Memulakan langkah pertama untuk menyimpan bukanlah perkara yang mudah jika tabiat tersebut tidak dipupuk lebih awal. Tetapi, belum terlambat untuk anda memulakannya sekarang!

Subscribe to MyPF YouTube

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit pada tahun 2018, 52% daripada populasi rakyat Malaysia menghadapi masalah untuk mengeluarkan sebanyak RM1000 untuk masa kecemasan. Maknanya hampir separuh daripada rakyat Malaysia!

Jika kamu merupakan salah seorang daripada golongan tersebut, sekarang adalah masa untuk membuat perubahan. Ia mungkin sukar untuk mula menyimpan tetapi mempunyai simpanan kecemasan boleh menjadi titik perbezaan antara hidup cukup-cukup makan dengan menghadapi masalah kewangan.

Idea untuk menyimpan tabung kecemasan sekurang-kurangnya bagi simpanan selama 3 hingga 6 bulan mungkin kedengaran terlalu banyak, tetapi dengan set pemikiran yang tepat kamu mampu melakukannya.

Berikut merupakan tip-tip untuk membuat simpanan kecemasan:

1. Buka akaun simpanan kecemasan sebelum anda memerlukannya

Bagi menyimpan dana kecemasan, adalah amat penting untuk mengubah pemikiran kepada niat yang betul untuk menyimpan. Walaupun kamu tidak mempunyai sebarang wang untuk disimpan, ia merupakan satu langkah permulaan dan