Apakah itu Dana Dagangan Saham, atau lebih dikenali sebagai Exchange Traded Fund (ETF)? Apakah kebaikan dan keburukan melabur ke dalam instrumen ETF ini? Adakah disarankan pelaburan ETF dibuat di dalam atau luar negara? (Original article in English)

Apakah itu Dana Dagangan Saham ataupun ETF?

ETF tersenarai di dalam pasaran saham. Dengan ETF, anda dapat membeli sejumlah saham/bon/pelaburan lain yang merangkumi sesebuah indeks.

Authorized Participant (AP), ataupun Market Maker adalah entiti yang membuat dan menyelia jual beli unit ETF.

  • Dalam pembuatan ETF, AP akan membeli semua sekuriti yang terkandung di dalam ETF mengikut peratusan/jumlah tertentu. “Bakul” hasil pembelian ini akan ditukar dengan badan entiti yang menyelia ETF untuk membuat unit-unit ETF.
  • Sama juga dalam hal penjualan di mana untuk menjual ETF, AP akan mengumpul sejumlah unit ETF untuk menukar “bakul” yang anda beli ini ke dalam nilai sekuriti lain.

Kelebihan dan Keburukan ETF

Kebaikan ETF

  • Anda mampu mendiversifikasikan pelaburan anda dengan hanya satu pembelian yang merangkumi kelas aset berbeza dan juga diversifikasi dari segi geografi.
  • Jual beli ETF boleh dilakukan pada bila-bila masa dan juga serta merta (jika ada pembeli/penjual) apabila pasaran saham dibuka.
  • Fi atau caj yang murah berbanding saham amanah (unit trusts).
  • ETF mampu membayar dividen yang secara majoritinya bebas cukai (di negara yang mempunyai cukai pendapatan melalui pelaburan) sehinggalah anda menjualnya.

“Selepas saya mati, saya akan meletakkan wang saya ke dalam dana indeks yang mudah, murah dan mengikut prestasi 500 syarikat terbesar di Amerika – juga dikenali sebagai S&P 500. Saya percaya bahawa keputusan jangka masa panjang melalui polisi ini akan lebih baik dari yang diperolehi oleh kebanyakan pelabur – sama ada dana persaraan, institusi kewangan atau individu – yang mendapatkan khidmat pengurus kewangan yang mahal” – Warren Buffett

Keburukan ETF

  • Walaupun ciri ETF adalah berdiversifikasi, ia masih boleh naik dan turun dengan mendadak tambahan apabila ETF yang dipilih fokus kepada sektor/industri tertentu.
  • Walaupun mempunyai fi yang lebih rendah (di Malaysia) berbanding saham amanah, anda masih dikenakan caj broker dan caj lain yang boleh bertambah jika anda melakukan banyak transaksi.
  • Anda mungkin menghadapi kesulitan dalam jual beli ETF kerana ia tidak didagangkan dengan kerap berbanding saham lain.
  • ETF luar negara masih dikenakan cukai (ETF Amerika Syarikat mengenakan cukai sebanyak 30% untuk dividen).

Bagaimanakah Caranya Untuk Membeli ETF di Malaysia?

Anda akan dikenakan caj sama seperti jual beli saham apabila membeli ETF, termasukah komisyen broker, duti setem dan fi clearing.

Seperti saham, ETF dijual beli dengan lot minimum sebanyak 100 unit di Bursa Malaysia dan serendah 1 unit di pasaran antarabangsa.

Cari ETF yang mempunyai kos rendah apabila anda ingin melabur secara berkala (sangat digalakkan) seperti setiap dua minggu, setiap bulan atau tempoh lain dengan teknik dollar cost averaging. 

Patutkah anda melabur ke dalam ETF?

Soalan wajib yang perlu anda tanya pada diri sendiri sebelum melabur adalah:

  • Berapa lamakah tempoh pelaburan anda dan untuk kegunaan apa?
  • Apakah objektif pelaburan anda dan strategi yang sesuai bagi ETF anda?
  • Adakah polisi dividen diberikan oleh ETF pilihan anda?
  • Apakah caj dan fi yang akan dikenakan?
  • Adakah syarikat yang mengurus ETF tersebut mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai?

ETF di Malaysia selalunya mempunyai jumlah dagangan yang rendah dan mempunyai market maker mereka yang tersendiri (kecuali ABF Malaysia Bond Index Fund).

Market Maker: pengurus sekuriti atau aset lain yang menyelia jual atau beli di harga tertentu pada setiap masa supaya nilai aset tersebut rasional

Di Amerika Syarikat, SDPR S&P 500 ETF ($SPY) adalah dana kedua paling aktif  dalam dunia.

Melabur ke dalam ETF dapat dimulakan dengan modal hanya RM 1,500 (USD 300) secara langsung ke dalam ETF ataupun menggunakan servis robo advisor dengan modal hanya RM 100. Robo advisor menggunakan teknik portfolio untuk membantu anda memilik “bakul” ETF ini mengikut kadar risiko anda.

