Adakah ini masa untuk anda mencari peluang di luar sempadan? Versi original artikel ini ditulis oleh StashAway.my. (Article in English)

Di Malaysia, para pelabur mempunyai sebanyak 76% pegangan mereka dalam aset Malaysia walaupun peratusan ekuiti Malaysia hanyalah 0.46% dari pasaran dunia pada tahun 2019. Selain itu, rakyat Malaysia juga lebih cenderung untuk mengumpul harta melalui simpanan KWSP dan pelaburan hartanah.

Kecenderungan untuk mempunyai simpanan/harta di pasaran domestik dikenali sebagai “home bias“. Rakyat Malaysia lebih terdedah kepada “home bias” kerana sebab-sebab tertentu. Anda mungkin lebih selesa dengan pasaran tempatan dan lebih arif akan trend tertentu. Ini mungkin akan menyebabkan kita berasakan ianya lebih selamat jika melabur dalam pasaran tempatan dan juga kurangnya risiko naik turun mata wang.

Namun, realitinya amat berbeza kerana anda lebih terdedah kepada risiko tertentu dan juga mengehadkan pulangan anda dalam jangka masa panjang.

Anda meningkatkan risiko terhad kepada sesebuah negara anda jika anda hanya melabur di Malaysia

Dengan hanya melabur di Malaysia, anda mendedahkan portfolio anda kepada risiko akan impak yang mungkin akan berlaku kepada Malaysia. Contoh risiko ini adalah politik, sesebuah kejadian i.e bencana alam atau risiko ekonomi yang unik kepada ekonomi Malaysia. Ia mampu memberi impak kepada sesetengah ataupun semua kelas aset tempatan.

Pada tahun 2015, pasaran saham Malaysia mengalami kejatuhan yang teruk disebabkan oleh isu skandal politik dan juga kejatuhan harga komoditi global. Dua “tsunami” teruk ini menyebabkan Bursa Malaysia jatuh sebanyak 13% dan Ringgit Malaysia jatuh sebanyak 28% berbanding US Dollar. Untuk rakyat Malaysia yang melabur dalam pasaran tempatan, kedua-dua perkara ini memberi impak yang sangat besar terhadap portfolio mereka.

Sebagai rakyat Malaysia, majoriti nilai wang anda mungkin sudahpun terletak dalam pasaran tempatan. Anda mungkin sudah mempunyai rumah, mencarum ke dalam KWSP untuk persaraan dan memperoleh pendapatan di Malaysia. Memandangkan kebanyakan aset anda sudahpun terikat dengan pasaran tempatan, apa salahnya untuk cuba “berenang” ke sempadan luar seperti pasaran US, Eropah, China malah Singapura juga. Selain Singapura, kejadian yang berlaku di pasaran Malaysia tidak akan memberi impak yang besar terhadap pasaran global yang lain.

Melabur hanya di Malaysia akan terhadkan peluang pelaburan anda

Dengan melabur di luar negara, anda dapat mencari peluang yang lebih luas melalui kepelbagaian ekonomi di luar sana di ketika naik turun pasaran yang berbeza. Pelaburan anda dapat memperoleh pulangan jangka masa panjang yang lebih baik apabila melabur ke dalam negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik. Contohnya, dengan meletakkan sebahagian daripada aset anda ke dalam pasaran US pada tahun 2019, anda dapat memperoleh pulangan yang jauh lebih baik daripada pasaran Malaysia untuk tempoh masa yang sama.

Jika anda hanya melabur ke dalam pasaran Malaysia, pelaburan anda akan memberikan pulangan lebih rendah berbanding S&P500 dan MSCI World Equity Index. S&P500 memberikan pulangan sebanyak 31.3% manakala MSCI World Equity Index memberikan pulangan sebanyak 28.4%. KLCI pula memberikan pulangan sebanyak -3.47% pada tahun 2019.

Bagaimana untuk melabur di luar negara dengan cara yang betul

Melabur di luar negara bermakna anda perlu mengagihkan aset/wang anda secara strategik di tempat yang betul pada masa yang betul. Walaupun S&P500 memberikan anda lebih pulangan berbanding KLCI pada tahun 2019, ini tidak bermakna anda patut meletakkan kesemua pelaburan anda di dalam pasaran US.

Jadi, berapakah yang patut anda letakkan ke dalam pelaburan luar negara? Proses mendiversifikasikan aset anda secara strategik ini lebih halus daripada hanya meletakkan jumlah yang sama ke setiap negara. Diversifikasi global yang efektif ini memerlukan analisa yang menyeluruh terhadap kadar pertumbuhan ekonomi dan faktor risiko sesebuah negara. Anda juga perlu mengambil kira akan kebergantungan sesebuah negara kepada negara yang lain dan jika sesesebuah mengalami kemelesetan, adakah negara lain akan turut sama “terjangkit”?

Model pelaburan ini digunapakai oleh StashAway. Portfolio StashAway bukan hanya melabur secara global malah sistem yang digunakan dapat memantau keadaan makroekonomi global dan dengan data tersebut, membuat keputusan bagaimana hendak membahagikan aset anda. Jadi, portfolio anda akan merangkumi kelas aset di setiap tempat berdasarkan keadaan ekonomi negara tersebut dan bagaimana ia terlibat dalam konteks ekonomi global.

Contohnya, apabila sistem StashAway mengesan penurunan kadar pertumbuhan ekonomi di dalam ekonomi luar US pada Ogos 2019, ia mengemaskini kadar pengagihan portfolio anda untuk lebih bersifat defensif. Baru-baru ini, StashAway kembali mengemaskini pengagihan mereka untuk bertahan daripada kemelesatan ekonomi global. Dengan bantuan AI, pembahagian portfolio dapat dilakukan dengan lebih efektif dengan adanya mata wang yang selamat seperti US Dollar dan Yen yang boleh membantu anda mengurangkan impak penurunan mata wang Ringgit dan melindungi risiko anda dalam krisis ekonomi.

Membahagikan pelaburan anda ke tempat yang berbeza bukan sahaja terletak pada nilai mata wang tetapi kepada kadar risiko yang tertentu. Ini tidak dapat diperolehi dengan hanya meletakkan aset anda dalam hanya sesebuah negara atau ekonomi. Dengan pendedahan global, anda bukan sahaja dapat mencari lebih banyak peluang tetapi juga mengurangkan risiko ekonomi setempat.

 

Promosi Pendaftaran StashAway x MyPF!

  • StashAway Malaysia promo code: 0% fi untuk RM 100k sepanjang 6 bulan. Link pendaftaran.
  • StashAway Singapore promo code: diskaun 50% fi untuk SGD 50k dilabur sepanjang 6 bulan. Link pendaftaran.

 

You May Also Like

 

Apakah pandangan anda terhadap pelaburan di luar negara? Idea yang buruk atau baik?