Pastikan anda berjaga-jaga dengan penipuan skim cepat kaya yang makin berleluasa di ketika pandemik COVID-19. Walaupun dah sesal sekali tak berguna lagi kerana kesilapan ini akan sentiasa menghantui anda. (Original article in English)
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP-B) telah mencatatkan banyak kes penipuan skim cepat kaya yang disembunyikan atas nama pelaburan. Orang ramai masih mencari jalan pintas untuk memperoleh pendapatan kerana ramai yang kehilangan punca pencarian dan dalam kesusahan dari segi kewangan.
Penipuan pelaburan adalah salah satu kes jenayah kewangan. Mengikut Bank Negara Malaysia, jenayah kewangan boleh diklasifikasikan sebagai kelakuan tidak menepati undang-undang melibatkan transaksi kewangan. Ianya jatuh di bawah pelanggaran undang-undang am dan selalunya dibuat oleh golongan professional yang mempunyai pengetahuan tertentu dengan niat jenayah.
Contents
Penipuan Pelaburan di Malaysia Sepanjang Pandemik COVID-19:
- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengeluarkan kenyataan amaran kepada rakyat untuk berwaspada akan penipuan yang menggunakan logo ASNB di dalam mesej WhatsApp. Di sini, penerima dijanjikan pulangan yang tinggi untuk pelaburan dalam masa yang singkat.
- Penasihat hospital di Pahang hilang RM 63, 465 dari simpanannya apabila berkongsi informasi akaun sendiri di dalam laman web BNM palsu. Mangsa menyatakan bahawa beliau telah dihubungi oleh kedua-dua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi arahan bahawa dia perlu menggunakan laman web tersebut sebagai langkah untuk membantu penyiasatan. Dua hari kemudian, mangsa sedar bahawa wang semua telah hilang sebelum membuat susulan laporan di balai polis.
- BNM juga memberi amaran kepada rakyat supaya mereka tidak menggunakan orang awam untuk melakukan beta testing aplikasi atau sistem. Mereka juga menasihatkan agar rakyat Malaysia tidak berkongsi maklumat perbankan, kata laluan, transaction authorisation code (TAC) dan nombor PIN sewenang-wenangnya.
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak tertipu dengan mesej teks palsu yang dihantar daripada nombor peribadi yang mengatakan bahawa mereka teleh menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Penipu ini akan meminta maklumat bank yang disertakan dengan janji bahawa mereka akan menerima bayaran dalam masa 24 jam. Mesej asli hanya akan menyatakan bahawa anda telah menerima bayaran dan tidak akan meminta maklumat daripada pengguna.
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak terpedaya dengan tipu helah daripada laman web palsu, semakonline.com, untuk aplikasi pengeluaran dari Akaun 2 KWSP. Dalam kenyataan rasmi, KWSP menyatakan bahawa laman web tersebut tidak dimiliki dan tidak diiktiraf oleh pihak KWSP.
Keseluruhan
Tempoh pandemik ini memberikan kita banyak masa di rumah dan akses kepada internet dan gajet. Secara langsung, kita akan terdedah dengan penipuan yang aktif mencari mangsa di internet. Sebagai pelabur, kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran dan pastikan kita mempunyai ilmu yang mencukupi sebelum mula melabur. Jangan senang terperangkap dengan iklan yang kelihatan professional di sosial media dan tanya penasihat kewangan bertauliah terlebih dahulu. Di sini, anda boleh mendapatkan nasihat kewangan secara percuma.
You May Also Like
- 8 Tips Bagaimana Kekal Bersedia Untuk Kegawatan Ekonomi
- Adakah Harga Emas Akhirnya Akan Jatuh Tahun 2020?
- 5 Cara Untuk Dapatkan Pendapatan Tambahan Dari Rumah
Pernahkah anda dengar akan penipuan pelaburan di internet ketika COVID-19? Kongsi bersama kami dan komen di bawah pengalaman anda.
Leave A Comment