Perancangan persaraan merupakan antara salah satu aspek penting dalam hal kewangan peribadi anda. Mari belajar bagaimana untuk merancang dan mengkaji semula perancangan persaraan anda di era norma baru ini. (Original article in English)

“Pernahkah anda terfikir untuk mula menyimpan dan merancang persaraan anda?”

Ini adalah soalan lazim yang biasa ditanyakan kepada kebanyakan orang yang hendak memulakan perancangan kewangan mereka dan ingin mendapatkan nasihat professional. Ini kerana matlamat perancangan ke arah persaraan adalah jelas dan mampu dibayangkan. Oleh itu, penasihat kewangan bermula dengan perancangan persaraan terlebih dahulu sebelum mula menyentuh aspek kewangan lain.

Kebanyakan orang yang menghubungi pihak kami, ada yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan seperti dana amanah (trust fund) dari operator berbeza. Ada juga yang melabur ke arah pasaran saham dan bergantung kepada kadar peningkatan harga saham untuk jangka masa panjang. Ramai juga yang melabur ke dalam hartanah dengan matlamat untuk mendapatkan sewa bulanan sebagai pendapatan ketika waktu bersara nanti. Selain dari yang disebut ini, sudah tentu ada yang belum mengambil apa-apa langkah kerana beranggapan masih awal untuk merancang ke arah persaraan.

Bagi yang sudah mula merancang ke arah persaraan i.e dengan inisiatif sendiri ataupun dengan Perancang Kewangan Bertauliah, disarankan bahawa anda mempraktikkan review tahunan bagi perancangan persaraan. Ini adalah kerana apabila kita semua akan melalui fasa berbeza mengikut umur seperti menyambut cahaya mata yang akan memberi kesan kepada perbelanjaan anda terutamanya pada tahun pertama dan secara langsung, menjejaskan keperluan persaraan anda kelak. Contoh situasi luar jangkaan ini boleh dilihat pada perintah kerajaan ketika pandemik COVID-19 yang boleh menjejaskan pendapatan anda dan juga memberi kesan kepada kewangan serta persaraan anda. Jadi, review tahunan mampu memberi lensa yang lebih jelas terhadap kewangan anda dan status terkini perancangan persaraan.

Diskusi bagaimana rakyat mampu menyesuaikan diri dalam era norma baru makin hangat kerana rutin harian berubah secara drastik selepas Mac 2020. Ianya memberi impak yang besar terhadap aktiviti bisnes seharian demi menjaga keselamatan dan kemaslahatan bersama. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam hal kewangan, masa ini adah masa di mana anda perlu menguatkan kembali pelan persaraan anda di alaf norma baru.

Berikut adalah beberapa tips untuk menguatkan perancangan persaraan anda ketika norma baru.

#1. Kemas Kini Matlamat Persaraan Anda

Untuk yang sudahpun mula menyimpan untuk persaraan, anda dinasihatkan agar mengkaji semula matlamat persaraan anda. Mungkin ada yang meletakkan sasaran luar jangkaan atau nombor yang sekadar “nampak cantik”. Namun, anda perlu lebih realistik dengan bertanya soalan penting seperti:

  1. Bagaimana norma baru akan menjejaskan pendapatan anda sekarang/masa hadapan?
  2. Adakah anda tergolong di dalam kumpulan yang terjejas akibat COVID-19?
  3. Adakah pelan persaraan anda fleksibel?
  4. Adakah anda mempunyai pelan alternatif lain selain dari pelan utama anda?

Inilah masanya untuk duduk sejenak dan fikir mengenai laluan karier anda dan fokus ke arah kemahiran serta kemampuan anda. Adakah anda antara orang penting di dalam syarikat kerja ataupun anda boleh diganti dengan teknologi? Ada yang akan bertukar karier dan bekerja sendiri kerana tidak mahu kekal menganggur. Jawapan anda terhadap soalan di atas akan menentukan sama ada masa depan anda terjamin dan sama ada pendapatan anda akan terjejas untuk kekal menabung untuk persaraan.

Bagaimana pula dengan yang sudah menabung untuk persaraan tetapi hanya mempunyai satu punca pendapatan? Sekaranglah masanya untuk anda mempunyai dan mempersiapkan diri dengan pelan baru. Tetapkan matlamat realisitik dan pastikan anda kaji semula pelan tersebut berdasarkan keadaan semasa supaya pelan tersebut kekal relevan.

#2. Semak semula pendapatan dan perbelanjaan anda

Selepas menyemak matlamat persaraan anda, anda perlu lihat kepada aliran tunai pula. Secara amnya, kebanyakan orang akan terjejas dengan polisi baru daripada kerajaan. Jadi, sudah tiba masanya untuk lihat kembali pendapatan bulanan anda dan tabiat perbelanjaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan norma baru. Ada syarikat yang mula memotong gaji staf mereka, pengurangan aktiviti kerja harian dan juga membuat perubahan terhadap sasaran untung rugi mereka. Jadi, apa yang anda boleh lakukan jika tiba masanya anda diberhentikan?

Bagi yang bekerja dan pendapatan tidak terjejas, dinasihatkan supaya anda melihat kembali keperluan dan kemahuan anda. Golongan ini kebanyakannya hidup lebih selesa berbanding orang lain. Namun, ia tidak bermaksud anda boleh berbelanja sewenang-wenangnya tambahan pula dengan lambakan kedai online di internet yang semakin popular. Untuk memantau perbelanjaan anda, lihat pada kenyataan kredit kad, kenyataan bank dan bil bulanan. Tambahan simpanan boleh diletakkan untuk kecemasan dan perancangan persaraan.

