Pengurusan harta pusaka adalah sebahagian daripada proses perancangan kewangan yang penting. Dalam islam, faraid memainkan peranan besar dalam penentuan pembahagian harta.
Pengurusan harta pusaka dalam kalangan umat Islam adalah satu prosedur yang penting untuk difahami, khususnya untuk masyarakat Islam.
Tanpa pengurusan harta pusaka yang baik, pelbagai pertikaian boleh berlaku sehingga menyebabkan kepada konflik perebutan harta, permusuhan keluarga sehingga memerlukan penyelesaian mahkamah.
Mengapa ia berlaku? Jawapannya adalah kerana kekurangan pengetahuan dalam menguruskan harta pusaka dalam kalangan keluarga atau waris yang terlibat. Terdapat beberapa tertib (langkah) yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang pertelingkahan dan memastikan pembahagian harta pusaka yang lebih adil selepas berlakunya kematian.
Contents
#1. Asing
Lakukan pengasingan terhadap harta yang dimiliki atau yang diuruskan oleh si mati ketika hayatnya. Mungkin tidak semua harta yang diuruskan si mati adalah kepunyaan mutlaknya seperti harta wasiat, harta yang telah dijual, harta yang dihibahkan dan juga harta yang diwakafkan oleh si mati pada hayatnya.
#2. Tuntut
Dalam langkah ini, waris perlu melunaskan hutang piutang yang telah ditinggalkan oleh si mati. Hutang yang dimaksudkan dibahagikan kepada dua kategori iaitu hutang dunia dan hutang akhirat. Hutang yang melibatkan orang perseorangan, syarikat atau pihak kerajaan dianggap sebagai hutang yang perlu diselesaikan.
Hutang akhirat seperti pelaksanaan ibadah haji yang belum dibuat oleh si mati sedangkan dia berkemampuan boleh dilunaskan dengan menggunakan harta peninggalannya.
Dalam hal ini, waris juga perlu melunaskan tuntutan cukainya mengikut Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) mempunyai kuasa untuk menuntut baki cukai tertunggak daripada waris atau pentadbir harta pusaka. Tuntutan tersebut akan dibuat terhadap hartanya. Waris perlu memastikan si mati tiada sebarang tunggakan cukai pendapatan sebelum ia diagihkan. LHDNM juga boleh membuat tuntutan baki cukai yang tidak dijelaskan melalui tindakan sivil
#3. Bahagi harta sepencarian
Harta sepencarian ialah harta yang dimiliki dan diusahakan secara bersama oleh si mati dan pasangannya semasa hayatnya. Sekiranya pasangan tidak bekerja atau tidak mempunya sumber pendapatan yang tetap, pasangan yang hidup juga boleh menuntut harta sepencarian. Contohnya isteri yang tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang tetap serta menjadi suri rumah sepenuh masa boleh menuntut harta sepencarian yang ditinggalkan oleh pasangannya yang telah meninggal dunia.
Ia kerana isteri merupakan teman hidup yang banyak membantu suaminya dalam menguruskan rumah tangga dan meringankan beban suami sebagai ahli keluarga untuk mencari rezeki.
#4. Pelaksanaan wasiat
Wasiat ialah hasrat atau pesanan si mati yang dibuat semasa hayatnya namun ia hanya boleh dilaksanakan apabila pewasiat sudah meninggal dunia.
Harta yang ditinggalkan oleh si mati boleh diuruskan dengan pelaksanaan wasiat asalkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan. Wasiat juga boleh diberikan kepada bukan waris asalkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang telah ditinggalkan. Wasiat juga boleh diberikan kepada bukan waris yang berhak mendapat harta pusaka peninggalannya.
Wasiat perlu dibuat secara bertulis melalui pihak yang menyediakan perkhidmatan wasiat seperti Amanah Raya Berhad dan lain-lain agensi wasiat yang diktiraf di Malaysia. Kandungan wasiat juga boleh berubah berdasarkan perkara yang diingini oleh pewasiat semasa hayatnya.
#5. Pelaksanaan faraid
Faraid ialah bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak kepada waris si mati. Waris pula terbahagi kepada beberapa kategori iaitu waris utama, waris gentian, waris sisian pertama dan waris sisian kedua. Waris utama adalah insan yang paling rapat dengan si mati iaitu ayah,ibu, pasangan (suami atau isteri), anak lelaki dan anak perempuan.
