Apa matlamat anda yang anda mahu capai pada tahun 2021? Ketahui langkah bagaimana untuk menjadikan matlamat ini suatu realiti. (Original article in English)
Bayangkan resolusi kewangan anda untuk tahun depan.
Adakah anda ingin menambahkan simpanan anda? Atau adakah anda ingin mempelbagaikan pelaburan? Mungkin bebas hutang belajar dan hutang rumah? Mencari wang tambahan untuk meningkatkan pendapatan?
Untuk mencapai salah satu (atau semua!) ini, anda perlu meletakkan sasaran yang anda boleh capai menggunakan usaha yang sesuai dengan kemampuan anda. Dengan meletakkan matlamat yang jelas, anda boleh membahagikan masa untuk melakukan perkara yang penting sahaja.
Berikut adalah beberapa kategori matlamat kewangan:
Contents
Matlamat hidup dan kewangan asas
- Beli rumah
- Menyelenggara dan membaiki rumah
- Membayar hutang seperti hutang peribadi dan kad kredit
- Mencari kerja baru
- Membeli kereta yang lebih selesa untuk keluarga
- Bina dana kecemasan
- Menyumbang sebahagian harta ke arah kebajikan secara bulanan atau tahunan
- Meletakkan matlamat karier; memulakan bisnes, kembangkan pengetahuan
Matlamat berkaitan keluarga
- Perancangan perkahwinan
- Perancangan keluarga
- Fi pendidikan untuk anak
- Berhenti kerja (untuk meluangkan masa dengan keluarga, sambung pelajaran, tolong ibu bapa)
- Menyara anak yang baru hendak mula bekerja
- Meninggalkan harta pusaka
Matlamat berkaitan penyaraan
- Meningkatkan caruman persaraan
- Bersara daripada bekerja penuh masa atau hendak bersara awal
- Pindah ke tempat baharu (untuk kurangkan perbelanjaan, ingin tinggal dekat dengan keluarga)
- Melangsaikan hutang rumah sebelum bersara
Meletakkan matlamat itu senang dan kebanyakan orang sudahpun mempunyai gambaran jelas untuk masa depan samada untuk membayar hutang pendidikan atau hendak mencarum lebih wang untuk persaraan. Namun, merealisasikan matlamat tersebut lebih dari sekadar kata-kata dan perancangan.
Untuk sesetengah orang, dengan keadaan pandemik sekarang ini, merancang kewangan anda boleh mengusutkan minda terutamnya untuk yang terjejas dengan kehilangan kerja, kehilangan untung daripada perniagaan dan potongan gaji.
Dengan mengambil kira semua perkara ini, anda boleh menggunakan 5 kaedah berikut untuk merealisasikan perancangan kewangan 2021 anda walaupun dalam keadaan norma baru.
1. Menyertai group sokongan
Group sokongan atau rakan “sekepala” boleh menjadi cara terbaik untuk merealisasikan matlamat anda. Di era internet dan media sosial, anda boleh menyertai forum atau group yang berkenaan tanpa apa-apa bayaran atau caj. Group ini boleh menjadi medium untuk berkongsi maklumat tentang kewangan peribadi. Secara langsung, ia akan membantu anda menguatkan hubungan antara ahli dan membina sebuah komuniti yang berkongsi matlamat yang sama.
Sebagai contoh, kami mempunyai laman Facebook My Personal Finances di mana kami berkongsi pendapat dan info baru berkenaan kewangan peribadi dan pelaburan di kalangan ahli kami. Ahli juga boleh bertanyakan apa-apa soalan berkenaan kewangan. Kami juga mengalakkan perbincangan bersama ahli di dalam persekitaran yang sihat (admin kami berusaha keras untuk mengelakkan spammer).
Jika group Facebook bukan pilihan anda, banyak lagi pilihan lain termasuk mendengar podcast yang fokus kepada kewangan peribadi. Jika anda tidak suka berinteraksi secara terus, mendengar pakar kewangan memberi tips dan pendapat mereka mungkin berkesan untuk anda.
2. Fahami matlamat anda
Tiada siapa yang boleh menyangkal manfaat yang boleh diperolehi melalui perancangan yang jelas. Namun, jika anda tidak memahami apa sebenarnya matlamat tersebut, anda mungkin akan terlepas peluang untuk betul-betul fokus dalam merealisasikan matlamat tersebut.
Contohnya, jika matlamat anda untuk tahun depan adalah melangsaikan hutang pendidikan anda, anda perlulah tahu bagaimana pelan ini akan direalisasikan. Adakah anda mengambil kira manfaat yang anda boleh perolehi jika anda langsaikan pembayaran lebih awal? Ke manakah wang anda akan pergi selepas melangsaikan hutang tersebut? Adakah ke arah hiburan, rekreasi atau simpanan ke arah persaraan?
