Isu utama yang sering berlaku dalam perkhawinan adalah masalah kewangan. Jika anda mahu mengelakkan wang daripada menyebabkan perbalahan dengan pasangan, ikuti 6 tip yang disenaraikan seperti berikut. (original article in english)

Adakah wang mencipta konflik dalam perkahwinan anda? Adakah anda dan pasangan masih mencari jalan terbaik untuk sentiasa bersetuju tentang aspek kewangan? Jika ya, berikut adalah 6 tip yang mampu membantu mengelak kewangan menganggu keharmonian rumah tangga dan menguatkan hubungan dengan pasangan anda.

#1. Satu pasukan bersama pasangan

“Never above you, never below you, always beside you” – Walter Maxwell

Perkara yang tidak asing lagi untuk berjaya dalam perkahwinan dan memastikan situasi kewangan anda berdua sihat adalah dengan berada pada keduduakan yang sama.

Pemikiran bahawa wang anda adalah milik sendiri perlu dibuang selepas berkahwin. Tidak dinafikan bahawa lebih mudah untuk anda tidak berkongsi sumber kewangan dengan pasangan, tetapi ia boleh membuatkan lebih sukar untuk bersetuju dengan isu kewangan atau masing-masing mahu mengelak daripada bercakap tentangnya. Tetapi, pendekatan ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berkaitan belanja peribadi. Pasangan juga lebih terdorong untuk menyembunyikan sumber kewangan atau perbelanjaan.

Jika anda mahu mencapai kerjasama kewangan, anda dan pasangan perlu membuat pelan yang mampu dipersetujui bersama. Sebelum merangka rancangan kewangan, duduk dan berbincang tentang rancangan masa depan terutamanya berkaitan kewangan. Tanya diri anda – apakah jangkaan masa depan – sebagai individu dan bersama pasangan? Tulis jawapan anda dan bincangkan bersama.

#2. Bina masa depan kewangan bersama

“A man with dreams needs a woman with vision.” – Anonymous

Mempunyai tujuan mampu mengubah perjalanan hidup anda. Apabila anda mempunyai rancangan masa depan, pastikan apakah tujuan yang anda ingin capai

Kenal pasti tujuan kewangan yang boleh dicapai secara realistik hingga tahun depan. Contohnya, anda mahu menyimpan untuk tabung kecemasan. Jangan hanya sekadar, “Saya mahu menyimpan duit”. Tetapkan sesuatu yang lebih jelas seperti ” Kita akan menyimpan sebanyak RM1,000 untuk 6 bulan akan datang.”

Bagaimana pula pelan anda untuk 5 tahun akan datang? Adakah anda mahu bebas dari hutang? Atau merancang untuk memiliki kediaman sendiri, bercuti atau bersara? Adakah anda sudah mempunyai tabung kecemasan? pecahkan tujuan anda kepada beberapa tindakan dan sentiasa memantau setiap tindakan.

Bincang dengan pasangan isu-isu sebegini bersama. Anda perlu letak di minda – menetapkan objektif bersama akan meningkatkan kebarangkalian untuk mencapainya.

#3. Rangka bajet keluarga

“Money is a terrible master but an excellent servant.” – PT Barnum

Apabila pasangan berkongsi strategi kewangan yang sama dan mempunyai tujuan kewangan yang sama, ia adalah masa yang terbaik untuk merangkan bajet keluarga. Sediakan bajet yang bersesuaian untuk anda berdua. Anda perlu memahami dan patuh kepada bajet dan komitmen yang anda sudah lakukan.

Pastikan perbincangan tentang bajet tersebut adalah jelas dan terbuka. Elakkan berbincang untuk memaksa pasangan bersetuju dengan cadangan anda semata-mata.

Berbincang dengan pasangan dengan bertanyakan soalan seperti berikut:

  • Berapakah jumlah pendapatan kita?
  • Jumlah perbelanjaan secara kasar sebulan?
  • Adakah kita mampu menyelesaikan hutang dengan lebih awal?
  • Apakah cara terbaik untuk menyimpan duit?
  • Apabila kita membayar bil dan pinjaman, adakah terdapat sebarang lebihan pendapatan?

Bincangkan perincian kewangan di dalam bajet tersebut. Kenal pasti apakah kesan pelan tersebut terhadap gaya hidup anda berdua dan jelaskan juga setiap keputusan dan tolak ansur yang dibuat untuk mencapainya.

Suarakan kebimbangan dan persoalan sejak dari mula, kerana tujuan utama anda adalah untuk membina keharmonian kewangan dalam keluarga.

