Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif Kita Prihatin berjumlah RM 10 bilion pada 23 September, 2020. (Original article in English)

Bantuan Prihatin Nasional 2.0

  • Bantuan sekaligus:
    • Isirumah B40: RM 1,000
    • Isirumah M40: RM 600
    • Bujang B40: RM 500
    • Bujang M40: RM 300
  • Tiada pendaftaran diperlukan tetapi berdasarkan kelayakan BPN 1.0 tempoh hari
  • Pendaftaran baru boleh dibuat
  • Pembayaran pada Oktober 2020 dan Januari 2021
  • Peruntukan sebanyak RM 7 bilion kepada 10.6 juta rakyat
  • Klik di sini untuk pendaftaran BPN (bpn.hasil.gov.my)

“Kita semua terkesan dengan pandemik tanpa pengecualian. Jadi, marilah sama-sama menangani masalah ini sebagai keluarga.”

Program Subsidi Upah 2.0

  • Untuk majikan yang mengalami masalah jualan merudum sebanyak 30% atau lebih tahun demi tahun.
  • Subsidi gaji selama 3 bulan sebanyak RM 600 untuk maksimum seramai 200 pekerja untuk setiap majikan.
  • Untuk majikan baru berdaftar dengan program ini pula, subsidi diberi selama 6 bulan.
  • Pendaftaran dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan PERKESO dan dibuka dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2020.
  • Klik di sini untuk Program Subsidi Upah (psu.perkeso.gov.my)

Geran Khas Prihatin

  • Kelayakan untuk pendaftar baru:
    • Untuk SME yang berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 September 2020.
    • Pendapatan tahunan di bawah RM 3,000
    • Mempunyai pekerja maksimum 5 orang (majikan dikecualikan)
  • Bayaran sekaligus RM 3,000
  • Pendaftaran dibuka untuk SME yang berkelayakan dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020
  • Klik di sini untuk pendaftaran GKP (gkp.hasil.gov.my)

 

You May Also Like

 

Apa pendapat anda tentang inisiatif kerajaan terbaru ini? Kongsi bersama kami dengan komen di bawah.