Program Kesihatan Kewangan merupakan salah satu daripada manfaat pekerja yang sangat penting. Ketahui kepentingan program kesihatan kewangan kepada organisasi anda.

Pernahkah anda terfikir alangkah bagusnya jika dapat melihat simpanan persaraan bertambah, lebih yakin melabur, dapat lunaskan pinjaman ataupun dapat kurangkan beban tekanan kewangan anda? Mestilah! Tapi tidak bermakna anda harus mewarisi harta peninggalan atau tiba-tiba memenangi pertandingan wang besar! Sebaliknya, rahsianya tersembunyi di sebalik “manfaat” yang boleh didapatkan dari ‘employee benefit’ ataupun ‘manfaat pekerja’.

Kita sering dengar manfaat pekerja seperti gaji, bonus, elaun, elaun kerja lebih masa, cuti, ‘time-off’, insuran pekerja, anugerah atau ganjaran, bantuan pelajaran dan juga latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja.

Namun, mungkin ada yang masih belum mengetahui “Financial Wellness Program” (Program Kesihatan Kewangan) di tempat kerja. Mengikut kaji selidik AKPK Financial Behaviour Survey 2018’ AFBeS’18) – kebanyakan pekerja menghadapi tekanan kewangan yang sedang menjejaskan prestasi kerja mereka.  Jelasnya, ini satu tanda amaran yang membimbangkan dan perlu ada campur tangan untuk menanganinya dengan segera.

Adakah penting Program Kesihatan Kewangan dilaksanakan di peringat daerah, negeri, sekolah atau universiti?

Secara umumnya, kebanyakan orang belajar mengurus kewangan samada hasil didikan di rumah dari contoh teladan ibu bapa ataupun dari pengalaman mereka sendiri. Namun begitu, tidak semua orang berpeluang mendapatkan kemahiran ini. Berdasarkan laporan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), kadar literasi (celik pengetahuan) kewangan di Malaysia adalah di tahap yang amat rendah yakni di kedudukan ke-26 dari 30 negara-negara yang terlibat dalam kajian tersebut.

Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa pelajaran Sejarah dan Sains yag mempunyai kelengkapan komputer serta makmal yang menelan belanja tinggi dan sebagainya diwajibkan namun tiada wang diperuntukkan untuk ilmu kewangan peribadi. Mungkin ada juga yang beranggapan bahawa sudah menjadi tradisi hal kewangan bersifat peribadi dan sulit. Mungkin juga dalam kalangan pekerja, mereka kurang gemar dan tidak selesa berbincang tentang isu berkaitan pengurusan kewangan.

Satu kaedah yang dinamik selain pendedahan ibu bapa di rumah adalah penekanan pendidikan ilmu kewangan di sekolah, universiti mahupun di peringkat negeri atau kebangsaan –  dengan melaksanakan program seumpama ini di tempat kerja. Hasilnya, program ini akan dapat merapatkan jurang kadar literasi kewangan di Malaysia dengan memperkasakan ilmu pengurusan kewangan di kalangan pekerja di setiap peringkat.


Sumber: Laporan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) 2016

Kelebihan Kesihatan Kewangan Mengatasi Cabaran Dalam Kewangan

Berdasarkan kajian AKPK, 53% rakyat Malaysia mengakui mereka sukar untuk memperoleh wang RM1000 untuk hal kecemasan. Malah, 3 daripada 10 individu terpaksa meminjam semata-mata untuk membeli barang keperluan asas.

Memandangkan banyak pekerja yang menghadapi kesukaran dalam kewangan – mereka memerlukan bantuan untuk mencapai matlamat berjangka pendek seperti belanjawan, pengurusan hutang dan simpanan kecemasan. Untuk tempoh jangka masa panjang pula, bantuan untuk perancangan persaraan juga perlu diadakan.

Apabila semakin banyak majikan sedar akan kepentingan ini, mereka mempunyai insentif untuk menawarkan Program Kesihatan Kewangan keranaa ia bersifat ‘win-win’ (situasi menang-menang) buat majikan dan pekerja – mampu meningkatkan prestasi pekerja dengan meningkatnya tahap produktiviti, memuaskan hati pekerja, lebih berdaya saing dengan mengekalkan pekerja cemerlang, tetap setia bersama syarikat/organisasi malah mengurangkan kos penjagaan kesihatan (healthcare).

Pendek kata, program ini akan membantu pekerja berubah ke arah tabiat kewangan yang positif dan secara langsung, memajukan kewangan peribadi secara progresif. Kami yakin bahawa pekerja yang mantap dalam hal kewangan pastinya akan menjadi pekerja yang produktif. Inilah keutamaan dalam program Kesihatan Kewangan yang menawarkan panduan nasihat kewangan yang neutral, tidak berat sebelah serta tidak bermotifkan menjual semata. Sebaliknya, dengan melihat secara holistik kepentingan keperluan individu (Clients’ needs first) untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

Kini, majikan mempunyai kaedah pilihan program Kesihatan Kewangan yang dapat memberi peluang kepada pekerja merealisasikan matlamat kewangan apabila berlaku perubahan hidup atau berdepan cabaran kewangan yang hebat.