Setiap daripada waris utama ini mempunyai hak dan kadar masing-masing dalam pembahagian harta faraid. Contohnya, bapa akan memperoleh hak sebanyak 1/6 daripada harta faraid tersebut. Ibu berhak sebanyak 1/3 (sekiranya si mati tidak mempunyai anak) dan 1/6 (sekiranya si mati mempunyai anak). Manakala pasangannya iaitu suami berhak sebanyak ½ (sekiranya si mati tidak mempunyai anak) dan ¼ (sekiranya si mati mempunyai anak.
Begitu juga dengan isteri, hak isteri ialah sebanyak ¼ (sekiranya si mati tidak mempunyai anak) dan 1/8 (sekiranya pasangan mempunyai anak). Manakala hak anak perempuan pula ialah ½ (sekiranya si mati hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja), 2/3 hak (sekiranya si mati ada lebih daripada seorang anak perempuan dan dibahagikan sama rata di antara mereka).
Namun begitu, hak anak perempuan juga tertakluk kepada kategori asobah Bil ghari iaitu sekiranya anak perempuan tersebut mempunyai adik beradik lelaki maka pembahagian perlu dilakukan dengan kadar sebanyak 2 bahagian bagi lelaki dan 1 bahagian bagi perempuan.
Sebaliknya anak lelaki akan mengambil seluruh harta jika tiada waris fardu (waris yang telah ditentukan haknya).
Kesimpulan
Tertib dalam pengurusan harta pusaka Islam bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Sesungguhnya, memahami kaedah pembahagian harta dalam Islam amatlah penting dan dititik beratkan malahan perlaksanaannya adalah berdasarkan ketetapan yang telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.
You May Also Like
- Zakat dan Kekayaan dari Perspektif Islam
- Memperkasa Kewangan Islam Melalui Platform AsSidq.com
- 10 Cara Pelepasan Cukai Paling Popular di Malaysia
- Kewangan Peribadi: Persaraan
Apakah persediaan yang sudah anda lakukan bagi pengurusan harta pusaka? Kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.
Assalamualaikum,
What happens if the deceased is a single female who leaves behind father, mother, one unmarried brother and one divorced sister (she has a son)?
Thank you.
Salha
Assalamualaikum.
Sekiranya si mati (suami) mempunyai seorang isteri dan dikurniakan lebih daripada 2 orang anak perempuan dan tiada anak lelaki, bagaimana kaedah pembahagian harta menurut faraidh? Bapa si mati juga sudah meninggalkan dunia dan adik beradik si mati mahu menuntut semua harta si mati.
Assalamualaikum,
Pembahagian hasil jualan tanah. Si mati (suami) meninggalkan :
1/. Isteri (1 orang)
2/. Anak Lelaki (sulong)
3/. Anak Perempuan
4/. Anak Lelaki
5/. Anak Perempuan
6/. Anak Perempuan
Assalam,,,
Saya ingin bertanya… Jikalau saya meninggal ttp semasa saya hidup. Saya belom membuat pengagihan harta… Adakah Abg dan kakak saya boleh mengambil hak saya daripada isteri dan anak2 saya? Kerana ibubapa saya sudah meninggal… Adakah Abg dan kakak2 saya boleh mengambil hak saya… Padahal saya ada anak lelaki dan perempuan?
Harta pusaka (tanah rumah arwah emak)telah d tukar ke atas nama adik pompuan yg bungsu.tp adik tlh meninggal dunia..dia ada 3orng ank pompuan..muskil sya.boleh ke ank2 adik sya mnuntut tukar nama tnh kpd mreka.sedangkn.kami msih ada 4 adik beradik pompuan lg…maksud nya kakak pd arwah s bungsu.mohon prncerahn.t.kasih
Assalamualaikum, ayah saya baru meninggal 2 bulan lepas, kami mempunyai 6 orang adik beradik, 5 P dan 1 L, tetapi abang saya sudah meninggal 5 tahun lepas dan dia mepunyai 6 anak L dan 2 anak perempuan. kedua ibu bapa ayah saya sudah meninggal, adk beradiknya hanya tinggal seorang adik P dan seorang adik L. Arwah ayah tiada isteri kedua mahupun anak angkat serta adik beradik tiri.
soalan saya, adakah anak2 arwah abang (6 L & 2 P) ada bahagian di dalam harta pusaka arwah ayah? bagaimana pula dengan adik2 arwah ayah? Sekian, terima kasih
Assalamualaikum wr wb.