Bagaimana pula bagi yang terjejas akibat COVID-19? Kumpulan ini perlu mengenal pasti keperluan asas dan komitmen kewangan yang perlu dilakukan. Perubahan terhadap gaya hidup mungkin terpaksa dilakukan dan ianya tidak bermakna anda tidak boleh kekal menabung untuk persaraan tetapi hanya perlu membuat perubahan dari segi kos perbelanjaan. Lihat aliran tunai keluarga anda bersama pasangan dan rancang apa yang perlu dikekalkan dan apa yang perlu dijual.

Senario tersebut adalah contoh bagaimana fleksibiliti perancangan persaraan anda dapat disesuaikan dengan perubahan norma baru. Apabila perancangan persaraan anda lebih fleksibel, ia bermakna anda akan lebih tenang dalam menghadapi apa jua keadaan.

#3. Komunikasi dengan pasangan anda tentang matlamat persaraan yang jelas

Pelik juga bila ada yang merancang persaraan seorang diri walaupun mereka mempunyai pasangan. Ini akan menjadi isu apabila tiada komunikasi kerana apabila tibanya persaraan, masalah yang selalu terjadi adalah kurangnya dana untuk menampung kedua-dua pihak. Ini adalah kerana inflasi kos sara hidup dan juga kurangnya komunikasi antara dua pihak i.e masalah kesihatan, hutang. Jadi. ia akan menjejaskan kualiti hidup ketika persaraan dan juga boleh menyebabkan seseorang kekal bekerja walaupun di usia tua.

Norma baru ini memberikan mesej bahawa masa depan tidak dapat diramal dan apa-apa boleh terjadi kepada kita dan pasangan kita. Oleh itu, di sini hendak ditekankan pentingnya perancangan. Penglibatan pasangan kita terutamanya dalam kewangan bukan sahaja penting tetapi ia memberikan anda sasaran yang realistik di samping menyediakan peluang untuk anda mencari alternatif persaraan sama ada hendak tinggal di kota atau di tempat yang kos sara hidup lebih rendah.

Kita tidak boleh meramal masa depan dan hanya mampu merancang. Pandemik ini memberi kita peringatan bahawa kehidupan seharian mesti diteruskan dan sekiranya anda kehilangan pasangan, ini akan memberi impak besar terhadap anda.

#4. Pantau dana kecemasan

Mudah tetapi amat penting untuk memastikan pelan persaraan anda berjalan lancar. Pastikan anda mempunyai lebihan wang tunai di norma baru ini dan kenal pasti berapa anda perlukan untuk meneruskan kehidupan seharian. Untuk yang mempunyai 3 bulan dana kecemasan, disarankan anda supaya meningkatkan jumlah ini kepada 6 bulan hingga setahun perbelanjaan. Bagi yang mempunyai bisnes sendiri, pastikan anda mempunyai wang tunai untuk membiayai kos bulanan akan datang. Ini untuk memastikan jika adanya gelombang berikutnya, anda mampu untuk bertahan dan kekal menabung untuk persaraan.

#5. Semak portfolio persaraan anda

Kebanyakan orang mempunyai cara tersendiri untuk mencapai sasaran persaraan. Contohnya seperti hartanah, pasaran saham, dana amanah, insurans atau bisnes sendiri. Portfolio sebegini perlu disemak semula di era norma baru. Krisis ini telah mendatangkan impak besar bagi banyak industri dan secara tidak langsung, akan menjejaskan nilai portfolio anda. Bayangkan apabila anda hendak menjual pelaburan hartanah anda, anda tidak akan mendapat mana-mana tawaran untuk lebih 6 bulan.

Kebanyakan orang akan hanya fokus kepada prestasi kelas aset tertentu dan tidak endah terhadap kepentingan portfolio keseluruhan untuk jangka masa tertentu. Kelas aset yang sama mungkin tidak akan kekal dengan prestasi sama untuk beberapa tahun. Tiada siapa yang dapat menilik masa depan dan memberi tarikh bila norma baru akan berakhir.

Jadi, disarankan bahawa anda kekal dengan portfolio pelaburan yang kukuh untuk memastikan pembahagian aset dilakukan berdasarkan kadar selera risiko anda. Portfolio yang dibahagikan dengan sempurna mempunyai semua kelas aset berdasarkan selera risiko anda dan pemantauan yang kerap amat memainkan peranan penting. Mempunyai portfolio yang kukuh dapat membolehkan anda untuk mengambil peluang keadaan ekonomi yang berbeza di setiap kelas aset. Secara langsung, ia akan membantu anda mencapai sasaran persaraan anda dengan lebih efisien.

Konklusi

Menguruskan kewangan anda di norma baru untuk persaraan tiadalah amat berbeza berbanding tempoh lain. Satu perkara penting dalam norma baru ini adalah rakyat makin celik berbelanja dan makin sedar tentang kepentingan meletakkan bajet perbelanjaan tertentu. Ini bermakna anda sedar akan aliran tunai, nilai portfolio, nisbah kewangan dan sasaran kewangan lain selain persaraan yang disebut di atas.

Untuk yang sudah memulakan perancangan persaraan, kemas kini perlu dilakukan terhadap pembahagian aset secara keseluruhan. Fokus kepada keuntungan jangka masa panjang. Portfolio pelaburan anda perlu “berlayar” dengan selamat dan bertahan di waktu ribut pandemik yang kini masih kuat melanda dunia.

 

Daftar bersama kami secara percuma dan berhubung dengan penasihat kewangan bertauliah.

 

You May Also Like

 

Apa lagi aspek perancangan persaraan yang anda boleh kongsi bersama kami di era norma baru ini? Kongsi bersama kami di seksyen komen di bawah.