Masa depan makin pudar bagi pekerja syarikat penerbangan. Di dalam industri pelancongan pula, ianya kelihatan haru-biru dengan pembuangan kerja menjadi satu-satunya cara untuk menyelamatkan syarikat berkenaan pelancongan. (Original article in English)
Mengikut Jabatan Statistik Malaysia (Department of Statistics Malaysia, DOSM), Malaysia mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.9% bagi bulan Mac tahun ini akibat dari wabak COVID-19.
DOSM menjelaskan bahawa pengangguran pada bulan Mac mencatatkan kenaikan sebanyak 17.1 peratus sejak tahun lepas dan kini mencecah 610 000 orang. Pada Mac tahun lepas pula, kita hanya mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.9 peratus.
Datuk Uzir Mahidin, Ketua Pegawai Statistik, di dalam sidang media virtual, berkata kerajaan berinisiatif membantu rakyat dengan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dan kini stimulus ekonomi PENJANA bagi membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian sementara mengatasi keadaan pandemik ini.
“Berdasarkan pengumuman daripada kerajaan (iaitu tentang pembukaan semula sektor ekonomi), kami berharap agar keadaan ekonomi dapat kembali pulih. Ini kerana apabila transaksi kewangan bertambah, ia membantu ekonomi bergerak semula dengan pesat. Secara langsung, peluang pekerjaan akan bertambah dan mengurangkan kadar pengangguran. Jadi, kami menjangkakan kadar pengangguran negara akan berada di antara 3.5 peratus hingga 5.5 peratus untuk tahun ini”, kata beliau.
Contents
Sektor Penerbangan
Sumber dari Astro Awani menyatakan bahawa syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd, telah memulakan proses pengurangan staf baru-baru ini.
Pengumuman tersebut juga menjelaskan bahawa mereka akan menamatkan servis 111 krew penerbangan dari 1,900 orang krew, 172 juruterbang dan 50 jurutera menurut jurucakap syarikat penerbangan tersebut.
Menurut New Straits Times, Malaysia Airlines Bhd (MAB) juga menawarkan cuti tanpa gaji kepada semua pekerjanya seramai 13, 000 orang pada bulan Mac untuk mengurangkan kesan COVID-19 ke atas sektor penerbangan.
“Kami mengesahkan bahawa MAB telah memberi pilihan kepada staf untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 5 hari setiap bulan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan, ataupun selama satu hingga tiga bulan bermula dari April 2020”, kata jurucakap MAB apabila ditemu duga New Straits Times.
Sektor Pelancongan
Pertubuhan Perhotelan Malaysia (Malaysia Hotel Association, MHA) mengumumkan bahawa seramai 2,041 pekerja hotel di Malaysia telahpun ditamatkan servis pada bulan Mac disebabkan oleh wabak COVID-19.
Selain dibuang kerja, 9,773 staf sedang di fasa cuti tanpa gaji dan seramai 5,054 lagi mengalami pemotongan gaji. Ini berdasarkan saiz sampel seramai 56, 299 orang yang dipantau dan dijangka akan meningkat untuk bulan akan datang.
Antara contoh terbesar di dalam industri pelancongan ini adalah Genting Malaysia Bhd yang telah mengumumkan bahawa mereka akan menjalankan proses pemotongan kos yang tidak pernah dilakukan selama ini menurut The Edge Markets.
Mereka juga perlu menutup operasi kasino untuk dua bulan yang akan menjejaskan lagi syarikat tersebut.
“Mereka telah menamatkan servis dan memotong kos sebanyak 10% hingga 20% dalam pekerja mereka yang kini seramai 20,000 orang”, kata sumber The Edge Markets.
Keseluruhan
Kadar pengangguran yang tinggi adalah berita buruk bagi sesebuah negara. Kerajaan kita mestilah mengambil langkah segera dengan menganalisa kesan COVID-19 terhadap ekonomi dan mengimplementasi pelan pemulihan ekonomi secara efektif supaya semua rakyat dapat dikurangkan beban dan peluang pekerjaan dapat disediakan.
You May Also Like
- 5 Tertib Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam
- Jaga-jaga dengan Penipuan Pelaburan COVID-19
- 8 Tips Bagaimana Kekal Bersedia Untuk Kegawatan Ekonomi
- Adakah Harga Emas Akhirnya Akan Jatuh Tahun 2020?
Adakah anda antara yang terkesan dalam sektor penerbangan atau pelancongan? Kongsi bersama kami pengalaman anda di seksyen komen di bawah.
Leave A Comment