Masa depan salah satu logam paling berharga di dunia boleh terkesan dengan penangan wabak COVID-19 jika keadaan masih belum stabil. (Original article in English)

Subscribe to MyPF YouTube

Laporan dari CGS-CIMB di dalam nota survey Asia-Pacific Strategy pada April 2017 lalu mengatakan bahawa penutupan ekonomi boleh memberi kesan terhadap harga emas kini dan masa depan.

“Prestasi pasaran emas telah mengejutkan penggemar instrumen ini ketika krisis COVID-19 ini. Daripada harga tinggi USD 1,703/oz pada 9 Mac, harga emas merudum kepada USD 1,451/oz pada 16 Mac – kejatuhan sebanyak 15%. Ini mendatangkan kebimbangan kepada pengendali aset kerana emas mengikut trend harga ekuiti sejak hujung Februari. Apabila index volatiliti VIX mencatatkan harga tertinggi dan jatuh sejak 19 Mac, harga emas naik dan jatuh mengikut S&P 500. Trend ini mendatangkan kebimbangan terhadap kegunaan emas untuk diversiti portfolio di ketika ini”.

Mereka juga menambah bahawa pasaran masih sedang menganalisa kesan ekonomi dari COVID-19 dan emas berpeluang untuk kekal dengan prestasi yang teruk. Impak penutupan ekonomi ini sekurang-kurangnya akan bersifat deflasi terhadap pasaran.

CGS-CIMB menerangkan bahawa perang fizikal memusnahkan kapital dan kapasiti pembuatan dan apabila semua reda, akan menyebabkan permintaan naik setara dengan bekalan, yang akan menyebabkan inflasi kelak.

“Apabila bank negara mencetak lebih banyak wang di masa akan datang untuk menginflasikan hutang pemilik instrumen kewangan negara, akan ada inflasi dan harga emas akan bertambah baik. Emas meningkat apabila para pelabur hilang keyakinan dalam US Dollar. Kini, perkara yang sebaliknya terjadi. Masih terdapat permintaan tinggi untuk US Dollar. Jika semua pasaran aset risiko kekal jatuh, tiada sebab mengapa emas akan mendapat permintaan. Nilai dan harga semua aset akan jatuh berbanding dengan tunai”

Tiada bekalan emas di ketika pandemik COVID-19

Pelabur di Malaysia yang mencari emas mungkin akan menghadapi masalah kerana ketiadaan bekalan disebabkan oleh kuarantin dan permintaan yang tinggi baru-baru ini.

“Orang ramai berpusu-pusu ke arah emas walaupun harga emas fizikal berbanding “emas dalam kertas” kini lebih dua kali ganda. Keadaan yang sama dapat dilihat di seluruh dunia dan bukan sahaja di Malaysia memandangkan operasi pengilangan emas terpaksa diberhentikan dan harga emas yang tidak stabil”, kata peniaga emas.

KH Lau, pengasas dan pengarah urusan syarikat peniaga emas, Rolling Silver Holdings Sdn Bhd, berkata, ketika krisis ekonomi sebelum ini, para pelabur memilih emas untuk mengekalkan nilai pelaburan dan kilang-kilang dapat memenuhi bekalan disebabkan oleh permintaan ini. Kini, disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap ekonomi, mereka mula membeli emas untuk harga yang semakin meningkat dan kilang pula tidak dapat memenuhi permintaan ini.

“Kami tidak tahu bila kilang tersebut akan menyambung operasi. Ini adalah situasi yang unik”, kata beliau.

Rolling Silver, yang bertanggungjawab atas BuySilverMalaysia.com, telah menjual lebih 90% inventorinya pada 17 Mac – hari sebelum Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut pengasas Malaysia Bullion Trade iaitu Dean Arif, jualan yang kebiasaannya untuk beberapa bulan berlaku hanya dalam tiga hari sebelum PKP dijalankan.

 “Permintaan meningkat 10 kali ganda dan kami sudahpun memaklumkan kepada pelanggan bahawa bekalan emas dan perak kami sudah kehabisan stok sehingga hujung April”, kata Dean Arif.

Harga emas kini terperangkap di tengah-tengah di mana keadaan volatiliti  dan kecairan yang tinggi menyebabkan aset risiko rendah mendapat permintaan tinggi dengan keadaan ekonomi global yang tidak dapat diramal. Prestasi US Dollar pula masih sedang merudum apabila US Federal Reserve menyatakan kebimbangan mereka terhadap tahap kecairan aset yang tinggi sementara aktiviti pencetakan wang (quantitative easing) sedang berlaku.

Buat masa sekarang, harga emas adalah USD 1698.48 (RM 7384.99) setiap troy ounce (31.1 grams). Harga jatuh 1.17% sejak 30 hari lalu tetapi naik 30.47% sejak setahun lalu.

Kesimpulan

Sekiranya COVID-19 gagal dibendung, penutupan ekonomi – sama ada kawalan pergerakan atau perintah kuarantin – akan memberi kesan terhadap tahap permintaan masa kini dan masa akan datang apabila tahap hutang semakin meningkat. Impak akan bersifat deflasi, yang sebelum ini menunjukkan bahawa ia memberi kesan buruk  terhadap harga emas. Pengurangan risiko juga akan kekal sebagai filosofi pelaburan jika penutupan ekonomi masih berlangsung.

Bisnes yang tidak dapat diteruskan bermakna aliran tunai akan terjejas. Ini akan menyebabkan bank pusat global melalui Dollar funding stress di mana bank menukar wang kepada USD mengikut nilai mata wang masing-masing dan secara langsung meningkatkan nilai indeks US Dollar. Mengikut sejarah, aktiviti ini akan menyebabkan nilai emas turun.

Pasaran ternyata sukar untuk diramal dan diseimbangkan kerana kita perlu lihat bagaimana pengawalan wabak ini dilakukan di seluruh dunia. Banyak bisnes seperti tukang emas, kilang dan peniaga barang kemas yang akan terkesan. Namun begitu, apabila keadaan mula beransur baik, kilang akan beroperasi seperti biasa, trafik udara kembali pulih dan harga emas akan kembali seperti biasa.

You May Also Like

Adakah anda akan membeli emas selepas PKP dan keadaan pandemik ini berakhir? Kongsi dan komen bersama kami di bawah.