Dengan menggunakan perancang kewangan yang bagus, anda dapat membuat keputusan kewangan dengan lebih baik dan juga dapat membantu anda belajar untuk melabur ke dalam ETF.

 

Contoh ETF di pasaran saham Amerika Syarikat

[stock_market_widget type=”table-quotes” template=”basic” color=”default” assets=”SPY,IVV,VTI,VOO,QQQ,IWM,DIA” fields=”logo_name_link,price,change_abs,change_pct,market_cap” display_header=”true” display_chart=”true” pagination=”true” rows_per_page=”10″ sort_field=”logo_name_link” sort_direction=”asc” api=”yf” markups=”{name},{name},{name}” urls=”/stocks/{symbol},/stocks/{symbol},/stocks/{symbol}”]

Contoh ETF di pasaran Bursa Malaysia

[stock_market_widget type=”table-quotes” template=”basic” color=”default” assets=”0800EA.KL,0822EA.KL,0823EA.KL,0820EA.KL,0827EA.KL,0821EA.KL,0824EA.KL,0825EA.KL,0826EA.KL,0828EA.KL,0829EA.KL” fields=”logo_name_link,price,change_abs,change_pct,market_cap” display_header=”true” display_chart=”true” pagination=”true” rows_per_page=”10″ sort_field=”logo_name_link” sort_direction=”asc” api=”yf” markups=”{name},{name},{name}” urls=”/stocks/{symbol},/stocks/{symbol},/stocks/{symbol}”]

 

Maklumat mengenai ETF di dalam Bursa Malaysia (Sumber: Bursa Malaysia)

Jenis-jenis ETF

Pasaran terbesar di dunia untuk ETF adalah Amerika Syarikat di mana mereka mempunyai tema yang berbeza (i.e sektor, industri) dan strategi yang berlainan.

Antara strategi yang ditawarkan contohnya adalah:

Strategi “Alternative Weighted

  • Sama rata: semua komponen saham dibahagi sama rata
    • Nota: Ia menguntungkan syarikat kecil kerana ia diberi perhatian sama rata dengan syarikat besar
  • Factor Tilt: fokus kepada syarikat yang memberikan pulangan dividen paling tinggi

Strategi “Factor Investing

  • Pulangan: fokus kepada pulangan dan dividen
  • Momentum: fokus kepada syarikat yang mempunyai momentum positif (mungkin juga akan short saham yang mempunyai momentum negatif)
  • Nilai: fokus kepada saham yang mempunyai nilai yang tinggi tetapi harga yang rendah (fundamental)
  • Kualiti: fokus kepada saham yang di luar jangkaan dalam aspek pulangan ekuiti (return on equity),  variabiliti pulangan dan ratio hutang-kepada-ekuiti.
  • Kecairan: fokus kepada indeks kecairan (volatility index) tanpa membeli penggunaan apa-apa derivatif saham lain.
  • Saiz: mengikut saham syarikat besar atau pertengahan berdasarkan market capitalisation.

Strategi “Leverage and Inversed

  • Leveraged: menggunakan leverage (seperti hutang) untuk melipat gandakan keuntungan (juga kerugian) sesebuah indeks
  • Inversed (Short ETF): dibuat untuk memberikan pulangan jika sesebuah indeks/saham jatuh

 

Strategi Pelaburan ETF

Terdapat beberapa pilihan untuk strategi pelaburan ETF seperti peniruan secara penuh, peniruan separa, sintetik, berdasarkan futures dan smart Beta. Setiap strategi mungkin mempunyai kelemahannya dalam mengikut dengan tepat indeks yang disandar. Yang paling tepat setakat ini adalah peniruan secara penuh.

  • Peniruan secara penuh meniru pergerakan semua indeks yang disandarkan.
  • Peniruan separa meniru pergerakan tetapi tidak secara total. Sebabnya adalah mereka mungkin tidak mempunyai saham tertentu jadi memerlukan proksi.
  • Sintetik adalah di mana ETF bersandarkan kepada derivatif di mana pengurus ETF akan melakukan transaksi bersama bank.
  • Futures pula bersandarkan kepada pasaran futures untuk sesebuah indeks.
  • Strategi Smart Beta menggunakan kedua-dua pelaburan pasif dan aktif. Ini adalah di mana strategi penggantian secara aktif menggunakan input dari industri pengurusan dana. Pengurus ETF mungkin mempunyai biasnya tersendiri dan ETF ini akan menggunakan pengiraan dan metrik tersendiri untuk membuat pilihan secara automatik mengikut parameter tersebut.

 

You May Also Like

 

Adakah anda berminat untuk melabur ke dalam ETF? Apakah persoalan anda mengenai ETF? Komen dan kongsi bersama kami di seksyen komen di bawah.