Saya ada satu kemusykilan tentang hak pembahagian harta boleh alih.
Seorg bapa (simati) mempunyai seorang anak lelaki dari isteri pertama yg telah mati.
Mempunyai 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan (perkahwinan kedua-masih hidup) berserta sepasang anak angkat (adik beradik yatim piatu dari kecil-tiada hubungan keluarga dgn simati)
Kedua ibubapa simati telah tiada dan simati juga mempunyai seorg adik lelaki kandung dan seorg adik perempuan berlainan ibu.
Terima kasih
Perlukah tanah harta pusaka yg telah djual sendiri oleh pemilik(ayah) dbahagikan kpd isteri dan 2org anak perempuan,4org anak llaki?
Mohon pencerahan bagi pembahagian harta simati.. yg mempunyai isteri kedua selepas kematian isteri pertama.yg mempunyai 2 org anak seorang lelaki dan seorang perempuan (anak tiri) dan mempunyai 6 org anak dari isteri pertama(anak kandung).. yg terdiri dari 5 org perempuan dan 1 org anak lelaki iaitu anak bongsu dari 6 beradik…
Assalamualaikum.
Kedua ibubapa saya telah meninggal dunia dan meninggalkan rumah pusaka. Kami 5 beradek;
1. Perempuan – meninggal dunia dan tiada anak. Suami masih ada.
2. Perempuan
3. Perempuan
4. Perempuan
5. Laki-laki
Bagaimana kah pembahagian harta mengikut faraid dan adakah bahagian pada suami arwah kakak?
Terima Kaseh
Noriah
Assalam…simati meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan. beliau juga mempunyai dua orang anak (1 lelak & 1 sperempun) daripada isteri pertama yang telah diceraikan. Ibu beliau masih hidup. Mempunyai seorang abang, seoarang kakak, dan tiga adik perempuan. Bagaimanakah pembahagian harta mengikut hukum faraid?
Salam. saya mempunyai 9 adik beradik sahaja iairu 3 lelaki & 6 perempuan. Bagaimana pembahagian harta pesaka awrah bapa saya. terims kasih.
Assalamualaikum, apakah cara pembahagian jika waris tersekatbhanyalah seorang yang masih hidup. Kesemua anak lelaki dan anak perempuan lain telah pun menunggal. Adakah harta perlu juga dibahagikan kepada waris daripada adik beradik yang telah meninggal?
Assalammualaikum, isteri saya baru meninggal, kami mempunyai anak seorang lelaki dan 3 orang perempuan yang masih hidup. Bagaimana pembahagian harta mengikut faraid?
Assalamualaikum, bapa saya mempunyai 2 orang isteri.. Isteri no.1 ,8anak (3L & 5P) (2L meninggal dunia.. Isteri no 2, 5anak(4L&1P)…mempunyai 2 ekar tanah..dan di bahagikan (1 ekar isteri no 1) (1 ekar isteri no 2).. Kedua dua isterinya sudah meninggal dunia.Dan bapa saya telah membuat pembahagian tanah kepada semua anaknya serta nama dan lot sama rata.. sekiranya bapa saya meninggal dunia adakah perlu faraid.
Assalamualaikum.
Sekiranya seorang lelaki meninggal dunia (suami),
Dia mempunyai keluarga yang masih hidup:
1-Seorang Isteri
2-3 orang anak lelaki
3-2 orang anak perempuan
Dan dia meninggalkan sebuah rumah diatas namanya. Bagaimanakah rumah tersebut perlu diwarisi.
Assalamualaikum,
Suami saya baru meninggal dunia. Kedua ibubapanya telah lama meninggal dunia.
Arwah meninggalkan seorang isteri, 4 anak perempuan dan 1 anak lelaki. Isteri keduanya telah lama bercerai. Bagaimana faraidnya ya?
kite nk tnye, kalau hrta puska spatutnya org laki 2 bhgian org puan 1 bhgian, pastu ad selisih mksud nye mcm pihak org puan ni britahu arwah prnh pesan ke dia ( org puan ) kne bagi sama rata tpi mse ye arwah kabo tu adok saksi , nk ikut hukum ke nk ikut arwah tu ? nk bagi same rate ke nk bgi ikut hukum ?
Assalamualikum… Boleh bagi pencerahan sekiranya simati tiada anak dan tiada suami.hanya mempunyai adik2 perempuan sahaja.. Dan ada anak2 saudara lelaki… Bagaimana tentang pembahagian harta sekiranya simati meninggal tanpa pembahagian harta tersebut… Mohon pencerahan… Terima kasih..
