Pastikan anda berjaga-jaga dengan penipuan skim cepat kaya yang makin berleluasa di ketika pandemik COVID-19. Walaupun dah sesal sekali tak berguna lagi kerana kesilapan ini akan sentiasa menghantui anda. (Original article in English)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP-B) telah mencatatkan banyak kes penipuan skim cepat kaya yang disembunyikan atas nama pelaburan. Orang ramai masih mencari jalan pintas untuk memperoleh pendapatan kerana ramai yang kehilangan punca pencarian dan dalam kesusahan dari segi kewangan.

Penipuan pelaburan adalah salah satu kes jenayah kewangan. Mengikut Bank Negara Malaysia, jenayah kewangan boleh diklasifikasikan sebagai kelakuan tidak menepati undang-undang melibatkan transaksi kewangan. Ianya jatuh di bawah pelanggaran undang-undang am dan selalunya dibuat oleh golongan professional yang mempunyai pengetahuan tertentu dengan niat jenayah.

Penipuan Pelaburan di Malaysia Sepanjang Pandemik COVID-19:

Keseluruhan

Tempoh pandemik ini memberikan kita banyak masa di rumah dan akses kepada internet dan gajet. Secara langsung, kita akan terdedah dengan penipuan yang aktif mencari mangsa di internet. Sebagai pelabur, kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran dan pastikan kita mempunyai ilmu yang mencukupi sebelum mula melabur. Jangan senang terperangkap dengan iklan yang kelihatan professional di sosial media dan tanya penasihat kewangan bertauliah terlebih dahulu. Di sini, anda boleh mendapatkan nasihat kewangan secara percuma.

 

You May Also Like

 

Pernahkah anda dengar akan penipuan pelaburan di internet ketika COVID-19? Kongsi bersama kami dan komen di bawah pengalaman anda.