Memilih antara kereta yang baru dengan kereta terpakai tidak sepatutnya menjadi dilema. Buat pilihan yang lebih bijak dengan mengikuti langkah-langkah ini. (Original article in English)
Anda mungkin pernah mendengar nasihat kewangan di mana anda mungkin tidak perlukan kereta baru. Jika anda pernah terbaca mana-mana artikel, sumber kewangan dan nasihat pakar kewangan online, anda mungkin dah terbiasa dengan ayat “kereta baru bukan keperluan”, “kereta adalah liabiliti” atau “jangan buang duit anda dengan bayar kereta”.
Jika anda tinggal di Malaysia, isu kewangan peribadi mungkin dekat di minda anda terutamanya ketika waktu pandemik ini. Namun, adakah membeli kereta baru lebih baik berbanding membeli kereta terpakai? Terdapatkah senario yang membuatkan pembelian kereta baru lebih berbaloi?
Contents
Buat kajian terlebih dahulu
Isu sama ada patutkah anda berbelanja untuk kereta adalah situasi peribadi. Sama ada anda lebih berkenan dengan kereta baru atau terpakai tertakluk pada kajian yang telah anda lakukan. Orang kenamaan, golongan T20 dan pengumpul kereta (yang membelanjakan ratusan ribu setahun untuk kereta) pun ramai yang membuat kesilapan kerana membeli kereta tanpa usul periksa. Pembelian mengikut nafsu ini akan membuka pintu kepada pilihan yang berdasarkan emosi mengikut selera sendiri dan akan termakan dengan kata-kata penjual kereta tanpa membuat keputusan berdasarkan fakta.
Anda perlu meluangkan masa untuk mengkaji nilai depresiasi kereta, ketahanan, kos servis dan harga semasa. Disebabkan populariti dan stok model kereta bergantung kepada lokasi anda, amat penting untuk anda mengenal pasti kadar harga berkenaan mengikut tempat tinggal anda.
Tanya diri anda soalan penting berkenaan kereta
Di Malaysia, harga kereta tidak murah terutamanya kereta import yang telah dikenakan cukai. Jadi, soalan sama ada anda patut beli kereta baru atau terpakai amatlah relevan. Ianya bergantung kepada situasi kewangan anda. Berikut adalah beberapa soalan yang anda perlu tanya kepada diri sendiri sebelum membuat keputusan:
- Berapa keseluruhan bajet anda?
- Mampukah anda membayar sekurang-kurangnya 10 peratus duit muka untuk kereta yang anda mahu?
- Berapa lamakah tempoh anda hendak menggunakan kereta tersebut?
- Mampukah anda menanggung kos cukai jalan tahunan dan kos insurans?
- Adakah anda telah memasukkan kos penyelenggaraan dalam bajet kos kereta anda?
Semua soalan ini memainkan perana yang penting. Tanya dahulu soalan ini supaya anda tidak membuat keputusan secara melulu. Contohnya, jika anda mencari kereta yang besar untuk keluarga, anda mungkin perlukan kereta jenis SUV, MPV dan lain-lain.
Beli secara tunai jika anda mampu
Pembelian kereta adalah paling murah jika anda membayar semua secara “lump-sum” ataupun sebahagiannya dengan tunai. Kadar pinjaman yang anda akan bayar kelak akan dikenakan faedah yang tinggi. Pastikan anda mempunyai wang simpanan yang cukup untuk kecemasan setelah membuat pembayaran kereta anda. Jika anda tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk membeli kereta secara “lump-sum“, gunakan apa anda ada untuk membayar deposit yang paling tinggi yang anda mampu.
Sesetengah orang akan risau jika mereka membeli kereta secara tunai, mereka akan dikenakan tindakan audit daripada bahagian cukai (LHDN). Jika jumlahnya kurang daripada RM 50,000, ianya tidak akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap status cukai anda. Asalkan anda mampu menerangkan sumber wang anda secara sah, anda tidak perlu risau sama ada wang itu datang daripada simpanan ataupun harta peninggalan.
Pinjaman peribadi juga satu strategi yang boleh dipertimbangkan
Jika skor kredit anda baik, anda boleh membuat pinjaman peribadi daripada bank, persatuan atau peminjam dengan kadar yang bagus. Ini dapat membantu anda memiliki tunai di tangan anda untuk pembayaran duit muka tanpa menunggu anda memilih kereta dan kemudiannya membuat pinjaman kereta. Pinjaman peribadi berguna jika anda tidak dapat memohon pinjaman kereta disebabkan oleh umur kereta tersebut atau ianya kereta untuk projek anda.
Kos akan dibahagikan untuk tempoh dari setahun hingga ke tujuh tahun. Pastikan anda tidak letakkan aset hartanah anda sebagai penjamin. Jika anda tidak mampu membayar pinjaman, anda akan merisikokan rumah anda sendiri. Cari kadar faedah pinjaman yang kompetitif dengan membandingkan kadar peratus tahunan, ataupun Annual Percentage Rate (APR), yang melibatkan semua caj anda yang perlu dibayar bersama faedah. Jaga-jaga dengan pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.
Bajetkan bersama kos tambahan
Selain kos pinjaman, anda juga perlu sertakan kos insurans dan cukai jalan yang dibayar secara tahunan. Insurans untuk kereta baru adalah lebih tinggi manakala kereta terpakai mempunyai kos lebih rendah kerana nilainya yang lebih rendah. Untuk cukai jalan pula, kedua-dua pilihan ini memakan kos yang lebih kurang sama. Bayaran tahunan untuk kereta 1.0 cc di Semenanjung Malaysia adalah sekurang-kurangnya RM 55 manakala kereta 1.5 cc memakan kos sebanyak RM 90.
Bandingkan kelebihan dan kekurangan pilihan anda
Kedua-dua pilihan kereta baru dan terpakai mempunyai kelebihan dan keburukan yang tersendiri. Kereta baru mungkin mempunyai reputasi yang buruk kerana nilainya turun dengan mendadak dan bukannya sebuah bentuk pelaburan yang bijak. Namun, kereta baru dapat beroperasi dengan lebih efisien tanpa masalah dan dapat tahan lebih lama di samping kos penyelenggaraan yang rendah.
Kereta terpakai pula lebih jimat kos dari segi harga dan anda mampu membayarnya secara tunai. Pilihan ini adalah lebih baik untuk pemandu yang tidak kisah akan model kereta atau yang tidak mahu berbelanja berlebihan untuk kereta baru. Pemilik kereta terpakai juga tidak perlu risau akan kadar penurunan harga kereta.
You May Also Like
- 6 Tips Sebelum Melabur Saham Tahun 2020
- Hartanah: Sewa atau Beli?
- 6 Langkah Merangka Pelan Kewangan Keluarga
- Dana Dagangan Saham: Instrumen Pelaburan di Bursa
Apakah pilihan yang sesuai untuk anda; kereta baru atau terpakai? Kongsi bersama kami di seksyen komen di bawah.
Leave A Comment