Assalam puan,
Bgmn pembahagian faraid bg suami yg tlh meninggal dunia mempunyai
1. 1st isteri – 31thun tempoh berkahwin
2nd isteri – 3 thun tempoh berkahwin
2. Isteri pertama – 2 ank lelaki
3 ank perempuan
Isteri kedua – 1 ank lelaki
Aslmkm.. Nk tny.. Mmpnyai 9org adik bradik 7llki 2 pmpuan.. Abg sulung mninggal dunia mninggalkn seorang isteri dan 7org ank.. Selepas pmbhgian harta selesai mmgikut faraid sy dpt srt dr lhdn utk tuntutan cukai sbyk rm23k.. Bgmna pmbhagian byran cujai ini di kira ya? Adakah mnurut faraid juga??
Assalamualaikum saya baru kematian arwah emak bulan 11 aritu ayah pun dah lama pergi ke pangkuan illahi kami tinggal lah 5 beradik :
3 Lelaki & 2Perempuan
Soalan saya harta peninggalan arwah Ibu ada tinggalkan sedikit emas & wang tetapi saudara perempuan saya cuba untuk membolot segala emas yang ditinggalkan semua nya wal hal apa yang saya tahu harta tersebut perlu dibahagikan kepada waris mengikut faraid ikut bahagian masing²
Boleh kah tuan bagi pencerahan yang lebih untuk.hal ini
Assalamualaikum,
Bagaimana pula jika simati mempunyai akaun bersama- akaun kanak2 (akaun pentadbir) Dan sekarang anak masih di bawah umur. Adakah termasuk juga dalam faraid.
As-salam. Ayah saya meninggal 2 minggu lepas. Ayah tinggalkan sebuah rumah atas nama bersama dgn ibu tiri saya. Ayah saya ada seorang anak lelaki, 2 anak perempaun dgn isteri pertama. Telah bercerai. Ayah saya ada seorang anak perempuan dgn isteri kedua. Dan isteri kedua ayah masih hidup. Emak dan ayah kepada ayah saya telah meninggal. Jadi boleh jelaskan kiraan faraid kami bagaimana.
1. Isteri.
2. 1 Anak lelaki
3. 3 anak perempuan.
Assalamualaikum ?
Waris (arwah adik ipar lelaki -bongsu) baru meninggal dunia telah meninggalkan 3 anak yatim piatu :
-1 anak perempuan 15 thn
-1 anak lelaki 8 thn
-1 anak perempuan 4 thn
Waris masih mempunyai saudara kandung yang masih hidup :
-1 abg kandung
-8 kakak kandung
Lain-lain yang masih hidup :
-Ibu mertua
– Bapa mertua
– 7 ipar
Bagaimana kelayakan / pembahagian faraid / harta sepencarian (arwah isteri waris) tersebut ?
Terima kasih
Asslm… mohon pencerahan. Arwah bapa saya meninggalkan sebidang tanah yang diperolehi daripada peninggalan arwah ibu saya yang meninggal dunia lebih awal. Selain daripada kami lapan orang adik beradik seibu sebapa (empat lelaki dan 4 perempuan), arwah ibu mempunyai seorang anak perempuan daripada perkahwinannya yang pertama. Soalannya ialah adakah saudara perempuan tiri kami yang tersebut (adik beradik seibu) layak menerima pusaka yang berkenaan ? Jika ya, berapakah bahagiannya dan berapakah pula pecahan pembahagian faraid kepada kami yang lapan orang ini ?
Assalamualaikum
Mohon pencerahan… berapakah bhgian faraid yg perlu utk suami( isteri meninggal), 4 org anak lelaki n 3 org anak perempuan.
Assalamualaikum .sy nk tnya ..bapak sy ada dua istrie
Istrie pertama ada 1 anak
Istrie kedua ada 5 anak (2p,3L)
Mcm mna nk buat pembahagian harta…
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang pembahagian tanah pusaka . Jika si mati mewarisi tanah daripada ayahnya dan ingin dijual . Bagaimana pula pembahagian harta tersebut . Beliau mempunyai seorang isteri . Seorang anak perempuan. Dan ibu si mati sudah berkahwin baru dan mempunyai 2 anak perempuan .
