Cara terbaik untuk menjadi majikan kepada diri sendiri adalah dengan mula berjinak dalam bisnes dan mulakan “side hustle” anda sementara anda masih mempunyai keselamatan kerja sepenuh masa sekarang. (Original article in English)

Mula berbisnes dan bekerja secara sampingan bukan sahaja akan menambahbaik aliran tunai anda malah membina peluang untuk anda membina jalan kepada anda untuk menukar karier di masa akan datang. Ada yang akan tukar ke arah bisnes sepenuh masa, mengakrabkan hubungan dengan orang lain dan juga membina hubungan baru.

Namun, dengan kekangan masa kerja sepenuh masa, membina bisnes sambil bekerja amatlah susah. Ia memerlukan anda untuk memaksimakan masa untuk bahagian yang lebih penting. Ini adalah kemahiran psikologi yang penting di mana anda melihat semua pilihan dalam hidup anda dan menganalisa keadaan dan gunakan masa harian dengan cara paling kreatif.

Usahawan muda yang mempunyai daya tahan yang kuat boleh melihat bisnes sebagai cara ke arah kebebasan kewangan. Aktiviti ini juga mampu membuatkan anda lebih fokus terhadap apa yang anda inginkan dalam hidup yang anda tidak boleh perolehi daripada kerja harian. Bisnes juga memberi anda fleksibiliti untuk mengembara, memelihara alam sekitar ataupun mengejar aktiviti sosial yang lebih bermakna dalam hidup anda.

Jika anda ingin mula dengan “side hustle” anda, berikut adalah 5 cara untuk memperolehi lebih banyak perhatian sementara anda masih kekal dengan satu-satunya kerja sepenuh masa anda.

#1. Bersiap Sedia Untuk Masa Hadapan

Ingat. Sebelum anda mulakan bisnes anda, aktiviti ini akan mengambil berjam-jam masa setiap minggu di mana anda meluangkan masa bersama rakan, ahli keluarga atau bersosial. Bisnes ini juga memerlukan lebih banyak usaha untuk berjaya kerana majoriti masa anda terletak pada kerja sepenuh masa.

Nilai diri anda terlebih dahulu sama ada anda mampu membuat pengorbanan penting untuk membantu bisnes anda. Jika anda sanggup berkorban masa dan tenaga, bina sistem yang membantu anda kekal positif serta rutin disiplin dan letakkan usaha yang lebih dalam membina nama anda dalam dunia bisnes.

#2. Kenali Kemahiran Anda

Untuk mendapatkan hasil yang lebih pantas, anda perlu membina bisnes anda dengan kemahiran, pengalaman dan ilmu sedia ada. Bisnes hanya akan berlaku apabila kemahiran atau bakat bertemu permintaan.

Sebagai contoh, ramai ahli muzik yang menjana pendapatan melalui kemahiran mereka dengan menawarkan kelas gitar, violin atau piano secara online. Selain itu, bagi warga kreatif lain pula, mereka menawarkan servis sebagai pereka grafik atau pembina kandungan digital. Jika anda tidak mempunyai kemahiran yang bersangkut paut dengan minat anda atau bisnes yang anda henda bina, sekaranglah masa yang sesuai untuk anda belajar.

#3. Sahkan Bisnes Anda Dengan Sekurang-kurangnya Satu Pelanggan

Indikator sebenar anda mampu memulakan bisnes adalah dengan adanya pelanggan yang sanggup membayar untuk servis/produk anda sebelum anda mengambil langkah seterusnya untuk mengembangkan bisnes. Ini adalah untuk mengelakkan anda membuang masa cuba menyelesaikan masalah yang tidak wujud. Anda juga harus berwaspada agar anda tidak “terlekat” dengan idea yang tidak mempunyai nilai. Jika tiada siapa sanggup membayar, maka anda telah membuang masa, tenaga dan wang anda ke dalam longkang.

Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, pastikan anda menganalisa sama ada produk atau servis anda mendapat perhatian di alam nyata. Anda boleh memperoleh review yang objektif dari bakal pelanggan dan menawarkan mereka promosi dalam senarai emel, melakukan bisnes secara “pre-order“, atau memberi servis untuk menaikkan nama portfolio anda. Tinggalkan idea yang tidak mendapat respons positif dan telaah idea yang lebih berguna.

#4. Gunakan Servis Orang Lain Jika Anda Tidak Mahir Dalam Sesuatu

Anda ingin memulakan bisnes berdasarkan kekuatan anda namun anda tidak boleh menjadi pakar dalam semua ada. Realitinya adalah anda pasti mempunyai kelemahan. Ini bermaksud sesetengah skil atau kepakaran yang perlu untuk membina bisnes anda perlu dicari di tempat lain supaya bisnes anda lebih efisien dan anda mampu melonggarkan masa anda dalam perkara yang anda mahir.

Contohnya, jika anda mahir dalam akaun dan pengurusan tetapi anda tidak pakar dalam reka grafik, anda tidak akan dapat menarik pelanggan yang ramai kerana anda tidak mampu berkomunikasi secara efektif. Jadi, anda perlu menggaji/membayar orang lain untuk melakukan apa-apa perkara berkenaan seni atau reka grafik.

Dengan menggunakan servis orang lain, anda bukan sahaja lebih efektif malah dapat memperoleh nasihat/ilmu tambahan. Ianya juga lebih murah dalam jangka masa panjang kerana masa anda dapat dijimatkan.

#5. Dapatkan Review/Cadangan Dari Pelanggan

Tanpa kritikan atau review dari pelanggan awal, anda lebih berkemungkinan untuk gagal. Anda mungkin bercadang untuk membina produk yang tidak menyelesaikan masalah pelanggan anda. Tanpa objektif, review luar, anda akan meluangkan masa, tenaga dan wang dalam proses yang akhirnya sia-sia. Jadikan tabiat untuk sentiasa bersedia mendengar apa-apa jenis kritikan dan paksa diri anda untuk sentiasa menambah baik cara anda berniaga.

Konklusi

Jangan tinggalkan kerja anda sekarang sehinggalah bisnes anda mampu memberi anda aliran tunai yang mempunyai potensi untuk berkembang ataupun yang memberikan anda sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah pendapatan anda. Kebanyakan usahawan mempunyai kadar selera risiko yang sihat yang bermaksud anda tidak sepatutnya membuat keputusan secara terburu-buru.

Tambahan pula, di waktu sekarang ini di mana anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak enam bulan perbelanjaan sekiranya bisnes anda tidak mampu untuk berkembang seperti yang dijangkakan. Beri perhatian terhadap pelanggan anda dan gunakan peluang tersebut untuk mendapatkan pulangan. Dengan cara ini, bisnes anda dapat berjaya dan anda mampu mengubah nasib diri anda.

 

You May Also Like

 

Apakah persediaan anda sebelum memulakan bisnes sendiri? Kongsi bersama kami di ruangan komen di bawah.