Pengurusan kewangan peribadi sepatutnya bermula dari usia yang muda. Gaya hidup pelajar yang lebih bebas berbanding bagi yang bekerja memberi peluang terbaik untuk mula berjinak-jinak dan mengembangkan tabiat kewangan yang baik. (Original article in English)

Tahniah kerana anda seorang pelajar, kumpulan yang akan memimpin negara di masa hadapan.

Sebagai seorang belia, anda berkemungkinan akan tinggal jauh daripada rumah (Merdeka!) untuk menyambung pelajaran. Bagi yang tinggal di rumah pula, anda berkemungkinan akan hidup dengan lebih bebas berbanding di zaman persekolahan. Antara kemahiran baru yang perlu dipelajari adalah semestinya; mahir dalam mengurus kewangan.

Sama ada anda menggunakan duit simpanan sendiri, menerima bantuan daripada ibu bapa, mendapat pinjaman/biasiswa, ataupun secebis daripada ketiga-tiga pilihan tersebut, pengajian tinggi adalah suatu kos yang tinggi yang akan bertambah dengan tabiat perbelanjaan yang teruk. Pelajar universiti/kolej akan mengumpul hutang dengan kadar yang tinggi. Seperti mana-mana orang dewasa, jika hutang tidak diurus dengan baik, anda akan terjerumus ke dalam kesusahan kelak apabila ingin membayar balik hutang tersebut.

Apa yang membuatkan pelajar menanggung lebih banyak hutang berbanding orang lain? Secara amnya, ia jatuh ke dalam masalah buta kewangan dan pengurusan kewangan yang teruk. Namun begitu, jika kewangan anda sebagai pelajar diurus dengan sempurna, masalah ini tidak akan berlaku dan lebih senang diatasi. Berikut adalah tips kewangan untuk para pelajar dalam menghadapi alaf pendidikan di universiti/kolej.

#1. Ikut bajet yang telah ditetapkan

Pelajar sekolah menengah lebih bersifat berbelanja bebas dengan baki wang di dalam akaun bank mereka dengan menggunakan wang dari ibu bapa atau hasil bekerja separuh masa. Apabila pelajar tersebut beralih ke pengajian tinggi, tabiat ini akan terbawa-bawa walaupun di universiti/kolej. Jadi, bajet perbelanjaan dan pendapatan amat penting untuk anda memantau setiap aliran tunai.

Amat penting bagi anda untuk duduk sejenak dan lihat status kewangan anda sama ada anda berpengalaman dalam menentukan bajet atau tidak. Rekod semua pendapatan anda sama ada dari ibu bapa, pinjaman/biasiswa, gaji kerja separuh masa, ataupun daripada sumber lain. Kemudian, letakkan kategori terhadap perbelanjaan anda. Mungkin pada mulanya anda tidak dapat memaksa diri anda untuk patuh terhadap bajet yang anda tetapkan tetapi lambat laun, anda akan sedar akan kemampuan berbelanja anda.

Anda boleh menggunakan aplikasi telefon bimbit yang membuatkan pengurusan kewangan mudah dan ringkas. Sesetengah aplikasi seperti Spendee (Google Play, App Store) dan Mint (Google Play, App Store) boleh membantu anda memantau perbelanjaan dalam talian dengan berhubung dengan akaun bank anda dan juga memberi anda platform pengurusan kewangan secara harian. Di hujung bulan, aplikasi sebegini akan merumuskan perbelanjaan dan pendapatan anda.

Ataupun anda boleh juga mengambil langkah yang lebih tradisional dengan menggunakan program Microsoft Excel. Cara ini memerlukan anda untuk lebih berdisiplin dalam meletakkan satu persatu aktiviti kewangan anda.

Seperti di atas, tiada cara singkat untuk mengurus