Pelaburan alternatif seperti Bitcoin, pinjaman P2P dan emas semakin popular baru-baru ini. Ketahui apa sebenarnya pelaburan alternatif ini dan kenapa ia makin menarik untuk pelabur Malaysia. Apakah risiko dan ganjaran untuk jenis pelaburan sebegini. (Original article in English)
Contents
Apakah itu Pelaburan Alternatif?
Pelaburan alternatif dianggap sebagai lain daripada aset lain kerana mereka tidak tergolong dalam kelas aset seperti ekuiti, bon, hartanah, ataupun aset tunai. Pelaburan alternatif boleh dibahagikan lagi kepada subkategori komoditi, ekuiti persendirian, collectibles, dan mata wang kripto. Kebiasaannya, pelaburan alternatif tidak tergolong dalam aset pelaburan anda tetapi mengambil kurang daripada 10% daripada jumlah portfolio anda.
Sama ada anda mengkategorikan pelaburan ini sebagai alternatif atau tidak, tidak dinafikan bahawa kelas aset ini semakin popular di media. Yang paling popular adalah Bitcoin yang kini berharga hampir RM 100,000 (USD 25k) untuk satu Bitcoin. Salah satu pelaburan alternatif termasuk emas yang semakin popular kini dalam industri FinTech membolehkan anda melabur sebahagian emas menggunakan aplikasi telefon sahaja. Selain itu, terdapat juga pinjaman P2P yang membolehkan pelabur untuk meminjamkan wang mereka kepada bisnes kecil dan usahawan melalui platform dalam talian.
Apa yang Menarik Tentang Pelaburan Alternatif?
Pelaburan alternatif dilihat sebagai mempunyai risiko yang lebih tinggi dengan kadar naik turun yang lebih mendadak. Peluang pelaburan ini selalunya diambil oleh pelabur yang peka dengan teknologi dan selesa dengan teknologi kewangan (FinTech). Pelabur lama mungkin tidak gemar dengan pelaburan dalam talian atau menggunakan aplikasi yang berkenaan dengan konsep blockchain ataupun pelaburan bersifat fractional. Mereka lebih gemar akan pelaburan tradisional seperti saham dan hartanah.
Blockchain: Ledger digital dalam penyimpanan maklumat, yang tidak dikawal oleh sesiapa. Setiap transaksi dicetak di setiap sistem komputer yang membuatkan mustahil untuk ia digodam atau diubah.
Pelaburan alternatif seperti yang dijana oleh FinTech mempunyai kelebihan seperti:
- Lebih telus dengan maklumat pelaburan di hujung jari 24 jam seminggu.
- Fi atau caj yang lebih murah berbanding pelaburan tradisional dengan bantuan FinTech
- Lebih tinggi peluang untuk ganjaran tinggi bagi pelabur yang mempunyai kadar risiko yang tinggi
- Pembahagian aset yang lebih baik dengan aset tidak tertakluk kepada pasaran saham
- Kadar kecairan yang lebih tinggi yang memberi kelebihan kepada para trader
- Agen untuk mengatasi inflasi yang lebih baik daripada pelaburan tradisional
Pelaburan alternatif juga mempunyai keburukan seperti:
- Susah untuk dinilai kerana ia mempunyai maklumat awam yang lebih terhad dan juga asas yang lebih sukar untuk dianalisa
- Pasaran tepu yang bermaksud jika tiada pembeli, pulangan anda akan lebih rendah.
- Kecairan yang tinggi yang bermaksud anda akan mengalami kerugian jika anda menjual di waktu harga aset tidak memberangsangkan.
(Klik untuk besarkan)
Bagaimanakah Prestasi Pelaburan Alternatif?
Dengan kadar risiko dan kecairan yang tinggi, ia juga bermaksud ia mempunyai kadar pulangan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, prestasi Bitcoin tahun 2020 adalah 250% melebihi semua kelas aset lain. Prestasi emas pula adalah 23%. Pinjaman P2P pula adalah dari 10% hingga 18% mengikut data yang diberi oleh operator pinjaman P2P di Malaysia.
