Kenal pasti titik di mana keputusan pengurusan kewangan anda boleh dipengaruhi dengan emosi. (Original article in English)

Tiada siapa yang mampu berfikir secara rasional 100% dalam hal kewangan. Kita semua cuba yang terbaik. Namun, keputusan kita dalam hal kewangan akan sentiasa bersangkut paut dengan pelbagai jenis emosi seperti kepuasan, ceria, takut, bersalah, menyesal dan lain-lain lagi.

Seperti mana pilihan anda dalam topik kewangan boleh mempengaruhi minda anda, seperti itu juga minda anda boleh mempengaruhi wang anda. Hubungan ini berevolusi mengikut fasa hidup dan pilihan anda.

Sentiasa sedar adalah kunci untuk mengawal keputusan anda. Berikut adalah 5 faktor psikologi di sebalik pengurusan kewangan yang lemah.

#1: Anda Merasakan Hidup Anda Tidak Terkawal

Apabila anda menganggap bahawa anda sudah tidak menjadi “kapten” dan tidak mampu mengemudikan hidup anda, begitu juga yang akan jadi kepada kewangan anda.

Apabila kesihatan mental anda tidak stabil, susah untuk kembali memikirkan tentang masa depan. Tiada siapa mampu fokus terhadap pelaburan atau memikirkan tentang persaraan jika mereka berasakan hidup tidak terkawal. Masa depan akan kelihatan jauh dan risiko jangka masa singkat akan kelihatan besar. Jadi, anda berasakan lebih baik jika anda fokus terhadap apa yang boleh diurus sekarang.

Untuk membantu anda buang perasaan hidup tidak terkawal ini, anda akan fokus terhadap masa kini dan tidak endahkan masa depan. Untuk mendapat gambaran bahawa anda telah berjaya, anda akan membelanjakan wang dengan sewenang-wenangnya. Belanja, belanja, belanja! Kepuasan yang anda dapat melalui perbelanjaan ini memberi ilusi bahawa anda kembali menjadi “kapten” hidup anda.

#2: Kepuasan Jangka Masa Pendek

Ketagihan adalah barah kepada kewangan anda sama ada alkohol, dadah, makanan mewah atau judi. Walaupun anda dilihat seperti mempunyai hidup yang normal dari luarannya, minda anda masih ditawan oleh perkara-perkara ini. Ini bermakna tidak ada tempat untuk minda anda untuk berfikir tentang masa depan. Kerisauan yang datang dengan perasaan ketagih ini juga akan meruncingkan lagi keadaan.

Anda akan membuat apa sahaja untuk keluar daripada perasaan ini dan ia akan membuatkan anda lebih teruk dalam jangka masa panjang. Ini adalah sebab mengapa konsep “terapi membeli-belah”  direka. Sekarang, dengan membeli sama ada kasut baru atau kereta baru, anda akan memperoleh kepuasan jangka masa pendek. Namun, ada peluang dalam jangka masa panjang, pilihan anda kini akan membuatkan kewangan anda lebih tertekan kelak.

#3: Luka Lama

Secara tidak sedar, anda tentu ingat perasaan apabila anda sedih dahulu disebabkan oleh bencana atau tragedi. Selalunya, apabila kesihatan minda anda merosot, luka lama ini akan dibuka kembali.

Untuk sesetengah individu, ini akan mempengaruhi tabiat kewangan di kemudian hari. Seorang bapa yang pernah dibuli kerana tidak mempunyai wang ketika kecil akan terlebih belanja untuk anak-anak mereka kerana tidak mahu anak mereka rasa perasaan yang sama. Ataupun bagi seorang yang inginkan perhatian, dia akan mengambil lebih banyak hutang lebih dari kemampuan kewangannya.

#4: Mengelakkan Masalah

Melihat bil tertunggak dan menghubungi syarikat kad kredit memerlukan usaha dan fokus. Jadi, sudah tentu apabila anda ingin memulakan bajet, ia akan menambah tekanan kepada anda. Bukan mudah untuk hadap perkara sebegini tambahan pula apabila anda sedang stres. Anda akan berasakan lebih baik jika anda tidak risau akan kewangan lagi buat masa sekarang.

Tetapi, kesihatan mental yang merosot akan menyebabkan kualiti tidur tidak terjaga, sentiasa berasa penat dan susah untuk fokus terhadap sesuatu perkara. Semua ini akan menyebabkan anda susah untuk fikir tentang kewangan dan apabila minda anda tidak stabil, susah untuk melihat bagaimana strategi anda akan berkesan.

Perasaan malu berserta dengan perasaan tidak endah akan membawa mudarat. Reaksi normal apabila anda berasa bersalah adalah dengan lari dari perkara tersebut. Dengan lari dari masalah, anda akan bertambah malu dan makin jauh daripada pangkal masalah. Kemudian, masalah lain pula akan muncul contohnya sepert tidak membayar cukai kerana anda asyik menangguhkan masalah kewangan anda.

#5: Tidak Berdikari

Adakah anda ingin fokus kepada kerjaya tetapi tidak mempunyai masa kerana anda sedang “dilamun cinta”?

Adakah anda memberikan terlalu banyak wang kepada pasangan anda kerana mereka lebih memerlukan?

Sayangnya, anda tidak mampu pergi jauh dalam karier anda atau cari sumber pendapatan baru jika anda meluangkan masa dan wang terhadap benda lain. Tidak mampu berdikari bermakna anda tidak mempunyai had. Apabila pasangan anda meminta wang, susah untuk bercakap tidak. Ataupun, anda sanggup berbelanja apa sahaja sehingga menggunakan kad kredit dengan berlebihan.

#6: Sombong

Perasaan sombong atau ego boleh menjatuhkan anda dengan pelbagai cara. Ia mungkin datang apabila pasangan anda memperoleh lebih banyak daripada anda (terutamanya kepada para suami). Ia mungkin datang daripada perbelanjaan tidak penting untuk kelihatan berjaya.

Kewangan bukannya sebuah sukan di mana anda membandingkan siapa paling banyak harta antara keluarga dan rakan-rakan. Tidak kira apa masyarakat atau status Instagram tayangkan, jangan biar perasaan cemburu ini membakar diri anda dan orang tersayang.

Konklusi

Jika anda ada pengalaman dengan tanda-tanda yang disebut di atas sama ada diri sendiri atau rakan, inilah masanya untuk anda duduk dan bincang dengan orang yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. Anda hanya boleh selesaikan masalah ini apabila anda sedar anda mempunyai masalah. Status kewangan anda boleh pulih seperti biasa dengan usaha anda!

 

You May Also Like

 

Pernahkah anda buat keputusan melulu yang telah memberi kesan terhadap kewangan anda? Kongsi bersama kami di ruangan komen di bawah.