Dengan mempunyai kefahaman terhadap strategi kewangan sendiri, anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak. Ketahui dengan lebih lanjut tentang hutang anda, contohnya daripada institusi seperti PTPTN.
Tidak tahu bagaimana hendak bermula? Baca artikel ini tentang 6 langkah bagaimana hendak menyelesaikan anda dengan lebih efektif.
3. Catat rekod dan skor kad kredit anda
Sudah tentu anda akan menyemak skor kredit anda, yang diambil daripada laporan Central Credit Reference System (CCRIS) dengan lebih terperinci apabila matlamat kewangan anda adalah untuk membeli kereta baru atau hartanah baru. Apabila anda mempunyai skor kredit yang bagus, permohonan bank mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diluluskan. Ia juga berguna jika anda ingin memohon kerja baru atau ingin memohon insurans.
Anda boleh memohon maklumat kredit daripada Biro Kredit. Permohonan ini hanya boleh dibuat oleh individu. Untuk entiti perniagaan atau individu yang telah meninggal dunia, permohonan ini hanya boleh dibuat individu yang disahkan (perniagaan) atau oleh pihak mahkamah (untuk yang telah meninggal dunia).
Untuk individu, laporan hanya boleh didapati melalui eCCRIS, platform dalam talian untuk pengguna menyemak skor kredit. Cara lain adalah anda boleh melawat kiosk CCRIS di pejabat Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Semak sama ada maklumat anda tepat dan semak juga kadar penggunaan akaun anda seperti kad kredit. Anda juga patut menyemak tujuan pembayaran, sejarah pembayaran dan berapa jumlah anda masih berhutang untuk ketahui kadar utilisasi kredit. Skor kredit anda juga sepatutnya mencerminkan tempoh kemudahan kredit anda dan berapa jumlah kredit baharu yang anda perlukan.
Untuk membina skor kredit yang bagus, anda memerlukan disiplin yang tinggi dan dengan keadaan ekonomi semasa ini, majoriti rakyat telah pun terkesan. Kami percaya bahawa anda akan menggunakan kemudahan moratorium dan juga tambahan moratorium jika diperlukan.
4. Pantau setiap matlamat anda: daripada keperluan hingga kemahuan
Letakkan kategori untuk matlamat anda bermula dari yang paling penting supaya apabila diperlukan, anda tahu mana yang perlu diselesaikan dahulu. Label setiap matlamat ini sebagai kritikal, keperluan dan kemahuan. Katakanlah anda mempunyai matlamat jangka pendek untuk membina dana kecemasan dan perkara ini sebenarnya jatuh dalam kategori “kritikal”. Anda akan berusaha untuk mengagihkan pendapatan anda dan mengurus aliran tunai anda untuk mengutamakan perkara tertentu selepas selesai menguruskan dana kecemasan anda.
Jika anda mempunyai matlamat jangka pendek yang lain seperti hendak menukar kereta, yang mungkin masih berfungsi dengan baik, itu adalah kemahuan dan anda boleh memenuhi matlamat tersebut setelah perkara lain selesai.
5. Dapatkan nasihat perancang kewangan bertauliah
Dalam perjalanan ke arah tahun 2021, anda mesti mempunyai beberapa matlamat kewangan yang berlegar di minda tetapi anda tidak tahu bagaimana hendak mula merancang. Di sebalik nasihat kewangan peribadi di internet (yang mungkin tidak sesuai pun dengan anda!), apa kata anda dapatkan nasihat pihak professional?
Perancang kewangan bertauliah boleh membantu anda menyemak status kewangan anda dan merencanakan strategi yang lebih tepat dengan cita rasa anda dalam mengurangkan risiko dan membina harta anda untuk masa panjang. Strategi sebegini berguna jika anda ingin merealisasikan matlamat kewangan anda di samping menjaga aliran tunai.
Daftar sebagai ahli MyPF dan dapatkan khidmat perancang kewangan bertauliah.
Konklusi
Jadi, memandangkan sekarang anda telah menyenaraikan matlamat kewangan anda untuk tahun 2021, mulakan dengan membahagikan matlamat kepada 3 kategori; kritikal, keperluan dan kemahuan. Proses untuk mencapai matlamat anda boleh membebani anda tetapi dengan perancangan dan maklumat yang betul, anda boleh mulakan tahun 2021 dengan baik!
Sudahkah anda meletakkan matlamat tahun 2021?
You May Also Like
- 7 Cara Anda Boleh Seimbangkan Antara Kerja Dengan Diri Sendiri
- 8 Tips Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Bermakna
- 5 Kos Tersembunyi Dalam Kos Pendidikan Anak Anda
- Analisis Belanjawan 2021
Apa strategi anda untuk mencapai matlamat kewangan tahun 2021?
Leave A Comment