Beberapa idea untuk menjana pendapatan selepas bersara dan untuk mampu berbelanja dengan lebih untuk golongan selepas bersara. (Original article in English)

Amat susah untuk mengekalkan gaya hidup terdahulu bagi pasangan selepas bersara. Purata jangka hayat makin meningkat kini dengan bantuan teknologi perubatan dan gaya hidup yang lebih sihat. Bagi yang mengharapkan bantuan wang daripada KWSP, bantuan sosial dan pelan persaraan lain semata-mata, ia mungkin tidak cukup tambahan pula dengan nilai duit yang makin dimamah inflasi. Selepas bertahun-tahun bekerja, sudah tentu anda mahu meluangkan masa “keemasan” ini dengan apa yang anda mahu lakukan seperti anda bayangkan.

Berita baik untuk anda. Di zaman digital ini, banyak peluang di luar sana yang membolehkan anda mencari pendapatan di internet. Ketahui 5 tips kegemaran daripada kami untuk memperoleh pendapatan bagi pasangan pesara.

Kerja Separuh Masa

Mungkin ianya kedengaran kurang glamor tetapi ia semestinya efektif. Anda mungkin seorang yang ramah dan gemar berinteraksi dengan orang lain. Jadi, dnegan kemahiran ini, anda boleh dapatkan kerja berhubung dengan pelanggan di kedai atau pusat pelanggan.

Ataupun anda mungkin lebih gemar akan kerja “berat” dan anda boleh mulakan bisnes menjual burger atau bekerja di restoran. Walaupun hanya dengan 20 jam seminggu sebagai waktu bekerja, aliran tunai yang positif ini boleh menampung perbelanjaan bulanan anda.

Jika anda mempunyai kemahiran tertentu seperti penulisan, mengajar, ataupun cekap dalam bidang fotografi, pendapatan anda berpotensi lebih tinggi. Had anda hanyalah kesanggupan anda memasarkan kemahiran tersebut. Jangan lupa pula tentang potensi ekonomi gig. Ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

Keusahawanan

Ada sesetengah pasangan yang sudah bersara yang hendak memulakan bisnes mereka sendiri dan tidak mahu lagi bekerja dengan orang lain. Semua telah diasah dari zaman kerja lagi bermula daripada pengalaman, kenalan, kematangan sehinggalah pengetahuan yang luas dalam sesuatu produk atau industri. Jika anda tidak pernah menjadi seorang usahawan, anda akan mula kenali nikmatnya berniaga.

Amaran! Jangan letakkan semua wang anda dalam sesuatu yang tidak pasti. Anda juga perlu beringat bahawa dunia bisnes ini lebih memberi tekanan dan memakan masa anda. Sesetengah orang sukakan cabaran dan ini merupakan jalan terbaik bagi mereka.

Pinjaman Rumah

Bukan. Ini bukan bermaksud anda mengambil pinjaman daripada bank. Pilihan ini adalah di mana bank membayar anda untuk membeli rumah anda dengan bayaran ansuran. Ia juga dikenali sebagai “reverse mortgage. Namun, ia bukan pilihan terbaik jika anda mahu mewasiatkan rumah pusaka kepada waris anda. Tetapi, ianya cara terbaik untuk membuka pintu kepada wang tunai daripada nilai rumah anda.

Begini caranya. Bank bersetuju membayar anda ansuran secara bulanan dalam tempoh tertentu (e.g sehingga anda pindah, meninggal). Realitinya, ia adalah pinjaman. Apabila anda meninggal, bank akan mengambil rumah anda. Oleh itu, anda perlu berfikir masak-masak sama ada anda ingin mengambil pilihan ini mengikut situasi semasa anda. Jika anda layak, ia dapat menambahkan pendapatan anda. Sayangnya, pilihan ini hanya untuk hartanah di luar negara buat masa kini. Mungkin ia akan ditawarkan di Malaysia pada masa hadapan.

Ekonomi Gig (“Ride Sharing“)

Dah sampai pun topik yang biasa didengari. Terma ini selalu digunakan untuk idea jual beli dalam talian di mana anda membayar pihak ketiga untuk servis. Contoh paling sesuai adalah Grab. Begitu juga dengan Airbnb, Kaodim dan Pet Nanny. Grab telah mengubah landskap bisnes teksi 360 darjah dalam tahun kebelakangan ini. Jika anda mempunyai rekod memandu yang bersih, memiliki kereta dan masa yang banyak, anda mampu mencari rezeki dengan Grab. Berita terbaik untuk peserta ekonomi gig adalah anda boleh bekerja sebanyak (atau mungkin kurang) mungkin. Anda cuma perlu mempunyai apa yang orang lain perlukan (e.g tempat tinggal, kereta) dan kemungkinan besar, ada syarikat yang akan menawarkan servis ini.

Anda Mahir Bahasa?

Sebelum ini, mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua memerlukan ijazah dan kelayakan tertentu. Dengan adanya laman web seperti goodairlanguage.com, jika anda mahir dalam pertuturan Bahasa Inggeris, anda boleh dibayar untuk mengajar murid yang ingin menajamkan kemahiran berbahasa mereka melalui Skype. Anda mungkin tidak akan kaya-raya dengan kadar $10 sejam tetapi anda memperoleh wang hanya dengan bertutur bahasa anda. Mudah kan?

Mari Mencari Rezeki!

Jika anda seorang pesara ataupun pasangan yang sudah bersara yang ingin menambah pendapatan, ini adalah masanya. Had anda hanyalah kreativiti. Jangan lupa untuk praktikkan apa yang dibincangkan tadi. Kekal aktif dan produktif dengan berkhidmat dengan masyarakat sama ada setempat atau di luar negara (yang dibayar!).

 

You May Also Like

 

Apa pendapat anda tentang bekerja selepas bersara bersama pasangan? Adakah ini pilihan yang baik untuk para pesara? Berikan pendapat anda dan komen di bawah.