Saya anak tu tunggal dan bapa saya telah meninggal dan mempunyai geran tanah yang belum dipindah nama. Dengan persetujuan saya bolehkah tanah tersebut dipindah sepenuhnya keatas nama ibu saya melalui faraid?
Assalamualaikum
Suami saya ada meninggal sebuah butik pengantin..tetapi premis butik tersebut hanya sewa bukan beli..
Yang menjadi persoalan saya adakah semua aset butik tersebut perlu difaraidkan..
Dan juga duit pampasan insuram setelah suami meninggal..adakah perlu difaraidkan jugak..
Suami meninggalkan
Isteri
Anak perempuan seorang
Ibu kepada suami masih hidup
Asslm … mohon pencerahan. Arwah anak lelaki saya masih bujang meninggalkan wang KWSP. Berapa bahagian untuk Bapa, Ibu, 2 orang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.
salam saya nak tanya. contoh ayah saya ada tinggal tanah 2 lot anggaran dalam 100ribu macam mana nak bahagi duit kepada isteri, 2anak lelaki dan 1 anak perempuan
Salam, ayah saya sudah meninggal dunia, jadi macam mana dengan pembahagian faraid?
1)Isteri pertama
– 2 org anak perempuan (1 org sudah berkahwin)
– 1 org anak angkat perempuan
2)Isteri kedua (Bercerai ketika ayah masih hidup)
– 1 org anak perempuan
– 1 org anak lelaki
3)Ibu bapa ayah sudah meninggal dunia.
4)Adik-beradik ayah 8 orang
– 2 orang lelaki seibu sebapa, keduanya meninggal dunia, tapi ada anak lelaki dan perempuan
– 4 orang perempuan seibu sebapa, masih hidup, 2 org drpdnya ada anak lelaki dan perempuan, 2 org lagi tiada anak
– 1 orang perempuan seibu, ada anak perempuan
Adakah adik-beradik ayah juga akan dapat pembahagian faraid? Dan mcm mana kira pembahagiannya utk kesemua waris diatas?
Terima kasih.
Assalamualaikum Puan,
Berapakah peratusan atau pembahagian bagi harta sepencarian?
as’kum
saya ada kemuskilan tentang pembahagian harta pusaka.
emak saya telah meninggal dan telah meniggalkan duit sebanyak 59 ribu.
saya mempunyai:
ayah- masih hidup
kakak -masih hidup
mempunyai anak lelaki 2 orang & 3 orang perempuan
dan saya- masih hidup
mempunyai anak lelaki 1 orang. & 2 orang perempuan
emak saya mempunyai 9 adik beradik.
1.sulung lelaki- telah meninggal dahulu sebelum emak saya
2.perempuan -telah meninggal dahulu sebelum emak saya
3.perempuan -telah meninggal dahulu sebelum emak saya
4.perempuan -telah meninggal dahulu sebelum emak saya
5. perempuan -masih hidup (ada anak 8 orang dan janda)
6.lelaki- telah meninggal dahulu sebelum emak saya
6.perempuan – emak saya ( harta si mati)
7.perempuan -telah meninggal selepas emak saya (setahun selepas emak meninggal mempunyai anak 4 orang dan suami)
8.perempuan -masih hidup ( telah berkahwin mempunyai anak 4 orang dan masih bersuami)
9.perempuan -masih hidup ( telah berkahwin mempunyai anak 2 orang dan masih bersuami)
persoalannya boleh ke adik beradik perempuan emak meminta atau menuntut harta dan duit simpanan arwah?
Assalamualaikum..mohon pencerahan.. Arwah ayah sy meninggal pd 2013 dan hartanya smpai sekarang belum diuruskan..
Kami ada 4org adk beradik,abg sy anak kedua.. Arwah ada meninggalkan tanah dan sebuah rumah..
Nak tnya masa ayah sy meninggal,nenek (ibu ayah) dan emak sy masih ada .. Sekarang emak dan nenek dah tak ada lagi..
Harta ayah sy perlu dibahagikan bersama adik beradik arwah ayah ke?? Boleh bg cara kiraan utk kami.. Terima kasih
Salam, hanya sekadar bertanya. Katakan ada satu keluarga ini , suami isteri yang bersama dgn 6 orang anak lelaki, dan seorang anak perempuan. Suami dan isteri itu mempunyai sebuah rumah pusaka.Tetapi, sudah menukarkan nama didalam geran itu kepada anak no2 (anak lelaki) yang sudah berkahwin dan mempunyai 1 anak lelaki dgn isteri pertama yang sudah bercerai & dua orang anak lelaki dgn isteri yang kedua dan masih bersama. Hanya sekadar untuk meletakkan nama bertujuan utk mendapatkan (pinjaman duit) dalam kata lain (mencagarkan rumah).
