Menyimpan untuk ibu atau bapa tunggal mungkin kedengaran mustahil. Dengan hanya mempunyai satu sumber pendapatan dan perlu menyara anak-anak, pengurusan kewangan tidak mustahil jika dilakukan dengan konsisten dan bijak.

Menjadi ibu atau bapa tunggal bukanlah perkara yang mudah. Keluarga anda bergantung sepenuhnya kepada anda untuk menyara kehidupan dan kadangkala ia akan menyebabkan satu bebanan apabila hanya terdapat satu punca pendapatan bagi seluruh keluarga.

Menurut kajian Program Pembasmian Kemiskinan Dalam Kalangan Ibu Tunggal: Analisis Penyertaan Dan Keberkesanan yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012 mendapati bahawa sebanyak  21.8% ibu tunggal yang ditemubual tidak mempunyai sebarang pekerjaan, 4.4% daripadanya telah bersara dan 36% pula bekerja sendiri.

Usia yang meningkat, kesihatan yang tidak mengizinkan, ada pencen suami, anak tidak benar bekerja, tidak ada pekerjaan yang sesuai adalah antara alasan yang diberi oleh mereka yang tidak bekerja. Di samping itu terdapat juga ibu tunggal (13.4%) yang melakukan pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan.

Sebagai ibu atau bapa tunggal, amat penting untuk anda mengenal pasti keperluan keluarga dan strategi yang berkesan perlu dilakukan bagi memastikan bukan hanya anda mampu bertahan pada masa kini namun untuk masa akan datang, terutamanya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti dibuang kerja atau masalah kesihatan ahli keluarga yang memerlukan wang dalam kadar segera.

#1. Rangka belanjawan anda

Jika anda mahu konsisten untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda, ia agak sukar untuk dilakukan tanpa belanjawan bulanan yang tetap. Belanjawan mampu memberikan maklumat yang diperlukan untuk mengenalpasti pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan. Jika perbelanjaan adalah sama atau melebihi pendapatan, lebih sukar untuk anda menyimpan.

Tetapkan matlamat untuk memastikan pendapatan melebihi perbelanjaan bulanan. Ia melibatkan dua strategi iaitu mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan.

#2. Mengurangkan perbelanjaan

Kebanyakan ibu atau bapa tunggal mempunyai kemampuan untuk tidak berbelanja di luar kemampuan, tetapi ada juga yang menghadapi kesukaran untuk mengawal perbelanjaannya, kemungkinan besar disebabkan oleh tanggungan yang tinggi untuk anak-anak. Namun, anda boleh mengurangkan perkara yang tidak perlu seperti membeli kopi yang terlalu mahal, atau melanggan pelan televisyen berbayar yang mahal sedangkan anda boleh menonton rancangan yang sama di internet. Lihat semula pelan langganan yang anda ada, dan jika ia tidak digunakan dengan kerap serta tidak memberikan sebarang manfaat, ia boleh dibatalkan dan wang lebihan itu boleh digunakan untuk