Cuba sehabis mungkin untuk mengikuti bajet yang telah dirangka kerana anda berdua mempunyai tanggungjawab terhadap masa depan keluarga. Jika tiada panduan yang bertulis, anda mungkin tidak akan mengikutinya.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon bimbit untuk memastikan anda mematuhi bajet tersebut. Jangan risau kerana anda boleh membuat perubahan terhadap bajet tersebut jika perlu berdasarkan keadaan semasa.

Bajet yang kukuh seharusnya membantu anda; tidak menyekat kebebasan anda.

#4. Berbincang – Suarakan isi hati, elakkan memendam perasaan

“Communication is like oxygen to life in a marriage.” – Tony Gaskins

Sentiasa berbincang  dengan pasangan. Kekurangan komunikasi dengan pasangan boleh mencetuskan masalah kewangan dan peribadi yang lain.

Adakan sesi bulanan berkaitan bajet keluarga. Sesi ini adalah peluang anda untuk menangani masalah kewangan, menganalisa bajet dan menyelesaikan sebarang masalah yang hadir. Ia adalah proses komunikasi dua hala antara suami dan isteri yang membolehkan kedua-dua pihak berbincang dengan terbuka. Sentiasa jujur dan memahami, Jika anda tidak jujur dan terbuka dengan pasangan, hal ini boleh menyebabkan tekanan dalam perhubungan.

#5. Ubah tabiat anda

“Whenever you are in conflict with someone, there is one factor that can make the difference between damaging your relationship and deepening it. That factor is attitude.” – William James

Ubah minda dan anda ubah hidup anda. Keadaan minda anda mampu mengubah setiap aspek di dalam hidup. Pendekatan yang lebih komited dan positif di dalam hidup akan mengelakkan tabiat mudah berputus asa.

Jika anda merasakan bahawa strategi kewangan atau tujuan yang dibuat sukar, ia akan mempengaruhi keseluruhan pendekatan anda terhadapnya. Tetapi, jika anda lebih bersemangat dan tekad untuk mencapai tujuan kewangan, ia pasti boleh dicapai.

Tingkah laku anda terhadap hubungan dengan pasangan juga memainkan peranan yang penting. Jika anda mampu bertolak ansur, perkahwinan anda akan lebih harmoni dan kewangan juga lebih terurus. Pastikan anda sentiasa memberikan sokongan terhadap pasangan di saat sukar untuk mencipta suasana perkahwinan yang lebih stabil dan bahagia.

#6. Cari jalan penyelesaian dan bertolak ansur

“Compromise is not about losing. It is about deciding that the other person has just as much right to be happy with the end result as you do” – Donna Martini

Tolak ansur adalah resepi terbaik dalam perhubungan.

Lelaki dan wanita melihat wang berbeza. Wang memberikan rasa kestabilan dan harmoni untuk wanita. Lelaki pula lebih terdorong untuk mengambil peluang dengan wang dan melihat masalah berkaitan wang di sekeliling mereka sebagai cabaran terhadap keyakinan diri.

Amat penting untuk anda berdua memahami kelemahan dan kelebihan masing-masing, tetapi penting juga untuk mencari jalan penyelesaian bersama. Akan ada perbezaan pendapat berkaitan pelbagai isu dan di sinilah tolak ansur memainkan peranan yang besar. Perhubungan yang stabil perlu mempunyai timbal balik; apabila pasangan sukarela mengabaikan keinginannya demi kepentingan orang tersayang.

Tolak ansur juga melibatkan kaedah terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Contohnya, antara cabaran yang dihadapi pasangan adalah ‘ yang berbelanja dengan yang menyimpan’. Seorang pasangan gemar berbelanja dan membeli barangan, manakala seorang lagi gemar menyimpan. Antara jalan penyelesaian yang boleh dilakukan adalah membuat ” senarai memanjakan diri” di dalam bajet keluarga. Dengan cara itu, pasangan yang gemar berbelanja boleh membelanjakan wangnya setiap bulan dan memberikan jaminan kepada pasangan yang suka menyimpan bahawa perbelanjaan tersebut tidak akan melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Kaedah ini terbukti berkesan dan mampu mengelakkan perbalahan di dalam perhubungan.

Kesimpulan

Isu berkaitan kewangan dan wang boleh mencetuskan tekanan dalam pekahwinan dan masalah peribadi yang lain. Namun, jika anda mampu menguruskan hidup dan kewangan bersama dengan strategi yang baik, mempunyai perkahwinan yang bahagia boleh dicapai. Anda dan pasangan juga akan lebih gembira jika boleh berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama, terutamanya apabila anda berdua menghormati pendapat masing-masing berkaitan kewangan.

Apakah tip yang anda praktikkan untuk berbincang berkaitan kewangan dengan pasangan? Kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.

You May Also Like