Soalan nya adalah, dalam masa pembayaran hutang pinjaman mencagarkan rumah itu boleh ke adik beradik tersebut menuntut pembahagian harta pusaka ibu bapa mereka (pada masa itu ibu bapa mereka sudah meninggal dunia)? Adik beradik yang ingin menuntut kesemuanya ada 7. 6 orang lelaki dan seorang perempuan. Kesemua adik beradik itu sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Jika pembahagian itu boleh buat, apa proses nya dan berapa pembahagian itu untuk setiap adik beradik. Terima kasih ..
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya, jika si mati, semasa hidupnya telah membuat pembahagian tanah sama rata kepada semua anaknya dan telah dipersetujui, perlu atau tidak untuk mengikut hukum faraid setelah si mati meninggal dunia? Setelah si mati meninggal dunia, tiba tiba seorang anaknya tidak bersetuju akan pembahagian tersebut sedangkan semasa si mati hidup, dia bersetuju.. mohon pencerahan..
assalamualaikum
saya ada kemusykilan tentang pesaka ini.
aruah mkTIri saya ada rumah atas nm dia.
mkTiri saya ada anak lelaki (meninnggal 2005) dgn suami pertama.
ank lelaki mktiri sy ada anak 4
mktiri mninggal 2007
abh sy mninggal 2009
abh sy ada 8 org ank.
jadi siapa kah waris yg berhak
terima kasih
assalam saya ingin bertanya, simati lelaki dan meninggalkan isteri tiada anak, dan seorang anak lelaki berumur 4tahun drpd bekas isteri terdahulu yang sudah bercerai, bagaimanakah pembahagiannya ?terima kasih.
Assalamualaikum puan.. Saya nak tanya soalan berkaitan faraid. Suami saya meninggal bln 1 2020. Hari saya ada dpt cek dr persatuan guru utk arwah suami saya.
Saya dan suami tiada anak, ibu Dan ayah suami sudah meninggal. Suami 3 beradik. Abgnya yang sulung dah meninggal Dan ada anak lelaki. Dan suami ada adik perempuan.
Berapa pembahagian faraid
1. Isteri
2. Anak buah – abg meninggal
3. Adik perempuan
Assalamuailaikum puan.. Saya ada pertanyaan berkenaan pembahagian harta mengikut hukum faraid.. Arwah mak saya mempunyai 5 org adik beradik (1 lelaki,4 perempuan).. Kakak arwah mak saya telah meninggal dan tiada waris.. Arwah mak saya mempunyai 4 org ank perempuan.. Pak cik saya (adik arwah mak saya) telah menjual tanah pusaka arwah nenek sebanyak RM100k.. Dia memberikan 2 org mak cik saya (adik arwah mak saya) sebanyak RM10k seorang tetapi pada kami adik beradik sebanyak RM1k seorang.. Dan sekarang pak cik saya menjual rumah pusaka nenek tetapi memberikan mak cik saya RM9k setiap seorang dan kami 4 beradik dapat RM1k seorang.. Adakah ini pemberian mengikut hukum faraid yg sebenarnya? Mohon penjelasan dari pihak puan.. Terima Kasih..
assalamualaikum sy nk tanya macam mana kalau simati meninggalkan husband, mother, sister and uterine sister. kalau husband dpt 1/2 sbb tiada anak dan mother dia dpt 1/6 sbb ada anak…macam mna plak pembahagian sister and uterine sister?
Boleh tak sy nak tahu kenapa sister dpt 3/8 dan uterine sister dpt 1/8…bleh terangkan sedikit
Assalamualaikum. Boleh saga dapatkan kaedah pembahagian jika Isteri (meninggal dunia). Meninggalkan suami,5 anak lelaki dan 5 anak perempuan.
Salam saya ingin bertanya bagaimana pembahagian jika suami meninggal. Waris adalah seperti beriku:
1 Isteri (tiada anak)
1 anak perempuan (dari bekas isteri terdahulu)
1 Emak
1 abang
3 adik perempuan
Salam,
Ibu sy dah meninggal diikuti bapa. Ibu ada tanah pusaka. Adakah kami anak anak 1 lelaki dan 6 perempuan layak sepenuhnya ke atas tanah pusaka itu atau adik beradik lelaki ibu sya juga ada bahagian faraid?