Sementara pulangan daripada pelaburan alternatif cukup lumayan pada tahun 2020, perlu diingatkan juga bahawa pelaburan yang rugi juga merupakan realiti yang perlu dialami. Contohnya, Great Crypto Crash pada tahun 2018, Bitcoin jatuh sebanyak 80% daripada kadar tertinggi yang bermaksud ianya lebih teruk berbanding dot com crash tahun 2000. Emas juga selalu dilihat sebagai aset “selamat” di kala krisis. Realitinya, ketika waktu emas mempunyai kecairan yang tinggi, ia telah mempunyai rekod naik (dan turun!) sebanyak 16% setahun! Pinjaman P2P pula mempunyai risiko di mana pelabur tidak memperoleh bayaran disebabkan oleh peminjam yang lari daripada hutang atau tidak mampu membayar kembali pinjaman disebabkan oleh kerugian.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Pelabur Aset Alternatif?
Melabur dalam aset alternatif juga mempunyai caranya yang tersendiri dengan kadar risiko yang berbeza. Contohnya, soalan biasa apabila berbincang mengenai aset ini adalah adakah anda akan dikenakan cukai dari kerajaan Malaysia? Untuk mata wang kripto, anda tidak akan dikenakan cukai jika ianya bukan sumber pendapatan utama anda. Namun, untuk pinjaman P2P, anda perlu isytiharkan pulangan anda dan akan dikenakan cukai. Untuk pelaburan emas pula, jika anda beragama Islam, anda diwajibkan membayar zakat jika memiliki lebih daripada 85 gram. Anda perlu juga membayar zakat walaupun tidak mempunyai emas secara fizikal kerana untuk mencapai status halal, ia perlu dibelakangi dengan nilai sumber emas fizikal.
Mari kita rumuskan tips-tips pelaburan aset alternatif ini. Bitcoin adalah pelaburan spekulatif dengan potensi pulangan dan kejatuhan yang tinggi. Anda dinasihatkan agar mempunyai tidak lebih daripada 5% daripada jumlah portfolio anda di dalam mata wang kripto. Di Malaysia, mata wang kripto tidak dilihat sebagai tender mata wang yang sah tetapi terdapat 3 pasaran/platform mata wang kripto yang telah pun disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Peminjaman melalui P2P pula mempunyai kadar default yang tinggi dan anda dinasihatkan supaya mengawal risiko anda kepada beberapa peminjam (juga kepada platform berlainan). Baca mengenai maklumat kewangan peminjam sebelum melabur.
Emas juga mempunyai pengkritik tersendiri. Walaupun ia tidak memberikan pulangan dari segi dividen, ia adalah aset yang baik untuk mengawal risiko. Ambil kira perbezaan antara harga jual dan beli dan caj yang akan dikenakan apabila anda membeli emas kerana perkara-perkara ini akan mengurangkan pulangan anda di masa akan datang.
Apa Masa Depan Pelaburan Alternatif?
Terutamanya mata wang kripto, semua aset ini berbaloi untuk dipantau. Mata wang kripto seperti Bitcoin dilihat sebagai penyimpan nilai yang dipercayai dan kini dikenali sebagai “emas digital”. Platform seperti PayPal dan Venmo juga kini menerima transaksi dalam Bitcoin dan mata wang kripto lain yang membuatkan ia makin praktikal. Terdapat juga pelabur dari institusi kewangan yang menyimpan Bitcoin sebagai aset dan alternatif kepada mata wang fiat seperti USD yang makin turun nilainya.
Secara keseluruhan, pelaburan alternatif semakin popular seiring dengan teknologi kewangan dan aplikasi yang canggih terutamanya kepada pelabur muda. Persaingan yang tinggi, kos lebih murah dan pasaran yang semakin global akan membuatkan pelaburan alternatif mempunyai potensi di masa akan datang.
Berminat untuk melabur dalam Bitcoin?
Promosi Luno x MyPF untuk dapat Bitcoin PERCUMA!
You May Also Like
- 5 Pelaburan Patuh Shariah yang Menarik
- 7 Cara Anda Boleh Seimbangkan Antara Kerja Dengan Diri Sendiri
- 8 Tips Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Bermakna
Apakah pendapat anda tentang pelaburan alternatif ini? Adakah ia sekadar “biawak hidup” atau “lubuk emas”? Komen pendapat anda di bawah.
Leave A Comment