatan tambahan. Manalah tahu anda boleh menjadikan penulisan sebagai karier anda di masa akan datang.

Konklusi

Kerja-kerja berikut dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan dan secara langsung, membolehkan anda berpeluang menyimpan lebih banyak untuk kecemasan. Bukan mudah untuk bertahan di kala krisis ini tterutamanya apabila dibuang kerja ataupun terpaksa dipotong gaji tetapi jika kita mengambil langkah proaktif, kita mampu mengubah nasib sendiri. Selepas semua reda, kita akan lebih tabah di samping dapat belajar perkara baru.

 

You May Also Like

 

Apakah cara lain yang anda rasa berkesan untuk mendapatkan pendapatan tambahan? Kongsi dan komen di bawah untuk nyatakan pendapat anda.