Assalamualaikum
Mohon pencerahan. Ibu baru sahaja meninggal dan kami masih ada bapa. Sebelum ibu meninggal, arwah ada pesan supaya duit dlm bank dan brg kemas dibahagikan sama rata. Kakak bercadang utk dibahagikan duit dan barang kemas terlebih dahulu antara kami sebelum proses terekah berjalan. Adakah ianya dibolehkan?
Assalamualaikum sekadar bertanya sebelum ini saya ada tujukan soalan tentang 7 beradik yang salah seorang dari adik beradik itu (ANAK NO.2) diberikan sebuah rumah milik ibu dan ayah nya hanya untuk mencagar -refinancing pindahmilik dan tukar nama untuk mencagar HANYA UNTUK ;(mendapatkan duit pinjaman)
Berbalik pada cerita itu,Jika anak no. 2 itu buat surat bertulis atau menuliskan wasiat yang menyatakan selepas pembayaran settlement loan dia mencadangkan untuk membuat pembahagian harta hanya sebuah rumah yang diberi ibu ayah sebelum ini kepada adik beradik lain, adakah masih valid ? dan perlu ke membuat faraed ?
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya
makcik saya meninggal dunia, harta yang ada hanya dalam bentuk wang tunai, waris yang tinggal adalah seperti berikut:-
a. seorang kakak kandung seibu sebapa
b. 3 orang abang kandung seibu sebapa
c. seorang adik perempuan sebapa
d. 3 orang adik lelaki sebapa
bagaimana pembahagiannya?
assalamualaikum,
Sy ingin bertanya. Ayah mertua sy baru sahaja meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak perempuan.
Anak perempuan pertama mempunyai 2 orang anak lelaki, anak perempuan kedua mempunyai 1 orang anak lelaki. Yg anak perempuan ketiga belum di kurniakan cahaya mata. Boleh sy tahu pembahagian harta pusaka? Ayah mertua saya mepunyai 2 orang adik lelaki.
Salam nak bertanya…. Arwah kakak Saya meninggalkan Dan hartanya sebuah rumah.Perintah faraid sudah diperolehi. Kemusyikilan Saya ialah adakah abg iPar Suami arwah kakak juga akan mendapat bahagian dari arwah abg Saya jika kiraan faraid dibuat.
Waris yang ada:
Arwah abg – meninggal 2 thn selepas itu
2 org kakak
Ibu
Abg iPar
Salam.. saya nak bertanya..
datuk saya telah lama meninggal dan juga meninggalkan 8 org anak..
1.lelaki(meninggal ada waris)
2.perempuan
3.perempuan
4.perempuan
5.perempuan(meninggal tiada waris)
6.lelaki(meninggal tiada waris)
7.lelaki(meninggal tiada waris)
8.lelaki
bagaimana pembahagian harta pusaka mengikut faraid.? terima kasih
Assalam, saya ingin bertanya: nenek saya ada anak perempuan tunggal (ibu saya), kami 6 beradik (2 lelaki + 4 perempuan). Nenek sudah meninggal dunia tapi beliau mempunya anak saudara lelaki 2 orang. Berapa bahagian yang ibu saya dapat & berapa bahagian yang anak saudara dia dapat?
2 sepupu lelaki ini pernah berkata mereka tak mahu bahagian faraid ini dan ingin menyerah kembali kepada ibu saya kerana ibu mempunya anak ramai. Bagaimana langkah pertama untuk kami memutuskan nama nenek.
assalamualaikum saya ingin bertanya,
A – ayah (mati)
B – lelaki (bujang)(anak kandung A), ada ibu, 2 saudara perempuan seibu sebapa, 1 saudara perempuan seibu.
sekiranya si B meninggal dunia (tidak berkahwin), adakah saudara perempuan seibu akan dapat harta faraid turun temurun dari A
Assalamualaikum,
Mcm mana pembahagian untuk suami yang meninggal bagi waris-warid berikut;
1) Tiada ibu dan bapa (meniggal)
2) Seorang isteri
3) Tiada anak
4) 6 saudara lelaki
5) 2 saudara perempuan
5) saudara tiri – satu bapak (2 lelaki)
6) saudara tiri – satu ibu ( 1 lelaki dan 1 perempuan)