Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat atau PERMAI yang berjumlah RM 15 bilion pada pukul 4 petang, 18 Januari 2021 lepas. Apa maksudnya? (Original article in English)

Pada 18 Januari, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat suatu pengumuman pakej bantuan PERMAI berjumlah RM 15 bilion dengan 22 inisiatif baru. Inisiatif ini bertujuan untuk:

  • Menangani penularan wabak COVID-19
  • Menjaga kebajikan rakyat
  • Membantu komuniti perniagaan

Apabila kes harian mula mencecah 3,000, Wilayah Persekutuan dan 6 negeri lain telah dikenakan perintah kawalan pergerakan 2.0 (PKP 2.0) untuk mengurangkan kadar jangkitan. Kini, semua negeri telahpun dikenanakan PKP 2.0 kecuali Sarawak.

Bantuan untuk Kementerian Perubatan

  • Bayaran sekali berjumlah RM 500 kepada semua barisan hadapan COVID-19 dengan RM 300 yang akan mula dibayar pada sukuan tahun pertama 2021
  • Pengambilan kerja barisan hadapan seramai 3,500 orang berjumlah RM 150 juta
  • Program Imunisasi Global COVID-19 berjumlah RM 3 bilion.
  • Bekalan perubatan seperti regen tambahan, sarung tangan, pelitup muka dan peralatan saringan.

Program Subsidi Upah

  • Program subsidi upah 3.0 di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan dinaik taraf kepada semua majikan yang beroperasi di dalam negeri yang dikenakan PKP, tanpa mengira sektor.
  • Majikan yang layak akan menerima subsidi sebanyak RM 600 untuk setiap pekerja yang memperoleh kurang daripada RM 4,000 dengan maksimum sebanyak 500 pekerja dalam satu syarikat.
  • Klik di sini untuk Program Subsidi Upah (psu.perkeso.gov.my)
  • Peruntukan RM 24 juta untuk “rider” servis penghantaran untuk membiayai caruman kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Geran Khas Prihatin

  • Bantuan sebanyak RM 1,000 setiap orang untuk 500,000 Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri yang dikenakan PKP dan RM 500 setiap orang untuk 300,000 PKS di negeri lain.

Pelepasan Cukai Persendirian

  • Pelepasan cukai untuk pemeriksaan perubatan untuk saringan COVID-19.
  • Pengecualian cukai berjumlah RM 2,500 untuk komputer, telefon dan tablet dilanjutkan untuk setahun lagi sehingga 31 Disember 2021.
  • 100% pengecualian cukai untuk kenderaan penumpang buatan tempatan sehinggan 30 Jun 2021.
  • 50% pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang import sehingga 30 Jun 2021.

Rebat Bil Elektrik & Data Internet Percuma

  • Pengurangan bil elektrik sehingga 9% untuk 6 bulan daripada Januari hingga Jun 2021 kepada pengguna domestik dan bukan domestik.
  • Diskaun bil elektrik sebanyak 10% kepada 6 sektor bisnes termasuk taman tema, pusat konvensyen, pejabat penerbangan tempatan, agensi pelancongan dan operator hotel.
  • Data internet percuma sebanyak 1 GB dilanjutkan hingga 30 April 2021.

Bantuan Mangsa Banjir & Bencana Alam

  • Bantuan sebanyak RM 25 juta di bawah Rangkaian Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan yang merangkumi bantuan komuniti, bantuan kepada warga emas, orang kurang upaya, gelandangan dan mangsa banjir.
  • Pendaftaran untuk moratorium selama 3 bulan kepada penghutang PTPTN. Boleh dibuat sehingga 31 Mac di laman web PTPTN. (www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19/)

Saya menaruh penuh kepercayaan, walaupun kita menghadapi 1,001 masalah, namun kita juga mampu mengilhamkan 1,001 penyelesaian. Sebagai insan, kita boleh terus merancang dan melakukan yang terbaik, dan selebihnya kita perlu berdoa dan bertawakkal kepada Tuhan yang Maha Esa. Berkat ilham dan kudrat yang dikurniakan, kita semua mampu membentuk kehidupan yang lebih baik.

I believe the resourcefulness, tenacity and resilience inherent in our true Malaysian spirit will serve us well in facing this great adversity. We will prevail, insha-Allah.

You May Also Like

 

Apa pendapat anda tentang pakej bantuan terbaru ini?