Sebagai perkenalan kepada pelaburan Islamik. Pelaburan patuh shariah yang mempunyai profil halal berserta keuntungan boleh saling melengkapkan. (Original article in English)

Kewangan Islam adalah kaedah pembahagian kewangan yang dipraktikkan di Malaysia di samping dunia Islam lain dan mungkin merupakan salah satu pilihan yang mungkin telah anda ambil sebelum ini. Ia menggunakan nilai Islam dan undang-undang Shariah.

Larangan riba, sama ada dari segi nominal atau berlebihan dan dari segi riba tetap atau berubah-ubah, adalah salah satu ciri-ciri paling jelas dalam kewangan Islam. Pertukaran kewangan berunsur Shariah mengetengahkan prinsip pembahagian risiko dan keuntungan. Dengan membincangkan terlebih dahulu terma dan syarat di dalam kontrak, pembeli dan penjual akan berkongsi beban mana-mana transaksi kewangan dan membahagikan keuntungan antara mereka. Untuk mendapatkan keuntungan, kewangan Islam tidak membenarkan risiko kewangan yang baru dibuat sewenang-wenangnya kerana ianya untuk melindungi pihak awam daripada penipuan, penyelewangan dan ketegangan sosial.

Pelaburan Shariah bermakna melabur di dalam dana yang patuh Shariah berpandukan undang-undang Islam. Walaupun syarikat yang menguruskan dana tersebut tidak semestinya perlu patuh Shariah, dana yang dilabur itu perlulah mengikuti prinsip Shariah. Contohnya adalah seperti dana amanah, ETF dan dana hedge.

Sekuriti Patuh Shariah

Sekuriti patuh shariah adalah saham syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia (saham biasa, warrant dan subscription rights) yang telah dikategorikan sebagai sekuriti patuh Shariah untuk pelaburan. Sekuriti ini juga mestilah dasar dan aktiviti bisnesnya patuh prinsip Shariah.

Senarai sekuriti patuh shariah ini mula digunapakai oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui Kounsel Penasihat Shariah pada Jun 1997. Senarai ini dikemaskini dua kali setahun pada bulan Mei dan November dengan mengkaji semula laporan tahunan firma, bancian syarikat-syarikat tersenarai untuk memperoleh maklumat yang lebih tepat, serta soalan-soalan terhadap pihak pengurusan syarikat.

Kounsel Penasihat Shariah, atau Shariah Advisory Council (SAC) meletakkan beberapa syarat sebagai panduan dalam proses status Shariah untuk syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Syarat ini berlandaskan prinsip Syarak berpandukan Al-Quran dan Sunnah. SAC fokus kepada operasi utama sesebuah syarikat seperti produk dan servis yang ditawarkan kepada pengguna. Dengan mengaplikasikan prinsip Maslahah (kepentingan am) dan Umum Balwa (laluan yang sama), SAC lebih fokus terhadap bisnes yang terlibat dalam kedua-dua bisnes patuh Shariah dan tidak patuh Shariah. Parameter dan panduan tambahan seperti imej dan pendapatan daripada faedah juga dibuat untuk tujuan memudahkan SAC membuat keputusan. Dalam keadaan sebegitu, SAC akan mengkategorikan sama ada saham syarikat berkenaan patuh Shariah jika nisbah pendapatan kewangan yang tidak patuh Shariah adalah pada paras tertentu.

Exchange Traded Fund (i-ETF) patuh Shariah

Exchange Traded Fund (ETF) adalah produk kewangan dengan aspek seperti dana amanah dan saham tersenarai. ETF didefinisikan oleh Exchange-Traded Funds Guidelines of the Securities Commision of Malaysia sebagai dana indeks tersenarai sebagai skim saham amanah atau struktur bertauliah lain dengan objektif utama sebagai untuk memperoleh pulangan yang selari dengan prestais sesuatu indeks. Dalam bahasa yang mudah, ETF disenaraikan dalam Bursa Malaysia sebagai unit untuk sebuah saham amanah.

Secara amnya, ETF diurus secara pasif kerana tujuan ETF adalah untuk mencerminkan prestasi indeks sama ada dengan melabur semua (full replication) atau sebahagian (strategic sampling) dalam sesebuah sekuriti.

Berlainan daripada ETF tradisional di mana ia akan mencerminkan prestasi indeks tanpa mengira status Shariah komponennya, i-ETF hanya mencerminkan indeks terpilih di mana komponen dalam ETF tersebut adalah semuanya patuh Shariah. Tambahan pula, pengurusan i-ETF mengambil serius status dan prinsip Shariah di mana mereka mempunyai badan dan guaman tertentu yang akan memantau status audit Shariah.

Saham Amanah Patuh Shariah

Saham amanah patuh Shariah adalah skim pelaburan berkumpulan yang mempunyai konsep sama dengan saham amanah konvensional yang mengumpul wang daripada pelabur yang mempunyai matlamat yang sama ke dalam dana istimewa yang diurus oleh pengurus dana bertauliah. Dengan pengiktirafan dan kebenaran daripada Suruhanjaya Sekuriti, wang ini akan dilaburkan ke dalam portfolio patuh Shariah dan aset lain dengan syarat ia akan kekal di dalam pelaburan patuh Shariah sahaja.

Dalam aspek saham amanah, saham amanah tradisional dan saham amanah patuh Shariah  berlainan dari segi: tujuan dana, struktur, polisi pelaburan, operasi dan pengurusan, kertas kerja, cara pelaburan dan aktiviti utama, serta cara laporan dan akaun.

Amanah Pelaburan Hartanah Islamik (i-REITs)

Ada REIT yang bersama-sama dengan pelaburan lain yang mengikuti prinsip bisnes Shariah. Dalam 18 REIT di Malaysia, ada 4 yang patuh shariah ataupun dikenali sebagai i-REIT, mengikut Bursa Malaysia. Antaranya:

  1. Al-Aqar Healthcare REIT (ALAQAR) – hospital dan hotel
  2. Al-Salam REIT (ALSREIT) – pejabat dan kilang
  3. AXIS REIT (AXREIT) – pusat penyimpanan, pejabat dan kilang
  4. KLCC Property Holding (KLCC) – pejabat dan kedai

Punca pendapatan adalah perbezaan utama i-REIT dan REIT tradisional. i-REIT tidak memperoleh pendapatan daripada aktiviti bisnes yang mempunyai unsur bukan Islamik seperti alkohol, tembakau, perjudian dan makanan tidak halal. Untuk i-REIT yang mempunyai pelbagai cabang bisnes sama ada dalam Shariah dan bukan Shariah, pendapatan daripada bisnes bukan Shariah hendaklah tidak melebihi 20% daripada jumlah pulangan.

Sukuk: Bon Islamik

Sukuk adalah sijil kewangan Islamik yang mencerminkan pemilikan dalam portfolio halal yang mempunyai aset dengan kemampuan untuk memperoleh kadar faedah. Bon Islamik ini wujud kerana adanya faktor riba dalam struktur faedah bon konvensional.

Seperti bon konvensional, sukuk dilihat sebagai mempunyai profil risiko yang lebih rendah berbanding ekuiti dan pelabur juga menerima manfaat pemilikan aset (secara bahagian) dan bayaran faedah setiap tahun tanpa riba.

Konklusi

Nilai sebenar kebebasan kewangan adalah hidup yang bukannya fokus terhadap wang tetapi bebas dari segi masa, kepuasan dan ikatan silaturrahim.

You May Also Like

Apakah pelaburan patuh Shariah lain yang anda sudahpun atau anda sedang merancang untuk labur?