 Dapatkah Program Kesihatan Kewangan Meningkatkan ROI (Return on Investment)?

Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat insurans, Prudential mengenai ‘Financial Wellness’ menunjukkan majikan mahukan program efektif yang melihat keperluan pekerja dan juga ROI (pulangan atas pelaburan).

Pendekatan Kesihatan Kewangan yang sebenar adalah:-

  1. Memberikan pendidikan kewangan samada latihan/seminar bersemuka atau webinar di atas talian,
  2. Menawarkan khidmat nasihat kewangan 1:1 dengan penasihat kewangan yang profesional dan bertauliah.
  3. Memberikan solusi kewangan yang khusus berdasarkan keperluan individu yang berbeza mengikut tempoh tertentu.

Keberkesanan program ini diukur berdasarkan penglibatan dan juga maklumbalas pekerja setelah menjalani latihan program ini. Kami mendapati hampir keseluruhan peserta program menyatakan bahawa program ini penting dan patut didedahkan lebih awal. Sebahagian besar peserta juga menyatakan mereka tidak pernah mendapatkan bantuan nasihat kewangan yang neutral. Pekerja yang memilih untuk mendapatkan nasihat kewangan akan lebih yakin dalam kewangan mereka, dapat membuat keputusan kewangan yang bijak, terhindar dari melakukan kesilapan kewangan dan sasaran matlamat lebih jelas.

Uniknya, program ini boleh disesuaikan mengikut keperluan tenaga kerja sesebuah syarikat/organisasi selari dengan misi dan objektif syarikat/organisasi tersebut.

Perkenalkan kesihatan kewangan di tempat kerja

Jika ada yang merasakan isu hal kewangan adalah suatu perkara agak berat untuk dibicarakan atau diketengahkan. Anda tidak keseorangan dalam hal ini kerana anda tidak perlu menanggung beban ini sendirian. Kami sedia membantu anda dalam perkara ini.

Pertamanya, bagi syarikat yang menginginkan program Kesihatan Kewangan diwujudkan di tempat kerja, kami menggalakkan anda mula dengan mengesyorkan perkara ini ke pihak Sumber Manusia. Mohon pihak sumber manusia untuk melihat program ini sebagai Manfaat Pekerja (Employee Benefit) yang juga sebahagian dari Employee Development Program (EAP) atau Program Pembangunan Pekerja.

Dengan mendaftar ke dalam program ini, para pekerja akan mendapat akses bahan rujukan di hub pengetahuan MyPF beserta alat kewangan seperti kalkulator persaraan (retirement calculator) dan semestinya akses nasihat kewangan dari pakar kewangan yang bertauliah. Oleh sebab itu, samada tujuan anda adalah untuk meningkatkan ilmu pengurusan kewangan melalui pembacaan, penggunaan aplikasi kewangan atau dengan melantik penasihat kewangan – kesemua pilihan anda ini akan meningkatkan literasi kewangan anda. Oleh sebab itu, amat penting untuk anda mengetahui kedudukan sebenar kewangan dan ia dapat dilakukan melalui sesi ‘Nadi Kewangan’ (Financial Pulse) sewaktu perjumpaan 1:1 dengan penasihat kewangan kami. Berdasarkan analisa laporan itu, anda boleh memilih apakah langkah terbaik yang seterusnya harus diambil.

Hidup ini sentiasa berubah – begitu juga keperluan kewangan. Perubahan itu boleh menjadi  lebih kompleks dan disitu terletak pentingnya perancangan. Anda dapat mengambil faedah sebaiknya dengan sumber rujukan yang tersedia dalam pakej program ini. Oleh sebab itu, manfaatkanlah “Manfaat Pekerja” supaya program ini dilaksanakan di tempat kerja anda.

Kesimpulan

Isu kewangan boleh memberi tekanan hebat dalam kalangan pekerja, atau memecah belahkan perhubungan keluarga akibat ketiadaan wasiat misalnya atau meruntuhkan rumahtangga kerana kebimbangan kewangan.

Gerakan Program Kesihatan Kewangan mempunyai potensi untuk memberi impak positif yang mampu mengubah kehidupan pelbagai lapisan masyarakat. Kebanyakan pekerja memiliki kepercayaan yang tinggi terhadap majikan berbanding institusi lain. Suasana latihan yang ideal dapat mengurangkan kebimbangan pekerja untuk berbincang berkaitan hal kewangan dan akan lebih bersifat terbuka untuk membaikpulih tabiat kewangan. Program ini juga dapat membuka jalan kepada lebih ramai pekerja untuk menjadi seorang yang “celik kewangan”.

You May Also Like

 

Setujukah anda inilah masa yang tepat untuk laksanakan Program Kesihatan Kewangan di tempat kerja anda?